RSS

IMAN AND THE TOLE

12 May
Suatu malam yg hening…ada seorang ibu sedang tekun menghadap laptop..jemarinya sebok menaip kekunci..microchephaly..paccygyria..cerebral palsy…kelumpuhan otak..bayi istimewa…

Tujuan ibu itu hanya satu..utk mengumpul sebnyak mungkin maklumat mengenai penyakit anaknya..rawatan yg boleh diberikan..dan akhirnya terteralah perkataan “THE TOLE..RAWATAN PENYAKIT KELUMPUHAN OTAK…”..bersemangat sekali ibu itu membaca testimoni-testimoni yg terdapat dalam laman web itu..hatinya begitu tertarik..dlm masa yg sama cuak..ini perubatan cina..halalkah? Bolehkah digunakan utk orang Islam? Tapi dlm masa yg sama ibu itu segera mengambil pen dan kertas, mencatat alamat pusat rawatan berkenaan..dlm hati, merancang tindakan..esk nak call..

Akulah ibu itu..hati tekad mencari rawatan buat iman..rawatan yg lebih realistik..bkn iman tak pernah berubat sblum ni..tapi aku nak mencari rawatan yg lebih baik ..dan ayat yg paling kuingat dlm laman web tu..”akupuntur di the tole mampu menguatkan tenaga otak..terutama anak-anak istimewa spt iman..ia mampu merawat masalah saraf yg lemah…dgn kaedah kepala dicucuk dgn jarum yg tajam dan juga memakan ubat yg dinamakan brain powder..ramuan akar-akar kayu dari cina utk masalah otak.

Esoknya, blk dr sekolah aku terus menelefon pusat rawatan the tole tu..mengatur pertemuan..
“boleh..boleh..awak blh dtg bawak anak..saya mau tgk…”

Ptg sabtu minggu tersebut..aku dan abg nekad ke the tole..anak2 lain ditinggalkan di rumah…linda jaga..berbekalkan wang rm5 ratus di tangan..tempatnya di jalan bukit bintang, kl…memang di tgh2 kesibukan manusia…stlh mencari, kami jumpa jugala tmpt tersebut..naik ke tingkat 4..tertera perkataan the tole di pintu masuk..hati berat nak melangkah..di pintu msk..penuh dgn tulisan cina..di dalamnya juga terdapat berbotol-botol ubat cina..tak ubah seperti kedai sensei cina..abg menarikku masuk..kami duduk seketika..Dlm hati..Ya Allah betul ke apa yg kubuat ni..aku mencuit abg..kami kelihatan canggung kerna kamila satu-satunya pasangan melayu yg berada di situ, yg lain semuanya org cina yg keluar masuk..

” Bang,jom balik.., syg rasa kita salah tempat ni…”..aku bingkas bangun..bau ubat cina sgguh membuatkan ku tak selesa…Abg keberatan..”kita tanya dulu…”

Abg terus ke kaunter pendaftaran..mengisi borang..dan bertanya untuk berjumpa master Leong..pengasas tmpt tersebut…Petugas di kaunter meminta tggu sebntar kerana master leong sdg merawat pesakit dr Pakistan..Sedang kami menunggu itulah, kami didatangi seorang wanita..kusangka org Malaysia..tapi sangkaanku silap..rupanya wanita itu org Singapura..dah 2 minggu dia di situ…anaknya juga seperi Iman..tapi kaki anaknya bengkok..tak boleh diluruskan..dan ayat dia yg kuingat..

” U all beruntung kerana the tole satu-satunya pusat akupuntur yg menjalankan rawatan ke atas kanak-kanak..kat negara saya tak de..byk utk dewasa..thats why tmpat rawatan ni taraf international..ramai pesakit dari luar negara buat rawatan kat sini…”

” Muhammad Aiman..” nama iman dipanggil..Aku dan abg segera masuk berjumpa master..Master Leong melemparkan senyuman ramah..

“Ok cerita..apa history anak awak? “..aku dan abg pun menceritakan kisah iman dari awal hingga akhir…Master Leong tersenyum dan mengangguk-angguk…

” Ok takpe kita cuba..kita cuba buat akupuntur..tgk dlm sebulan..Iman boleh menelan atau tidak..” ulas Master Leong stlh aku menceritakan kepayahan Iman utk menelan..otot menelannya tidak kuat..Iman tak boleh makan nestum, kalau kupaksa suap juga dia akan muntah..jd terpaksalah aku masukkan nestum ke dalam susu..

Aku yg masih curiga terus bertanya..” Maaf Master..boleh saya tanya dalam Brain Powder you ada isi campuran arak tak?..as u know kami org Islam..arak haram bg kami..” laju je mulutku bertanya..

” Oh..tak de, ubat saya hanya betl-betul akar kayu dari cina..dan tak de campuran arak’ jawab Master Leong, riak wajahnya menunjukkan kejujuran.

” Ok..kita start akupuntur..tgk penerimaan Iman mcm mana…”

Aku mencuit abg..abg menganggukkan kepala..maksudnya abg bersetuju utk memulakan rawatan..demi Iman kami mengambil risiko yg blm pasti…

Dan..Master sambil mulutnya mengusik Iman..dia meletakkan jarum di atas kepala Iman..4 jarum semuanya..Aku menjerit kecil melihat jarum yg tajam itu menembusi ke dalam kulit kepala Iman..bimbang Iman kesakitan..Tapi sebaliknya, Iman hanya tersenyum..

” Tak sakit ke? ” soalku kepada Master..
” Tak..mcm kena gigit semut je…”

Terpacakla 4 btg jarum di kepala iman..dan kami perlu membiarkan Iman dgn jarum tersebut selama sejam utk satu sesi…semua tu utk menguatkan tenaga otak Iman..Iman berkelakuan biasa, seolah-olah tak de apa-apa di kepalanya..sah..Iman tak sakit..

Setelah sesi rawatan tamat..kami dibekalkan ubat Brain Powder utk satu minggu..Iman diminta dtg lima kali seminggu..utk penyembuhan yg lebih cpt..tapi kami tak mampu kerana kos rawatannya yg agak tinggi..petang itu kami dicaj sebyk RM268..RM35 utk satu sesi rawatan, Brain Powder RM105, 7 paket utk seminggu..perlu dimakan setiap hari dan dicampurkan dalam susu, jarum RM8..RM2 sebatang..dan konsultasi RM120..boleh tahan harganya..tapi utk iman..kami rela..

Ptg itu kami meninggalkan the tole dgn harapan..moga ada sesuatu yg menjanjikan kesembuhan iman di sini…dan kami akan dtg lagi hjg minggu depan..

The Tole Acupuncture Herbal Medical Centre
Suite 4.08 & 4.10 , 4th Floor ,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Malaysia.
Tel: 603-21418370 / 603-21451671
Fax: 603-27326887

tole88@gmail.com

OR

master88@streamyx.com

 
2 Comments

Posted by on May 12, 2009 in Iman

 

2 responses to “IMAN AND THE TOLE

  1. chuck

    October 23, 2011 at 1:42 am

    Salam puan, mcm mana dengan Iman sekarang? Saya berminat untuk ke tempat ini tapi rasa was was takut tidak halal. Apa pendapat puan? Saya ada masalah tidak dapat tidur mlm yg sudah berlarutan.

     
  2. Ummu Huzaifi

    March 17, 2013 at 8:29 am

    Salam puan,bagaimana keadaan Iman sekaran selepas rawatan The Tole? Ada perubahan tak? Apa komen puan tentang The Tole? Saya nak consultation..tp tak pasti The Tole memang betul2 berkesan. Thank you

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: