RSS

RINDU

03 Aug

Aduh… rasa nak berjurai air mata…selama ni baca coretan ibu uwais jer yg terpaksa tinggalkan uwais kat kampung untuk berurut…tak sangka aku pulak akan lalui perkara yg sama… meninggalkan iman di kampung suami adalah perkara di luar rancangan kami…

Hati diserbu rasa kosong dan sunyi…aku rindu senyuman manisnya..aku rindu rengekan manjanya…melihat buainya yg kosong, aku begitu sepi…alahai 3 malam jer..bukan lama pun tapi rasanya macam setahun….

Ahh…kuatlah hati, tabahlah hati..3 hari iman terpaksa kutinggalkan bersama umi dan abah, untuk meneruskan rawatan lelah Iman yg dah semakin teruk dan juga untuk berurut…Hari khamis Iman akan dihantar oleh Umi ke Bangi…Tak sabar menunggu hari itu….

Teringat sewaktu mula-mula membuat keputusan….aku mentah2 menolak bila tok busu yg boleh merawat Iman dgn berurut meminta aku meninggalkan Iman di bawah jagaan Umi…aku tak sanggup, cukuplah sekali iman pernah kutinggalkan di kampung kerana terpaksa berkursus..dia diserang sawan yg teruk…rasa nak putus nyawa bila mak telefon ckp Iman demam panas dan meminta aku segera pulang…Aku takut melaluinya sekali lagi…

Sebenarnya hujung minggu yg lepas, aku pulang ke kampung…kami balik pada malam sabtu…tidur semalam di keratong…rumah mak aku..pagi esoknya kami bergerak ke Pekan kerana ada kenduri kahwin sepupu suamiku…dari pekan kami bergerak ke Kuala Rompin pulang ke rumah mertuaku…Esoknya hari Ahad..nak buat acara putus ubat lelah Mira dan memulakan sesi rawatan buat Iman…dah lama umi usulkan, tapi kesibukan abang membuatkan kami tak de masa nak pulang ke kampung…

Pukul 10 pagi, aku mengikut umi membawa Mira dan Iman ke rumah tok busu…Di situlah Iman dipegang buat pertama kalinya oleh seorang tukang urut..sebenarnya dah lama aku mencari tukang urut kat bangi, tapi belum bertemu..dan untuk pertama kalinya tok busu memberitahu, urat kaki iman tegang..begitu juga tangan kanannya..dan kerna itu, Iman terpaksa di urut…begitu juga rawatan lelahnya perlu dilakukan selama 3 hari berturut2…Aku serba salah, aku mahukan yg terbaik buat Iman tapi dalam masa yg sama..aku sudah kehabisan cuti..yelah 7 hari setahun bukan banyak manapun…tolak jaga iman kat wad…iman demam lagi..

Umi memberikan nasihat..umi sanggp bawa Iman pergi berubat dengan syarat aku rela melepaskan Iman di bawah jagaannya…Ya Allah beratnya hati…tapi untuk menolak permintaan umi aku benar-benar tak sampai hati…bukan apa tak sanggup menyusahkan umi…

Balik berubat..umi meminta pandangan abang..abg dgn hati yg berat terpaksa membenarkan…

” Tak pela sayang…3 hari jer..bukan lama pun…lagi satu kita bukan sengaja…nak berubat…” pujuk abang…

Aku kehabisan kata..kutatap wajah Iman…betul ke tindakan yg umi ambik ni nak???….

Dan akhirnya..pada pukul 5 petang…kami berangkat pulang…Sayu melihat Iman di atas dukungan Umi…dia melihatku dgn pandangan sayu…mungkin hairan..kenapa agaknya dia tak dibawa bersama…nak menangis pun mungkin dia masih tak mengerti…tapi aku ibunya…mata berkaca…menahan tangis yg melebat di dada hati….

Baru jer tadi lepas call umi…lega hati..Umi cakap Iman ok…pg tadi dah berubat lelah…malam ni pulak akan berurut…mintak2la Iman tak apa-apa…Kalaulah cikgu senang nak cuti…mahu setahun aku ambik rasanya….

Dalam hati berbisik…maafkan umi, Iman!!!!! Umi nak Iman cepat sembuh…

 
2 Comments

Posted by on August 3, 2009 in Iman

 

2 responses to “RINDU

  1. Noina

    August 3, 2009 at 4:17 pm

    Salam kak..Sabar lah..semua ini utk kebaikan Iman jugak.Akak kena kuatkan semangat. Memang susah nak tinggalkan anak. Ina belum lagi pernah tiggalkan Nabila. Mungkin akan datang, ya. Sebab tak pergi Induksi lagi.

    Sabar yek kak..

     
  2. ita zakaria

    August 5, 2009 at 10:50 am

    ita pun pernah tinggalkan sarra seminggu kat kg. utk tujuan yg sama jugak, memang perit hati nih! tapi demi nak anak tuh baik kan kak…sabarlah. asalkan Iman sehat2 selalu…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: