RSS

SAWAN

07 May
Sawan…itulah perkataan yg paling aku takuti…mengingatkan detik-detik iman diserang sawan sgt mencemaskan hatiku…Badannya akan mengerengkot seperti huruf “C”, mukanya kebiruan..dan diakhiri dgn tangisan…

Iman mula diserang sawan ketika umurnya 5 bulan..masih kuingat petang itu..aku tgh memasak makan malam…linda, adikku yg menjaga iman menjerit memanggilku…dia lht iman berkeadaan pelik…Masa tu kami belum tau bentuk serangan sawan iman…Aku bergegas ke depan..badan iman keras dan kaku…mukanya menggambarkan keperitan yg amat sangat dan tangisannya nyaring dan kuat…Iman segera kuangkat…

Ya Allah…Kenapalah anakku ini…Aku ketakutan, penyakit apakah yg iman tanggung sekarang…aku langsung tak tau rupanya iman sedang diserang sawan…kerna sawan yg biasa kulihat..matanya terbeliak ke atas…tapi iman tak, dia sedar…Lantas aku segera menelefon abg supaya cpt pulang…iman perlu segera dibawa ke hospital…Tika itu sawannya menyerang setiap 5 minit…

Kuarahkan linda mengemas barang-barang yg nak dibawa ke hospital…sambil mulut tak henti-henti berdoa…Ya Allah selamatkanlah anakku….

Setibanya abg di rumah kami terus ke hospital serdang…bahagian emergency…kukhabarkan pd pegawai bertugas anakku diserang kejang…serta merta siren kecemasan dibunyikan..dan aku diminta membawa iman ke emergency room..nurse yg bertugas terus mengambil iman dariku…dia terus diberi bantuan pernafasan..nurse memberitau iman dalam keadaan bahaya..dia diserang sawan dan lebih bahaya kerana sawannya menyerang setiap 5 minit…jika tidak diberi bantuan..otak iman akan mengalami kecederaan yg serius…

Menggigil seluruh tubuhku…nafas rasa terhenti seketika…kalaulah umi boleh menanggung kesakitanmu nak..umi rela…umi tak sanggup melihat dirimu menahan kesakitanmu nak…seksa sgguh umi melihatnya…

Malam itu juga iman diadmit ke wad..dan dibri perhatian 24 jam..iman terpaksa dimasukkan air kerana iman tak boleh diberi makan atau minum..bimbang sawannya menyerang dan dia boleh tercekik…

Dan aku…hanya mampu melihat kesakitan yg iman lalui…dan sepanjang malam itu, aku tak melelapkan mata seminit pun…bimbang sawannya menyerang…

Dan ikhlas aku katakan…aku tak mahu melaluinya lagi…cukuplah sekali..dan semenjak itu..iman ada juga diserang sawan..tapi tak teruk..cuma sekali dalam seminggu…Akhir-akhir ini, sawannya telah tiada dan aku harap sgt penyakit itu pergi dari tubuh anakku…

Amiinnnn…

 
3 Comments

Posted by on May 7, 2009 in Iman

 

3 responses to “SAWAN

  1. suealeen

    May 7, 2009 at 9:07 am

    This comment has been removed by the author.

     
  2. suealeen

    May 7, 2009 at 9:09 am

    This comment has been removed by the author.

     
  3. suealeen

    May 7, 2009 at 9:10 am

    inilah yang saya takut sebenarnya.. sebab syafiah tak pernah kena. dan tak tahu macamana kalo dia kena. saya doakan moga dia terpeliharalah dari perkara² macam ni… dan saya doa iman juga tidak perlu melaluinya lagi, insyaAllah..

    sori… terpost banyak kali..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: