RSS

MAAFKAN UMI….

05 Jul

Semalam hari yg betul2 mendebarkan aku..Aku bangun agak lewat sbb malamnya Iman tak tidur..pukul 530 pagi baru dia tidur lena..Dia menangis sepanjang malam..batuknya menyerang..lepas batuk..dia muntah..jadi terpaksalah aku gunakan aerochamber tu selang 4 jam..Abg pulak tak der..Outstation ke Perak..memang menguji kesabaran betul..Mata mengantuk, tapi Iman pulak tak nak tidur..Mira pulak tumpang mengamuk sama..Bising katanya..yelah Iman asyik menangis jer..Last2 aku tidurkan Iman sambil duduk…Barulah kurang skt dia menangis..

Pagi esknya..mak mertuaku ajak aku ke gombak, rumah adik iparku..aku menolak..dlm keadaan Iman batuk2 mcm ni..tak selesa nak berjalan..Jadi mak mertuaku hanya bawak Anis dan Mira..Pkl 11, aku tidurkan Iman semula slps balik dari klinik utuk ambik Nabulizer..barulah lelah dia nampak ok skt..

Aku trn ke bawah nak kemas dapur..Tiba2 aku terdengar satu dentuman yg kuat kat atas..Pintu tertutup agaknya..sebab pintu bilikku memang selalu tertutup sendiri bila angin kuat..maklumla rumah kami mengadap bukit, jadi angin memang kuat..Aku segera naik ke tingkat atas..Kupulas tombol bilik..tak boleh..Ya Allah pintu terkunci..Iman ada di dalam, sedang tidur di dalam buai..Aku panik…Segera aku teringatkan kunci bilik yg abg ltk kat stor..Aku cuba bukak pintu tu dgn semua kunci yg ada, tak boleh..Ya Allah..mana satu kunci ni..nak call abg pun tak boleh, hp tinggal atas katil…Dalam hati, tombol pintu ni rosak agaknya..sebab tu tak boleh bukak..Ya Allah..hatiku berdebar..Badanku menggigil..berdoa janganla Iman sedar dan menangis..Ya Allah peliharalah anakku..Aku cuba sekali lagi gunakan kunci tersebut..masih tak boleh..Dalam hati nekad, aku mesti dapatkan bantuan sebelum Iman terjaga..Aku berlari ke rumah sblh, jiranku chinese..Alamak tak der org pulak..keluar agaknya…

Aku nekad nak panggil tkg kunci mungkin kedai hardware blkg ada tukangnya..tapi dlm masa yg sama hati cuak nak tiggaklan Iman sorang..Hati mengutuk diri..kenapala aku cuai sangat..kenapala aku tak sendal pintu bilik tu..dan aku tak tau pun pintu bilik tu rosak…Aku naik ke atas, dgn lafaz Bismillah aku cuba lagi gunakan kunci yg ada..dan ALHAMDULILLAH..satu kunci tu boleh digunakan..aku pelik..padahal kunci tu dah berulang kali aku guna tapi tak boleh…

Ya Allah..apa petunjuk yg kau nak tunjukkan ini Ya Allah..Ampunkan aku ya Allah..Ampunkan aku..Aku menyesal..mungkin Allah nak aku merasa kehilangan Iman buat seketika sbb kadang2 aku juga ada merungut apabila terpaksa berjaga malam di kala iman tak sihat dan kejadian ini menyedarkan aku..aku tak sanggup kehilangan iman hatta berjauhan dgn Iman walau sekejap pun..

Aku masuk bilik..Iman segera kuangkat dan kupeluk…

“Maafkan umi, Iman..maafkan umi…”…Iman hanya tersenyum..dia tidur lena..tak sedar pun yg sebenarnya dia dah terkunci hampir setengah jam….

 
4 Comments

Posted by on July 5, 2009 in Iman

 

4 responses to “MAAFKAN UMI….

  1. Noina

    July 5, 2009 at 11:30 am

    Ya Allah..takutnya kak..nasib baik Iman tak sedar kan kak..Ina kat umah baru nih..mulanya semua pintu nak pasang yang mcm lever tuh..tapi sebab susah nak pasang..nak kena bukak semua tuh..ayah ina cadangkan buat terbalik tombol tuh..maksudnya..punat kunci kat luar..pastu klu nak kunci gak..pasang mcm 'selak'(betul ke ina eja nih)..baru selamat sket..

     
  2. Kerikil Kehidupan

    July 5, 2009 at 12:17 pm

    Bagus cadangan ina tu..akak ni beli rmh second hand..jadi seme benda tu dah ada..tapi memang nak kena tukar dah tombol tu..dah rosak..nak pasang mcm ina tulah…Takut pisang berbuah dua kali..kalau inagt, memang ngeri…

     
  3. mirah

    July 6, 2009 at 12:58 am

    wah cemas juga kan bila jadi mcm tu. Kena sentiasa beringat tu. Pintu rumah kami pula tak boleh kunci/ tutup rapat. Dah rosak. Rumah sew nih. Kekadang risau juga kalau biar anak tidur di dalam bilik, kita kat bilik air bwh, bukan dengar pun.
    Moga Allah pelihara anak-anak kita.

     
  4. suealeen

    July 6, 2009 at 2:37 am

    kunci bilik ni kekadang bila kita mencari memang susah nak jumpa kan… nak² lagi time kritikal.

    insyaAllah Allah pelihara anak² kita…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: