RSS

HIBA SEKEPING HATI

07 Aug
Didiklah jiwa suci ini mengenal penciptanya…

He..he..Tajuk agak emo sikit…Tapi itulah wajah sebenar hati umi…
Lokasi kejadian…Kelas 5 Intan, waktu 1.05 tghri…
Hari sabtu, 7 ogos, sekolah ganti…

Usai Kem Bestari Solat untuk tahun 2 tadi…Umi bergegas ke kelas 5 Intan, untuk masa Tasmik….
Tasmik?? Mmm..fahaman mudah Kelas tambahan mengaji yg dikendalikan oleh semua guru pend. Islam dan jQAF

Kelas agak huru-hara sikit, almaklumlah hari Sabtu..ramai murid tak datang…Umi menyoal apa yg dikecohkan…Emm..berita panas yang sedang melanda sekolah…Peristiwa yang memalukan, dan akal umi tak mampu menerimanya…

Umi memanggil suspek, Syazwani nama murid perempuan itu…
Lagak macam kaunselor..umi mengumumkan Tasmik ditangguhkan..Hal ini lagi penting bagi umi…

Umi menatap dalam-dalam wajah anak itu..Tiada rasa bersalah di wajahnya..terlalu bersahaja…
Umi menyoal dalam nada perlahan, mahu menyelami hati gadis muda ini..layakkah digelar gadis ataupun kanak-kanak…

“Ok Wani…ceritakan pada cikgu..apa sebenarnya yg berlaku…”
” Emmm…” Sambil gelak-gelak..” Saya main kejar-kejar cikgu kat library dgn Zarif, dia yg tolak-tolak saya, saya pun geramlah..Saya pun peganglah …tuttt…dia..Dia pukul saya balik…saya buat lagi cikgu…dan insiden itu berulang sbyk 3 kali..”

Hati seakan mahu pecah…Kuatkan hati mahu terus menyoal…

” Apa niat wani…bergurau..seronok…sengaja atau berkeinginan…??”..Soalan yang hanya layak ditanya pada murid yg lebih dewasa..bukan pada murid perempuan yg belumpun cukup umurnya 11 tahun…

” Ala cikgu..sajer jer…” Jawab Wani…

Tatkala itu azan zohor berkumandang..bersekali dgn deringan loceng tamat sekolah..Umi terpaksa membenarkan Wani dan rakan-rakannya pulang dgn hati yg masih termangu…

Dalam kesyahduan azan..sungguh air mata umi menitis perlahan..Rasa hiba yang amat sangat bertamu…Bumi seakan berputar..Di Kuala Lumpurkah aku??? Tidak..Umi berada di sebuah bandar kecil Segamat…

Umi takut…takut mengenangkan masa depan anak-anak umi..cabarannya terlalu kuat..Betapa tandusnya hati wani..betapa miskinnya akhlak anak itu…Baginya dosa dan pahala sama sahaja…Tak punya ibu-bapakah anak itu..dan umi juga dikhabarkan ibunya juga begitu..sudah bersuami tetapi bertukar-tukar pasangan,,,membawa lelaki lain pulang ke rumah..dan anak-anaknya berpeleseran hingga larut malam..nauzubillah…

Wanikah yg harus dipersalahkan?? atau kami..guru-gurunya yg tak mampu mengubahnya yg salah..Jiwanya sudah keras…untuk menyebut satu huruf hijaiyyah tunggal pun wani ambil masa sebulan…

Dan dalam sendu umi berikrar…anak itu harus didekati…jiwanya harus dimurnikan..andai ibu bapanya lepas tangan..Kamilah yg harus jadi ibu bapa kedua untuk membimbingnya kembali ke pangkal jalan…Amiinn…

 
Leave a comment

Posted by on August 7, 2010 in Luahan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: