RSS

IMAN DAN TERAPINYA

20 Jul

Pagi ni aku bangun dgn mata yg kelat, Iman asyik merengek jer malam tadi..Aku masukkan dia dalam buai pukul 11 malam..Dia tido sekejap jer..pukul 12 dia start merengek..Tak tau knp…Bila aku ulik, tido balik..tapi sekejap jer…bila aku terlelap jer..dia menagis balik..Aduh..napa pulak la budak Iman ni…esok sekolah…nak kata dia batuk tak pun..Aku pun angkat dia dari buai..buatkan susu, tapi dia tak nak minum..aku tak rasa dia lapar sebab di makan mashed potato byk td…ke sakit perut..maklumla first time aku bg dia makan mashed potato yg aku buat sendiri, ikut resepi sue…tak sangka byk pulak dia makan, habis dua mangkuk…Aku bubuh minyak kat perut dia, gosok perlahan..Aku tak masukkan dalam buai, aku baringkan dia sebelah aku…tido sekejap, pastu bangun semula..merengek-rengek..Sampaila pagi keadaan mcm tu..Pendek kata, memang tidur tak lena…

Pagi ni, Iman ada sesi terapi di Hospital Serdang…Dalam hati tak taula Iman blh follow ke tak..Sebab umi dan abinya pun mengantuk…Tak pela..tawakkal…Mulanya aku ingat nak ke sekolah dulu, pastu abg ambik aku kat sek..tapi sebab dah tak ckp tidor, aku ambik keputusan utk terus ke hospital…

Sampai kat hospital lbh kurang pukul 845, dah lewat 15 minit untuk OCCT, nasib puan zurianti ok…Iman pun lagilah ok..Senyum lebar apabila puan Zurianti letakkan dia atas buaian yg mcm bantal peluk..dia letakkan Iman dalam posisi meniarap..pastu tolak perlahan…Iman pun siap pejam mata lagi..seronok kot org buai mcm tu…Puan zurianti menyarankan Iman dibuat splint pada tgn kanannya, sebab tgn kanannya mcm dah nak mengeras…aku setuju jer apa-apa untuk kebaikan iman…next oppoiment baru Iman dapat splint tu..hari ni tak sempat sebab aku sampai lewat…lepas sesi naik buai…Iman diletakkan atas bola yg besar pulak, dia diayak ke kiri dan kanan…bukan main seronok lagi dia, siap gelak besar lagi…hai iman, tak mengantuk ker?

Siap kat OCCT, kami ker bhgn fisio pulak..kat situ Iman dikendalikan oleh Puan Hamidah…memang Iman seronok sgt..dia senyum2 jer kat puan hamidah…sebenarnya dah lama kami tak berjumpa dgn Puan hamidah sebab Iman selalu dtg terapi petang…Puan Hamidah nilah pakar terapi Iman yg pertama sejak dia umur 4 bulan…kami pun bertukar maklumat pasal perkembangan Iman..dan Iman menunjukkan kebolehannya duduk tanpa bantuan..tapi tak lama la…Alhamdulillah…Puan Hamidah menyarankan aku bykkan lagi latihan supaya bukakan kaki Iman…sebab kakinya dah byk bersilang…bimbang tulang punggungnya akan teralih…takut jugak mendengarnya..dia menyarankan aku beli basikal mainan yg kecik..biar iman blh mengangkang lama atas basikal tu…

Lepas sesi bola kacang..iman diletakkan atas walker berdiri pulak..bukan main seronok lagi dia…abinya bawak pusing jalan-jalan..sebenarnya dah byk kali Iman buat terapi ni…dan Alhamdulillah setiap kali terapi dia memberikan kerjasama yg baik…Pukul 10.30 sesi terapinya tamat..dia pun dah menguap byk kali…mengantuk agaknya…

Dalam perjalanan balik…Iman terus tidor…Alahai sian anak umi…penat yer….

Sempat gak seluk mulut iman..rasa gusinya..rupanya gigi gerahamnya dah nak keluar..patutla merengek sakan malam tadi…Hari ni nak g beli ORREGEL, ubat tu bagus utk kurangkan kesakitan tumbuh gigi…

Semoga Iman akan terus menunjukkan kemajuan…Itulah doaku siang dan malam…Amiinnn…

 
3 Comments

Posted by on July 20, 2009 in Iman

 

3 responses to “IMAN DAN TERAPINYA

  1. Noina

    July 20, 2009 at 1:37 pm

    Bagus la Iman!(..clap..clap..clap…)
    Nanti ckp ngan Nabila suh dia jgn nangis bila terapi..penat tau acik pujuk dia..Good boy…!

     
  2. Kerikil Kehidupan

    July 20, 2009 at 2:36 pm

    Thanks ina…alhamdulillah…iman memang suka kalau terapi…cuma kalau ada pergerakan yg menyakitkan baru dia nangis..tak per, adik nabila jgn nangis tau, nanti abg iman pujuk…

     
  3. ita zakaria

    July 22, 2009 at 7:11 am

    memang x keruan kan kite bile anak2 nih meragam, dahle kite tak tau mane sakitnya. sarra lately nih pun asek merengek malam, masuk buai, tido smpi pagi… bile lah nak terserempak jumpe dgn iman kat fisio serdang nih…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: