RSS

Mereka Tanpa Saya….

19 Sep
Gambar 1 syawal yg lalu….
Inilah wajah permata-permata hati umi di 1 Syawal yg lalu…bersama abi mereka di rumah bekas ibu mertua umi….
Perasaan umi hanya Allah yg tau…Tatkala takbir bergema di malam raya…diselangi dentuman bunyi mercun…Meriah sungguh…Tapi umi…mengunci diri di dalam bilik…Umi tak mahu parent umi dan adik-adik umi melihat kesedihan umi….Umi menyebokkan diri mengemas baju…Padahal hati umi asyik terkenangkan kalian…terutama Iman….
Dan..malam itu umi tak lena tidur…sampailah menerima sms jam 4 pg…” Iman asyik menangis…tak tau kenapa…saya rasa dia rindukan awak…”
Kenapa dgnmu Iman sayang…??? Knp asyik menangis dan tidak seceria selalu…Iman behave yer…jgn susahkan abi mcm ni…abi tak biasa….Itulah doa umi….dan akhirnya umi terlena bersama air mata…
Maafkan umi anak-anakku…Tiada seorang ibu pun yg mahu kehdpn anak-anaknya tidak bahagia…Maafkan umi kerana kalian menyambut Syawal tanpa umi di sisi…Perpisahan ini sudah tertulis…
Pagi syawal…hati umi masih sebal..masih risaukan iman…Baju raya juga belum bergosok…Tidak bermaya..Apatah lagi melihat 2 pasang baju kurung dan sepasang baju melayu berwarna purple yg tergntung kemas di ruang bilik…Sekali lagi air mata umi tumpah…Ya Allah sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi ujianMu ini…Aku tidak mampu membendung kesedihanku…Syawal ini terasa kosong buatku….
Jam 2 petang..umi demam….sakit kepala dan selsema datang menjengah…Akhirnya umi terperap di dalam bilik…Umi tidak turut serta adik-beradik yg pergi beraya…
Umi tidak kuat bila orang bertanya..Mana anak-anak?…Hanya air mata yg mampu menjawabnya….
Sesungguhnya umi takut untuk melaluinya lagi 2 tahun akan datang..umi tak sanggup….Tapi umi tahu umi kena kuat….demi kebahagiaan anak-anak umi….
Hati sabarlah…..
 
6 Comments

Posted by on September 19, 2010 in Luahan

 

6 responses to “Mereka Tanpa Saya….

  1. ieda

    September 19, 2010 at 7:45 am

    moga kepulangan anak2 kembali menceriakan keadaan.

     
  2. shaliza

    September 19, 2010 at 7:56 am

    saya yang membaca pun pun tak sanggup kak,apatah lagi akak yang melaluinya…apapun akak sudahpun menempuhi fasa itu kan…so sudah terbukti akak mampu tempuhinya jua…sekarang sudah kembali bersama anak2 kan?

     
  3. JMY

    September 19, 2010 at 8:58 am

    salam kak, sedih sy baca entri ni..

     
  4. Anonymous

    September 19, 2010 at 9:14 am

    suatu perjalanan kehidupan setelah sesuatu yang telah diputuskan secara bersama….

    perjalanan suatu kehidupan sentiasa ada selekohnya…sentiasa ketemu persimpangan…yang memerlukan diri membuat pilihan…

    kadang2 cuba menguatkan diri agar jangan sesekali menoleh kebelakang kerana ianya cuma akan melemahkan…membawa diri terkebelakang semula…adakalanya juga cuba mengawal perasaan…mengawal fikiran agar memandang terus ke hadapan berjalan dan terus berjalan…tetapi sesekali pandangan serta fikiran terganggu kerana sedar diri kini seolah menongkah arus kehidupan yang sudah pasti mencabar…dan tercabar dengan perlakuan pelaku2 kehidupan yang lain…

    sedar atau tidak kaki telah pun melangkah…sedar atau tidak kehidupan sedang diteruskan…walau bagaimana perit yang ditelan…meskipun dalam kepayahan…diri telah pun sampai ke sini…di waktu ini…

    selagi Allah masih Menyayangi…selagi Allah masih memberikan peluang serta ruang…ambil lah masa dalam memulihkan diri…kumpulkanlah sebanyak mana pun kekuatan..sedayanya pesongkan lah seberapa banyak pun tekanan agar diri lebih selesa…agar diri dapat bertenang..dan selayaknya begitu..kerana sebagai hamba-Nya…diri sentiasa berdoa agar kesabaran dan ketenangan dapat memungkinkan diri redha akan ketentuan-Nya…

    ..Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam…

     
  5. Yasmin Nabilah..

    September 19, 2010 at 9:29 am

    kak..sayu ina baca luahan hati akak.😦

     
  6. Rizziela

    September 19, 2010 at 11:48 am

    sedihnya saya…..kalau saya..mau pengsan dipagi raya…terlalu rindukan Iman

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: