RSS

BERMULANYA CERITA

06 May


Iman…
Umi ingat lagi detik-detik duka kita bermula…Waktu tu kita pulang ke kg abi..

Wan iman berkata..”umi rasa, iman ni ada masalah la nanie…tgk lehernya dah 4 bln, tak kuat lagi..meh ikut umi ke klinik..jumpa dr..”

Dan saat dr memanggil umi ke dalam biliknya…umi rasa bumi ni macam nak terbalik..hati rasa nak meraung…

” Anak puan ada masalah pertumbuhan otak..atau nama sainsnya microchephaly…, senang cerita anak puan tak sama macam bayi-bayi lain “

Itulah ayat doktor yg umi ingat sgt sampai skrg…dan umi selalu berfikir…andainya masa boleh diulang balik…taklah iman jadi macam ni…

Dr memberikan surat rujukan untuk membawa iman ke dr pakar di serdang..

Dan pertemuan pertama dgn dr memberikan satu jawapan yg menakutkan…segala memori melahirkan iman bagaikan terbayang2 di ruang mata…apa yg dr katakan benar-benar menjadi kenyataan…patutlah iman menangis dan payah tidur…rupanya dia sakit…abi dan umi je tak faham apa yg iman rasa…maafkan kami ye iman…

Sejak detik itu bermulala kehidupan kami dgn berulang alik ke hospital.. iman terapi setiap 2 mggu..dan menyusul rawatan utk telinga, paru-paru dan mata…

Dan nama iman dihantar ke HKL utk EEG..saat itu aku rasa, hidupku benar-benar teruji…iman yg lemah ni selalu berkata…kenapa aku…kenapa tidak org lain…berjayakah aku menempuhnya…hanya air mata yg menemani setip mlmku…begitu susah nak pejamkan mata…aku sering terjaga mlm…memikirkan iman..bagaimanakah kehidupannnya…masa depannya…dan penghujungnya aku menangis lagi…

tapi itu dulu…hinggakah ke satu peristiwa…aku sedar ini semua ujian Allah buat aku…dan aku harus redha dgn takdir yg dah tertulis ini….Aku harus kuat dan terus berjuang buat iman…andai aku lemah..bagaimana iman utk terus gagah menempuh hidup ini….

 
2 Comments

Posted by on May 6, 2009 in Iman

 

2 responses to “BERMULANYA CERITA

  1. suealeen

    May 7, 2009 at 2:52 am

    salam kenal… kadang² pkran kita ni jahat gak … mesti rasa nak balik ke masa dulu²… terasa betapa rapuhnya iman ni…

     
  2. Kerikil Kehidupan

    May 7, 2009 at 2:57 am

    Salam kenal juga…saya suka baca entri su pasal syafiah..terutama medical term yg saya kurang faham…tahniah…ianya satu perkongsian maklumat yg bernas…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: