RSS

IMAN DAN NABULIZER

11 Jul

Salam semua..Maaf dah lama tak update..Dah dkt 2 minggu Iman tak berapa sht..Batuknya tak baik2..dan dah dkt 2 mggu berturut-turut kena g ambik nab..Sampai dr kat klinik swasta blkg rmh tu pun dah kenal aku dan Iman..dan dia menyarankan aku membeli sendiri mesin nabulizer untuk kegunaan kat rmh..Mesin portable..kecik jer..lebih kurang mcm gambar kat sebelah..Aku dah survey gak harga dia..paling murah RM2 ratus dan paling mahal seribu lbh…kat farmasi ada jual..

Tapi mak mertuaku pula bagi saranan lain, dia mencadangkan aku beli melalui hospital, lagi murah katanya..blh dapat separuh harga..apatah lagi untuk baby OKU mcm Iman…Termenung skjp..ikutkan hati nak jer beli terus kat farmasi..senang..kalau melalui hospital mesti byk urusan birokrasinya..tapi sebab mak mertua janji nak sponsor..jadi kenala ikut cadangan dia kan..Oppoiment Iman lambat lagi..bulan 8 baru ada..jadi aku kenalah tanya adik kawan aku..Dia Mo kat hospital serdang, bhgn Pediatrik…

Apa pendapat kawan-kawan blogger yg lain..tau tak kat mana farmasi yg jual lebih murah…

Aku harap sgt kalau dapatla beli mesin nabulizer tu..lelah Iman akan dapat dikawal..Dia pakai aerochamber tapi tak berapa jalan..Waktu malam mesti dia akan batuk teruk, sampai merah muka..kadang2 sampai berair mata..dah dkt 2 botol bagi ubat kahak, tapi tak reda juga..Malam Jumaat baru ni paling teruk..Dia start batuk pkl 130 pagi, berlarutan sampai pkl 4 pagi..Mcm2 cara aku buat..sampai terpaksa tutup kipas..lumur dada dia dgn vicks barulah nampak ok skt…Akibatnya aku pulak yg nak demam, kepala sakit..tak ckp tidur..nak drive g sekolah pun tak larat..Jadi terpaksalah aku ambik mc…

Aku juga ada gunakan ubat homeopati mcm madu amazing DCL, tapi aku kena berenti bagi madu tu kalau bagi ubat klinik..jadi pemberian madu tu tak konsisten…

Berat badannya juga makin teruk..memang kalau bdk2 asma ni payah nak naik berat badan..Mira dulu pun sama..Berenti aerochamber barulah berat badannya naik mendadak…Iman dah umur 1 tahun 8 bulan, tapi beratnya baru mencecah 7 kg..kalau kat kad klinik tu dah masuk line merah..kurang zat makanan teruk..alahai siannya anak aku..tapi misi kat klinik tak lah marah..dia kata budak2 mcm iman ni normal berat mcm tu..tmbahan lagi iman ni ada asma..lagilah menyumbang kepada penurunan berat badan dia…

Lagi satu iman memang ada masalah makan bubur..dia hanya nak makan nestum..cuma akhir2 ni jer pengasuh dia kata dia nak makan bubur nasi, tapi dalam kuantiti yg sedikit..kat rmh pun aku buat tapi hanya beberapa sudu jer dia makan,pastu dia akan muntah..risau betul..kalau nestum laju pulak..

Dalam hati risau dan fikir nak buat sesutu untuk Iman..Jumpa pakar pemakanan pun sudah, dr tu sarankan beli makanan tambahan..namanya POLYCOSE..kat guardian Alamanda jer ada jual..kat Farmasi Bangi ni tak der..kena order…Tapi dah dkt 6 tin aku guna..berat badan Iman tak juga bertambah..Dalam hati cadang nak beli susu Pediasure esk..mahal pun mahallah..yg penting berat badan Iman naik…Iman ni suka tgk org makan..tapi kalau nak suap dalam mulut dia bukan main payah..dia akan tutup mulut sampai kita kena jolok untuk isi makanan..Tapi kalau yg manis2..cepat jer dia nganga mulut dia…

Itulah serba sedikit kisah Iman utk minggu ni..Aku harap benar Iman cepat sembuh…dan selera makannya akan bertambah..Yelah Ibu mana yg tak risau…

 
4 Comments

Posted by on July 11, 2009 in Iman

 

4 responses to “IMAN DAN NABULIZER

  1. ayu

    July 11, 2009 at 11:55 am

    nanie,cuba la ubat homeopati..anak kak yg mikrosefali tu baru2 ni batuk dn demam.alhmdlilah..slepas bg ubat homeo,deman dn batuknya pn dh sembuh.kahak jg akan keluar sendiri drpd mulut.em..lps ni nk cuba tnya la dr homeo leh x mrawat mikrosefali.kak doakan agar iman cpt sembuh..amin.

     
  2. Kerikil Kehidupan

    July 11, 2009 at 12:15 pm

    InsyaAllah saya cuba..sbnarnya saya tgh tggu oppoiment dgn anak arwah dr azizan, homopati examo..biasanya dia akan dtg ke bdr tasik selatan..kwn saya dah cuba ubat homopati booster dia untuk masalah sawan..alhamdulillah berjaya..tu ingat nak bawak iman dgn mira sekali…

     
  3. Noina

    July 12, 2009 at 3:19 am

    harapnya Iman mau kan minum susu Pediasure tuh..Nabila dah cuba..mau gak minum..tapi masih tak naik..tapi ina tak cdg nak tukar atau tambah susu lain..pasal ina fikir..mungkin dia mmg nak ringan kan badan dia..lagipun kepala dia kecik..microcephaly..Iman pun sama kan..emm..nanti klu bdn besar kepala kecik susah gak kan kak..sabo yek kak..ina pun kena sabo gak..hehe..pasal nebulizer tuh..cuba akak try survey kat kedai maycare..ina rasa website dia http://www.maycare.com. Kat situ..kalau kita nak beli barang kita leh dapat murah..tapi kena ada surat dari doc atau JKM..ina tak sure pulak..dorang kat kedai tuh penah ckp ngan ina..klu nak beli brg2 Rehab la..emm..ada kedai dia dekat ngan tepi highway federal..dekat ngan shah alam..klu kat KL ada kat bangsar..jalan maarof..try la kak..tanya dorang dulu..ada tak jual nebulizer tu.

     
  4. suealeen

    July 13, 2009 at 5:18 am

    Syafiah kuat menyusu + kuat makan tapi berat badan tak berapa nak naik. Nestum tu manis agaknya tu sebab Iman suka.

    Tentang neb.. Adam dulu lelah. Lepas 1 1/2 umurnya hingga kini hilang alhamdulillah. Caranya saya buat terapi air. Bawak dia pergi air terjun tiap minggu. Apungkan dia kat atas air dan lalukan atas air macam orang berenang. Dulu bila demam seram saya dibuatnya. Demam dia sampai seminggu tak nak baik + lelah + batuk lagi.

    Ada beli tak nasal drop tu untuk Iman? Tu bagus juga tu..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: