RSS

SUKA DUKA BERSAMA IMAN

02 May


Muhammad Aiman itulah putera terakhirku…esok, genaplah umurnya setahun setengah dan sepanjang tempoh itula bermacam-macam suka duka kami hadapi…

KELAHIRAN IMAN
Aku ingat lagi, hari tu hari tu hari khamis…aku tak ke sekolah, mc..badanku tak shat…sedari pagi aku sedar ada kelainan pada kandunganku…babyku seakan tidak bergerak..kukhabarkan pada abg yg bekerja di putrajaya…kami segera ke hospital..dan dr memberitau satu berita yg menggerunkan…

” Maaf puan, kepala anak puan ni kecik…ukurannya baru 8 bulan…betul ke tarikh jangkaan bersalin puan ni? ” soal doktor…
Aku bingung…mujurlah ada scan terakhir…masa baby 8 bulan…itulah bukti kandunganku btl…Ya allah…dugaan apa yg datang ni….akhirnya dr buat keputusan utk admit aku ke wad..memandangkan jantung baby problem, terlalu lemah..dan saiz kepalanya yg kecil…

Duduklah aku di wad selama 3 hari..sebelum iman dilahiran secara induce…Hari kedua di wad…dopler dilakukan, iaitu scan menyeluruh ke atas bayiku dgn scan 3D…Lagi satu berita yg menyentak nafasku…

” Anak puan berkepala kecil…tetapi badannya normal…dan jantungnya ada masalah..tidak ckp pintu..maybe jantung berlubang…” ujar dr itu kepadaku… ” Dan yg pasti bayi ini lelaki…”

Kupandang wajah dr itu…” adakah anak saya cacat dr?”
“Emm..itu kita blum tau…doala tak apa-apa” ucap dr
” Bagaimana dgn jantungnya? ” soalku lagi.
“Saya tak boleh bagi kepastian..kita tggu kelahirannya…kalau dia tak boleh bernafas dgn sendiri..umurnya tak lama..” ujar dr…

Kurasakan bagaikan batu besar menghempap kepalaku…mukaku panas dan terasa ada airmata yang mahu keluar…kucuba tahan..malu depan dr dan misi yg membawaku…

Sampai di wad…
” Bang…anak kita bang…” suaraku tersekat-sekat…abg di hjg talian menanti penuh harap…
” Ada satu berita gembira dan dua berita buruk…pertama..anak kita lelaki…itulah jantina yg abg sgt2 harapkan…tapi dr kata anak kita ada masalah kepala kecil dan jantung…” ujarku sebak..
” Dr kata…masa depannya…tak lama …” tika itu, air mataku mengalir laju…aku menangis dan..abg di hujung talian tidak kutahu keadaannya….

Dan pada 3 nov 2007…hari sabtu…
Pukul 7 pg, aku dah diinduce…sakitnya thn je yg tau…sampaila pkl 7 mlm aku belum juga bersalin…kontraktion datang selang 5 mint…nurse menghantar aku ke labour room…terpana seketika aku melihat namaku ditulis di papan putih jururawat…rupanya aku bakal dioperate jika jantung bayiku masih lemah…dan aku diletakkan di bilik yg betul2 berhadapan dgn pos jururawat…itulah pertama kali aku bersalin di labour room…sblum ini tak sempat…

Sakitnya than saja yg tau…dua kali ganda sakit melahirkan anis dan mira…mungkin yg ni induce..sakitnya lain mcm..hanya kalimah allah yg bermain di bibirku…smpat jugak berfikir..aku tak nak dah bersalin lps ni…dah sejam aku di labour room..aku masih juga belum bersalin…tapi sakitnya selang seminit…aku memanggil misi…

” Nurse..sakit sgt rasanya…mcm dah nak bersalin…” ucapku dalam sakit
” Meh kita cek jalan..” ucap nurse…”ha..baru 4cm..lama lagi..jgn teran sgt..nanti bengkak…kalau tak thn, kita injek…”
” Tapi nurse…saya biasanya 4cm terus pegi 10…” jawabku..
” Heh..ni lain..induce..lg satu ni anak lelaki…” jawab nurse..akhirnya aku diberi satu suntikan di pinggang dan disuruh menyedut gas etonox utk menahan kesakitan…abg tak dibenarkan masuk selagi aku belum nak bersalin…

10 minit kemudian…
Aku yg seaakan berada dalam mimpi…terasa spt mahu meneran…sdgkan masa tu..takde sorang nurse yg ada bersama aku…apalagi aku pun menjerit…

” Nurse…tolong…saya…”
Serentak dgn itu juga 3 orang nurse berkejaran msk…terkocoh-kocoh mengambil peralatan…
” Tahan…tahan…” ucap nurse tu, dlm hati geram jgak,td aku ckp tak percaya…
Dalam sedar tak sedar aku melahirkan iman..kesan ubat tahan sakit betul2 buat aku mabuk..sampai tak tau mcm mana nak meneran..akibatnya aku terlelap semasa melahirkan iman..waktu tu kepalanya dah keluar…

” Bangunnn…teran…mati anak awak nanti…” jeritan misi membuatkan aku tersedar…akhirnya iman selamat dilahirkan..tanpa tangisan..setelah diberi oksigen..
“Waaa…”…alhamdulillah…masih bernyawa anakku…
“ha tulah…anak dah 3, teran pun tak pandai..kalau apa-apa jd kat anak awak..kami yg kena”…bebel misi tu…

Aku dalam keadaan mamai-mamai…aphal lak misi ni marah2 kat aku…siapa yg suntik aku..yg tak percaya aku ckp…ah…lantakla…aku nak tido…

Masa tu, aku dah tak larat bukak mata…masa misi jahit pun aku dah tak berdaya…
Aku langsung tak terfikir apa yag jadi pada anak aku…pada suami yg langsung tak sempat tgk aku bersalin sebab misi panik…

Sepanjang mlm suami jaga aku di wad…bayi itu kami namakan muhammad Aiman..sebab nama tu dah ada masa kami bercinta lagi…suami kata takut nak tinggal…aku macm orang mabuk…dialah yg alihkan anak ke kiri dan kenan untuk menyusu…aku tido tak sedar sampai pagi…

Sekali diingat memang ngeri….dan esoknya..aku boleh blk dgn selamat…aminnn…sgala andaian dr tidak menjadi kenyataan…kusangka panas hingga ke petang…rupanya hujan di tengahri…iman 4 bulan…cerita sedih kami bermula….

 
1 Comment

Posted by on May 2, 2009 in Iman

 

One response to “SUKA DUKA BERSAMA IMAN

  1. ummi iman

    November 3, 2013 at 4:57 am

    Nani..ur very good mother ..pls don’t give up..everything happen Allah got a reason….be patien friend…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: