RSS

Lelah Seminggu….

21 Oct

Salam semua…
 Dah lama tak update blog..busy sungguh…Sekolah musim hujung tahun ni banyak pulak programnya…

Bermula dgn perkhemahan uniform dari hari jumaat sampaila ahad….Hari isnin, bergegas ke sekolah untuk punch…iman ada oppoimen buat pertama kalinya dgn pakar kanak-kanak Hospital Segamat…Pertukaran dari Hospital Pakar Tun Fatimah, Muar diluluskan, Alhamdulillah…Kul 8, umi dah terpacak kat Hospital, tapi tak dapat no1, dpt no 3…lapor diri kat Pakar 1, nurse cakap..kul 10 dr baru turun dari wad…alamak cakap kat GB sekejap jer..cuti dah habis….

Mujurlah ada sudut bermain untuk kanak-kanak..so layanlah iman kat situ..bukan main seronok lagi dia naik kuda…langsung tak nak turun….dan di situlah satu babak air mata berlaku…

Kul 10 barulah iman dapat jumpa doktor, Dr Intan namanya…Nampak macam berpengalaman dan lebih mudah untuk berkomunikasi..sebab kat Muar biasanya dr cina, yg bahasa melayunya tdk brp fasih…Setelah meneliti sejarah perubatan Iman…Doktor Intan bersuara….

” Sebenarnya puan..tak byk yg saya blh bantu..investigate pnyakit iman sudah hampir complete…tapi ada satu lagi test yg kita blh buat…dan Serdang tak smpat buat sblm ini…kita cuba refer Iman ke pakar neurologi di HKL…kedua-dua tgn iman masih ketat..saya takut dia ada masalah otot…dan darahya sdkit pucat…..bahasa sainsnya kita buat muscle biopsi buat iman…tisu otot lengannya akan diambil sdkit untuk dikaji..”

Termangu umi seketika…lengan iman nak ditoreh…oh..sanggupkah umi…rasa macam nak cakap tak nak jer…Rasa macam cukuplah dgn segala kesakitan yg dia hadapi….Tapi lidah umi kelu….

Dan dr menyambung…berat badan iman terlalu ringan…dia perlu jumpa dgn pakar pemakanan…mmm…bab yg satu ni malas skt….

Kul 11 lbh, stlh proses mengmbil ubat dan mengambil darah Iman selesai…umi bergegas pulang ke sekolah…

Sebab petangnya umi terpaksa mghadiri mesyuarat di PPD…dan malamya umi terpaksa berjaga untuk menyiapkan soalan bahasa Arab untuk exam akhir tahun….kerna tarikh akhir hantar pada esok hari….

Peristiwa bersama seorang ibu berbangsa india yg menangis di hadapan umi…dan pertemuan dgn pakar pemakanan…next entry yer…

Wassallam…….

 
7 Comments

Posted by on October 21, 2010 in Iman

 

7 responses to “Lelah Seminggu….

  1. iCaLoVeZiE

    October 21, 2010 at 3:32 pm

    kak,
    saya ade jumpa pengarah hospital pakar sultanah fatimah untuk pindahkan ayesha dari hospital batu pahat ke sana. doktor fauzi pun kata HPSF lebih ramai pakar.

    tapi, rumah kat Batu pahat. keje je kat muar. macma susah la pulak.BTW, appoinment untuk therapy, kerap atau sebulan sekali?

     
  2. Kerikil Kehidupan

    October 21, 2010 at 10:25 pm

    Salam ica…dr Tam, ketua jbtan pakar kanak-kanak Muar pun cakap macam tu kat akak..tapi akak terpaksa..kalau oppoimen kat muar, jauh, hampir 2 jam..akak tak smpat nak balik semula ke sekolah..sdgkan cuti cikgu 7 hari je setahun..hjg thn cuti akak dah hbs, nasib GB bg kelonggaran dtg punch dulu…kalau ikt pekeliling tak blh..
    lagi satu utk ke Muar akak memerlukan driver, akak tak berani drive sndiri dan iman duk kat car seat, sbb utk k hospital segamat pun kdg2 dia mengamuk…dan itulah antara sebab akak mohon tukar…
    Fisio pulak akak memang dah lama ambik fisio kat sini…fisio sebulan sekali, OCCT 2 mggu sekali, org PDK dtg rumah kakak, setiap jumaat…

     
  3. Rizziela

    October 22, 2010 at 1:18 am

    Semoga akak & iman akan terus kuat berdiri..kami sentiasa mendoakan untuk akk

     
  4. JMY

    October 22, 2010 at 2:36 am

    berat iman berapa kak

     
  5. Kerikil Kehidupan

    October 22, 2010 at 8:37 am

    Rizziela : Thank…sokongan kalian amat bermakna…

    JMY : Firstly…nak ucap terima kasih banyak…menitis air mata akak…terharu sungguh…berat iman 10.4 kg..berat sepatutnya dgn umur dia nak masuk 3 tahun 18 kilo…mana nak cari lagi 8 kg tu…gaji esok nak try cari susu sustagen coklat..dietian dia suggest yg itu…maybe dia dah jemu dgn pediasure sbb tu dia menolak…berat aishah berapa ek…

     
  6. Azma

    October 22, 2010 at 9:16 am

    Smg akak terus tabah ye.. Berat iman brp kak? Kurang sangat ke compare ngan umur dia?

     
  7. ibu-uwais-ameenah

    October 30, 2010 at 1:47 pm

    kak nani, dr intan norcahaya kan? dr. tu pakar pediatrik hosp segamat. masa uwais msk sana haritu saya ada jumpa dia la. baik orangnya

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: