RSS

TIDURLAH SAYANG….

22 Jun

Terlena setelah penat bergolek dan menjulur…

Moga lena Iman tidak terus terganggu..

Tersentuh hati melihat iman tidur di tilam..Dulu anak ini payah benar lenanya..Semasa dalam pantang..dia langsung tak mahu tidur..Bergilir2 la aku dan abg menjaganya..dia akan merengek dan menangis..

Bermacam-macam cara kami lakukan..Kami membeli tape ayat Al-quran dan radio kecik utk diletakkan di hujung kepala Iman..supaya dia boleh lena dgn alunan ayat Al-Quran..tapi adakala cara itu tidak berkesan..Last sekali kerana tak tahan berjaga malam..kami akhirnya membawa Iman ke Darussyifa’..Kata Ustaz tu Iman ni lemah semangat..Diberi air jampi utk menguatkan semangatnya..Tapi keadaan tidak banyak berubah..Akhirnya kami masukkan Iman ke dalam buai..dan kami terpaksa menghayunnya saban malam..jika berhenti ayun, Iman akan menangis..Last2, kami terpaksa beli mesin buai eletrik..Barulah masalah tidur Iman dapat diselesaikan..Dia boleh tidur lena juga..tapi kadang2 dia akan terjaga juga..nak minum susu.

Tapi masalah lain pula yg timbul..Bimbang dgn ayunan yg hampir 8 jam..eletrik lagi..bukan apa takut kami tak sedar..apa-apa berlaku kat Iman..kami cuba mengangkat Iman tidur di atas katil..badan Iman akan mengerengkot kekejangan..tidurnya terganggu..skjp2 dia akan tersentak dan terus mengerengkot..kata org tua mcm gayat..akhirnya dia akan menangis..Rupanya itulah serangan sawan Iman yg langsung kami tak ketahui…Masa tu Iman blm disahkan microchepaly lagi…

Hampir setahun lebih..Iman tak boleh tidur di atas katil mahupun di atas tilam..Jadi untuk ke mana2 terpaksalah kami mengusung buaian automatiknya…supaya tidak terganggu lenanya..Pernah suatu ketika, Iman dimasukkan ke wad akibat sawan, dia langsung tak boleh tidur..jadi terpaksalah aku meribanya sepanjang malam..kalau dah lenguh..aku masukkan dia dlm stroller dan ayunkan perlahan..barulah dia terlena..itupun tak lama..dia akan tersentak dan menangis..Seksa betul rasanya…

Cuma dalam 3 bulan lepas..Iman menunjukkan perubahan positif..secara tak sengaja Iman tertidur di atas tilam, tempatnya bermain..Satu perkembangan yg positif..Sawannya tak menyerang..Tapi dia tak boleh terperanjat..kalau tak dia akan terkejut dan mengeras…

Alhamdulillah..seribu kesyukuran aku panjatkan…Moga perubahan Iman akan terus positif..Kami juga dah boleh mengangkatnya tidur di atas katil..tapi tak lama..dalam 3 atau 4 jam..lepas tu dia akan sedar dan merengek…Tak pelah Iman..pelan-pelan..Itu menunjukkan perkembangan otaknya positif kata dr..Walaupun lambat kerana struktur kepalanya kecik..dan jaringan sarafnya yg terhad…sekurang2nya ianya masih berkembang..jgn mengecut..apabila mengecut semua kebolehan yg Iman ada sekarang akan hilang…Ya Allah..jauhkanlah..Aku takut aku tak mampu menghadapinya…

 
3 Comments

Posted by on June 22, 2009 in Iman

 

3 responses to “TIDURLAH SAYANG….

  1. ita zakaria

    June 22, 2009 at 3:10 am

    salam, kak nanie. ita bace entry nih, teringta kat anak ita. same jer kes dgn iman, yg x nak tido mase dlm pantang. 3 bulan…siang malam nanes jer. masok buai, lena…tido atas dada ita selama 3 bulan kalau x masok buai. sarra pun lemah semangat gak. tapi bile die dah stop nanes, die sendiri akan terlelap…syukur sgt2. lain anak…lain ragamnya kan kak. sekarang nih pulak, dah pandai pilih. kdg nak riba, kdg nak buai, kdg nak tido sendiri…huh! cobaan… utk iman, bagus sayang, sekurang-kurangnya iman dah ade perkembangan lain. alahamdulillah. gud work ya sayang!!!

     
  2. Kerikil Kehidupan

    June 22, 2009 at 7:00 am

    Thanks ita..betul..lain anak lain ragamnya..tapi iman ni betul2 menguji kesabaran dan ketabahan..Harap2 iman dan sarra sama-sama cepat sembuh dan boleh hidup normal mcm anak lain..

     
  3. sEgAlaNya kU tEriMa

    June 23, 2009 at 5:44 am

    syuke tengok iman tido..
    cam kanak2 yang keletihan pas penat main..
    sayang sgt-sgt kt iman..
    ngeee ~~

     

Leave a comment

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.