RSS

Hati Seorang Ibu…

11 May

Salam semua…bertemu kembali…

Semalam untuk kali kedua aku membawa Iman ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor…Hospital yng jauh berbeza dari Serdang..

Oppoimen Iman kul 11, tapi kul 10.30 aku dah terpacak di kaunter pendaftaran…bkn apa anak dapat nombor satu…rupa-rupanya itu tak perlu…Iman sorang je yang oppoimen kul 11, emm…so special…

Tepat kul 11 nama Iman dipanggil, untuk ditimbang…berat badannya baru 8.5kg…sgt ringan…kesihatannya merosot 3 minggu akhir ni, bermula dengan demam panas, demam campak…dan minggu lepas..lelah…Sekarang pun keadaannya…masih batuk-batuk…kahak masih memenuhi paru-paru kanannya…

Hampir 3 jam..masalah Iman dikupas…sebagai new case di hospital Muar, aku faham…doktor mahu gambaran yang jelas tentang kedaan Iman…hampir sejam disoal selidik…ujian fizikal dijalankan…Iman tak banyak berubah…yer dia terlalu jauh ketinggalan…

Setelah hampir dua jam, agak sukar untuk Iman memberi kerjasama…Iman tak mahu dipegang…dia sebok untuk mencapai segala macam barang…bahkan aku terpaksa memberikannya susu untuk menjawab solan doktor…

Sesi ketiga…aku dan Iman dibawa berjumpa ketua jabatan pakar kanak-kanak..Dr Tam…manis orangnya..soalan pertama darinya…Puan tau apa yang dimaksudkan dengan pachygyria…itulah perkataan yang menjelaskan keadaan sebenar otak iman…aku pernah bertanya dr di Hospital Serdang…setelah MRI brain Iman mengatakan iman mempunyai masalah itu…dr mengatakan Iman dilahirkan dengan kekurangan jaringan sel otak…aku mengatakan aku pernah dengar dan search di Internet…tapi kebanyakan artikel berkenaan pachygyria dalam bahasa Inggeris dan banyak medical term yang aku tak faham…

Dr. Tam membuka sebuah buku yang tebal…terpampangla di mataku…gambar rentasan otak pachygyria…Inilah gambaran otak anak puan…otak manusia biasanya berketak-ketak dan bergelombang…tetapi otak penghidap pachygyria…licin bak bola…kecederaan yang berlaku pada otak Iman serius…tiada apa yang boleh membantunya…kerana itulah kejadian asalnya…dalam bahasa mudahnya…Iman akan kekal cacat seumur hidup hatta untuk berjalan pun agak mustahil baginya…Iman juga mengalami kloness yang teruk…Kedua kakinya bergetar tanpa disedari…itu masalah utama untuk dia berjalan…kakinya tak kuat disebabkan kloness tersebut…Bagaikan dihempap batu besar…perasaanku ibu ini hancur…harapan yang disandarkan berkecai…kuelus rambut iman perlahan, Iman leka bermain kertas…air mataku bergenang…

Perasaan keibuan ini tak dapat kubohongi…Kuatkan hatiku Ya Allah…dan dr menyambung kembali…

Puan kena banyak sabar dan berdoa…penghidap pachygyria mungkin di satu tahap…otaknya akan berhenti membesar dan mengecut…apa yang kebolehan aak puan ada sekarang akan lenyap satu persatu, bahasa mudahnya Iman paralyse…

Ya allah…macam bom jangka yang tak tau bila akan meletup…begitula keadaan Iman…

Tiada kata yang dapat kuluahkan…aku bungkam…tanpa sedar air mata ini menitis laju…aku tak sanggup melalui detik itu…

Kukuatkan hati…Dr juga manusia…itu semua hanya prognosis…yang menentukan Allah jua…

Teringat kata-kata Jiey..Dia akan lorongkan jalan buat Iman, mudahkan segalanya…Dia yang menentukan..Moga rahmatNya terus kekal dan ada keajaiban yang menanti…

Dalam hati…Tabahlah dan pasrahlah…

 
4 Comments

Posted by on May 11, 2010 in Iman

 

4 responses to “Hati Seorang Ibu…

  1. Rizziela

    May 12, 2010 at 1:19 am

    Betul kat Jiey,

    Dr hanya meramalkan….ALLAH penentu segalanya

    Jadikan Jiey & Ian sebagai pedoman…mereka kekuatan dalam keluarga yg mengalami masalah yg sama..

    Saya doakan semoga awak tabah menghadapi ujian dari ALLAH. Pasti ada hikmah diatas setiap kejadian yg berlaku

     
  2. Kerikil Kehidupan

    May 18, 2010 at 3:07 am

    thanks rizziela…

     
  3. Anonymous

    July 14, 2010 at 2:25 pm

    Subhanallah Maha Suci Allah. Agak cliche jika saya mengatakan bersabarlah dgn segala ujian drpd Allah ini, tp apa yg dpt saya kata kan, Allah tdk Akan mnguji hambanya melebihi dr apa yg mampu di tangani Oleh hambanya. Anda seorg yg kuat.

     
  4. Aisya

    October 8, 2010 at 7:44 am

    Sabarlah kak..kita sebagai manusia hanya meramal.ALLAH lah penentu segalanya.percayalah, ada hikmah disebaliknya.Insyaallah..iman anak yg kuat.Akk juga perlu lebih kuat dan tabah.Saya doakan segalanya dipermudahkan buat akk sekeluarga.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: