RSS

Monthly Archives: January 2013

Munajat….





Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu

Munajatku mohon restu

Semoga cintaku bukan palsu

Pada desiran penuh syahdu

Gelombang lautan rinduku


Munajatku dalam syahdu

Merindui maghfirahMu

MardhiaMu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku


Kurindukan pimpunanMu

KeagunganMu dalam doaku

Kebesaran pada kudratMu

Ia membina rohaniku


Tuhan… kubisikkan kerinduan

Keinsafan… Pengharapan…

Tuhan…kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan


Ujian kepahitan di dalam kehidupan

Padanya ada kemanisan

Ketenangan dan kebahagian

Bayangan syurga idaman


Munajatku dalam syahdu

Merindui maghfirahMu

MardhiaMu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku


Kurindukan pimpunanMu

KeagunganMu dalam doaku

Kebesaran pada kudratMu

Ia membina rohaniku


Tuhan… kubisikkan kerinduan

keinsafan… pengharapan…

Tuhan…kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan



 
Leave a comment

Posted by on January 30, 2013 in lirik lagu

 

KUATKAN SEMANGAT…KUATKAN SEMANGAT….

Saat hatiku berduka….
terngiang…ngiang suara seorang mak cik dari Johor dalam rancangan skuad Imam Muda….
seolah-olah turut meniupkan semangat buat saya…
semangat utk saya terus kuat dan bersemangat melalui hari2 saya….bersama anak2….

ayat yg tak mungkin saya lupakan…

” saya bekerja dengan linangan air mata…” kerna saya juga begitu…bukan sedikit air mata yg tumpah utk saya bangkit berdiri seperti hari ini…..

Ada kalanya saya juga rebah dek badai emosi…namun apalah pilihan yg ada…selalin terus kuatkan semangat menepuh hari2 yg mendatang…..

Saya perlu meneruskan kehidupan…saya tidak mahu menoleh lagi pada kenangan yg telah lama saya kuburkan….

Semoga kekuatan itu terus bersama-sama saya…ameennn…..

mereka yg paling saya sayangi…
yang tak jemu meniupkan semanagt dan terus menyokong saya tanpa syarat….
tanpa mereka…tak mungkin saya mampu berdiri lagi…..
 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2013 in Lara Hati

 

CABARAN 2013…..

 12 Jan 2013

Dua jam duk make over lagi…punyalah susah nak cari mood menulis…mujurlah esok cuti….blhla tdo lewat sikit….pejam celik dah 12 hari di tahun baru….saya masih mencari momentum utk kembali ke landasan….

Tahun 2013 ni banyak cabaran yang menanti buat saya…

Cabaran utama bila Mira melangkah ke tahun 1….
Tiap pagi bila celik mata…perkataan pertama yg keluar dari mulutnya…”mengantuk…”
huhu…walhal pukul 10 malam saya dah mengerahnya tido…dan hanya akan dikejut pada pukul 615 pagi…sebab pukul 650 pagi saya dah harus bergerak menghantar Iman ke rumah pengasuh…kalau tidak saya akan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di traffic light Jaya Gading..

hari kedua nak ke sekolah agama ok…hari ketiga huru-hara…

Di dalam kereta saya bekalkan sarapan…air kotak dan roti…memandangkan sekolah saya yg jauh 40 minit perjalanan…sempatlah mereka bersarapan….saya bimbang Mira kelaparan waktu belajar…memandangkan rehat agak lewat, pukul 1020 pagi…..
Alhamdulillah…di sekolah pagi…Mira dapat mengikuti waktu persekolahan dgn baik…dan sedikit lega kerana saya dapat memantaunya sepanjang masa sebab satu sekolah…cuma waktu rehat dia masih memerlukan saya utk membeli makanan….belum mahir dgn wang baki…
Namun cabaran sebenar saya bermula pada waktu tengahari…jarak yang jauh kadangkala menyebabkan Mira tertidur di dalam kereta…keletihan barangkali…dan apabila sampai di rumah…mereka perlu bergegas utk ke sekolah agama pula….
Bagi Mira yg sukar bangun tidur dan masih mengantuk…memang susah utk saya kejutkan dan menyiapkannya ke sekolah agama…apabila tidurnya terganggu…amukannnya pun mulalah menjelma…mengamuk sakan tak mahu ke sekolah agama…mahu terus menyambung tidur….
letih sungguh…stoking pun tak mau cabut…..
Waktu inilah kesabaran memang benar2 diperlukan…ditambah dgn badan yg letih sepagian di sekolah…Mira harus dipujuk…namun pujukan kadang2 tidak berkesan…utk membiarkannya elok sendiri memakan masa…sedangkan masa utk bersiap sgtlah terhad…Kak Long sering merungut sebab terpaksa lewat ke sekolah….
Minggu lepas…saya berjaya memujuknya untuk ke sekolah…berjuraian air matanya sewaktu turun dari kereta….Minggu ini…saya gagal memujuknya…amukannya yg mengantuk membuatkan saya jadi kasihan…sudahnya saya biarkan sahaja dia tidur…
Alahai anak……berbeza sungguh dgn kak long masa darjah 1, mudah saja menguruskannya…tapi Mira ni lain pesen sikit…sering saya mengingatkan kak long…tolong bg kerjasama pada saya…sebab biasanya kalau Mira mengamuk, Kak Long yg akan menjadi mangsa…ada saje yg nak digaduhkannya…
Saya pernah membawa Mira berubat dek amukannya yg menggila terutama bangun pagi…kata kakak yg mengubatnya…” dia tak apa-apa…memang perangainya…In Shaa allah…dia akan berubah….”
Huhu buntu…semoga kesabaran terus menjadi milik saya….ameennn……
 
2 Comments

Posted by on January 12, 2013 in Mira

 
 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.