RSS

Hapuslah Air Mata….

07 Sep

Pesan seorang sahabat….

” Berdoalah supaya hati kita dilembutkan…berdoalah juga dipermudahkan segala urusan…dan keadaan menjadi lebih baik…Hidup ini hanya pentas ujian…Bersabarlah menghadapi segala ujian dan dugaan yg mendatang…kerna Allah tidak akan berhenti menguji hati hamba-hamba yg disayangiNya…yg penting kehidupan kita di akhirat sana….”

Mengingatkan ini semua hanya dugaan kecil…terubat sedikit rasa hati yg rawan….

Beberapa jam lagi….aku bakal berpisah dengan anak-anakku…permata hatiku….2 hari lagi menjelang Syawal, tiada lagi kelibat mereka di hadapan mataku…Tiada lagi hilaian tawa iman yg mendamai jiwa…Tiada lagi rengekan halusnya yg minta diangkat….Dan tiada lagi juga episod drama antara kak long dan kak ngah yg suka berperang….

Dan…aku harus kentalkan jiwa, kuatkan hati…kerna inilah takdir yg tertulis buatku…Inilah suratan hidup yg tertulis ketika talak dijatuhkan buatku lewat 6 bulan yg lalu….Perpisahan ini bukan hanya sekali…malahan ianya akan berlaku berkali-kali lagi selepas ini….

Kulapangkan dada…kukorbankan derita rasa ini…Aku cuba mengerti rasa kasihnya seorang bapa..dan aku tidak mahu anak-anakku kekurangan kasih itu…tiadak kiralah walaubagaimanapun keadaannya…walau sedikit manapun curahan kasihnya…Dia tetap “abi” kepada anak-anakku..Mana mungkin kuputuskan talian darah ini…darahnya tetap mengalir dalam tubuh anak-anakku…Namanya tidak pernah lekang dari bibir anak-anak ini…Mereka faham apa yg berlaku…dan mereka akur itulah takdir yg terpaksa mereka terima…Kenyataan pahit yg terpaksa mereka telan sedari awal usia….

Selamat Hari Lebaran anak-anakku…
Sinar matamu pendamai hati umi…

Dan…dalam hening subuh ini…..Aku bermohon padaMU tuhanku…Kau hapuslah air mata ini…Kau berilah aku kekuatan….Kau lapangkanlah dadaku ini…Kau lembutkanlah hati ini…dan kudoakan anak-anakku sentiasa dalam lindungan rahmatMu…Peliharalah mereka…dan ku benar-benar berharap mereka tidak disisihkan dan layak mendapat layanan yg serupa dgn sepupu-sepupu mereka…walaupun anak-anakku tidak lengkap harinya…tanpa ibu mereka di hari lebaran….

Dan soalan Mira lewat petang semalam menyentuh kalbuku….

” Nanti kalau abi datang ambik…umi ikut sekali tau…kita sama-sama raya rumah wan…”

Kuelus rambutnya perlahan….Suatu hari nanti Mira akan faham…..

 
5 Comments

Posted by on September 7, 2010 in Luahan

 

5 responses to “Hapuslah Air Mata….

  1. Yasmin Nabilah..

    September 8, 2010 at 4:35 am

    bergenang air mata ina bila membaca coretan akak..dapat membayang keadaan akak di pg raya.sabarlah kakakku..tabahkan hatimu..

     
  2. ieda

    September 8, 2010 at 5:28 am

    salam kak nanie…sabarlah kak.ingat shj yg anak2 selamat & gembira bersama abi mereka dan saudara mara yg lain.hari raya akak dgn anak2 akan tiba bila mereka kembali kpd akak nanti..takpe kak..mereka akan lebih lama dgn akak nanti.

     
  3. Anonymous

    September 8, 2010 at 8:04 am

    begitulah kehidupan…sebegitu rapuh…sepertinya tiada lagi daya…kudrat bersisa semakin terhakis…..peritnya suatu kenyataan..kejamnya suatu hakikat..

    namun….apa benarkah itu hakikat?…dan apakah benar itu kenyataan?…

    tidak..selagi hayat dikandung badan…selagi usia dunia berbaki…Tidak sama sekali..selagi Allah masih menyayangi…

    tiada siapa yang tahu hikmah sebenar yang tersembunyi…cuma boleh mengandaikan…yang kadang2 masa mengungkaikannya…

    pilih lah bagaimana untuk memujuk diri…pilih lah di mana seharusnya mencari kekuatannya..

    bila tiba masanya…di ketika masa yang terpilih…InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan..dunia dan akhirat…

    Wallahu'alam…

     
  4. ummu faqeh

    September 8, 2010 at 11:48 pm

    akk..tiada kata2 yang terbaik utk memotivasikan diri sendiri..kecuali..pujuklah diri sendiri..baca dan fahami mendalam…akk dah tampal kat dinding kan?

    kami doakan yang terbaik utk akk sekluarga…amin!

     
  5. DraWing of tHe SoUL

    October 7, 2010 at 8:32 am

    …..:(

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: