RSS

BICARA SEORANG IBU

06 May
Saat aku merasa dunia ini tak adil terhadap aku..saat otakku sarat memikirkan keadaan iman…aku dipertemukan seorang wanita di pejabat sekolahku…itupun secara tak sengaja..dia merupakan ibu kepada seorang murid prasekolah yg sedang menghidap masalah kanser di dalam otak..tahap kritikal…

” Emm..akak nak jumpa GB ke?”, sapaku..
” Aah..”, perlahan je kudengar suara akak tu..sambil tangannya mengusap lembut kepala anaknya yg sakit tu…
” Ini adik zulkhairin yg sakit tu kan..? Dah baik ke? ” tanyaku ingin tau..
” Aah…saya dtg ni pasal dialah..nak minta surat jaminan dari GB utk dia ni…dia tak sht lagi keadaannya makin teruk, dia kena buat radioterapi setiap minngu…sekali buat rm6 ratus..saya tak mampu…saya dah kena buang kerja…gaji suami saya pun kecik…nipun saya bawak blik dia sekjp…dia nak jumpa kawan-kawannya”…ucap kakak itu sayu.

Terhenyak aku seketika…aku bagaikan tersedar…selama ni aku rasa, akulah paling susah…dianugerahkan anak istimewa…hingga aku lupa…ada lagi orang yg susah di keliling aku…dugaannya lebih hebat dan lebih berat dari aku…deritaku ibarat seberat kuman berbanding derita ibu ini…Ya Allah..ampunilah hambamu ini…pinjamkanlah aku kekuatan ibu ini…yg kulihat tenang sekali…

” Ketumbuhannya tak boleh dibuang ke kak?”, celuparnya mulut aku bertanya…tapi aku benar-benar ingin tau..
” tak boleh…kedudukannnya di tempat merbahaya…hanya radioterapi je boleh utk kecutkan ketumbuhan tersebut…Dr pun dah tak bagi harapan…tapi saya nak terus mencuba…kuasa Allah sapa yg tau…org hanya memandang…tapi yang melaluinya je tau dan faham…” ujarnya lagi.

” Saya faham kak…saya faham…saya juga ada anak istimewa seperti dia…saya tau betapa serabutnya otak memikirkan masa depannnya…tapi ujian akak lagi berat…saya harap akak sabar ye…” ujarku cuba menyedapkan hatinya, tapi sebenarnya utk aku juga.

” Tak taula cikgu…tapi saya bersyukur Allah bagi peluang untuk saya menjaganya….selagi hayat dia masih ada..” ucap akak tu perlahan dengan genangan air di matanya…sambil mencium kepala anaknya perlahan…

Tersentuh benar hatiku tika itu…terasa ada air panas di kelopak mataku…Anaknya bakal pergi dan tiada harapan yg boleh disandarkan…hanya keajaiban…sedangkan aku…iman masih punya peluang yg cerah untuk terus hidup, terus menjadi insan normal..cuma aku..aku yg perlu kuat utk menempuhnya…berusaha mengurangkan ketidakupayaannya…dia tak minta semua itu…semuanya dah tertulis…dan berdosanya aku selama ini memikirkan hal-hal yg buruk2 tentangnya…dan detik itu, aku sedar..aku harus bangkit dari kejatuhan ini..aku tidak seorang…ramai lagi mereka sepertiku…semoga kisah-kisah ketabahan mereka menjadi pengajaran buat aku…

Dan berita terakhir kudengar…anak akak itu telah menghembuskan nafas yang terakhir masa musim cuti sekolah yg lalu…

Al-Fatihah untuknya..Aminnn…

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2009 in Nukilan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: