RSS

HAMBURAN RASA

24 Oct
menangislah..andai itu melegakan hatimu ( Gambar hiasan )
Yer….menangis itu merupakan satu terapi yg melegakan….dan tangisan itu kadang-kadang tidak disengajakan…Teringat umi setahun yg lalu…umi juga pernah menangis tanpa henti…air mata mengalir tanpa disedari…kekecewaan yg dilalui bulan sedikit…3 bulan lamanya umi tidak boleh mendgr radio..memdengar lagu-lagu cinta berkumandang membuatkan tangisan umi kian lebat…oh..cukuplah derita rasa itu….
Sambungan en3 lalu…
Sungguh..umi sedikit terpana dgn tangisan yg tiba-tiba itu…walaupun umi faham benar gelora rasa di hati wanita itu…Dia menyapa umi yg sdg leka melayan Iman sambil menunggu doktor turun dari wad…Tidak semena-mena dia meluahkan rasa hatinya..meluahkan kerisauannya..dia tidak berapa arif dgn istilah CP…Dia bimbang dgn kemungkinan yg dikhabarkan doktor mengenai anak perempuannya yg baru berumur 8 bulan..badannya mengejang sblh badan…dan umi renung anak itu yg sdg lena di pangkuannya…comel…dan anak itu dan Iman sekapal…
Dan soalan yg turut membuat air mata umi bergenang…
” Macam mana akak blh senyum ek…menjaga anak sebegini tidak mudah kan…???” soalnya dalam loghat melayu india…
Senyum….senyum itu sedekah…senyum itu penawar hati…InsyaAllah walaupun hati menangis, jika kita tersenyum…senyuman itu bisa meriangkan hati yg mendung…Tiada gunanya kita menangis berterusan…ketentuan itu takkan berubah….
Umi titipkan semangat padanya…Ingatlah, jgn hanya berserah….Sabar, sabar dan sabar yg banyak amat perlu untk mendidik nak-anak ini…Umi ceritakan kepadanya, ada juga anak CP yg cemerlang di universiti…itu semua tidak mustahil…yg penting kita usaha…kita terus berjuang untuk memulihkan anak ini…Jgn biarkan mereka…Didiklah mereka sbgaimana anak-anak normal…kerna mreka juga punya jiwa…Anggaplah mereka ini anugerah yg ternilai buat kita….
Perbualan terputus bila namaya dipanggil…
Keluar dari bilik doktor, ada riak suram di wajak ibu itu…matanya merah…umi faham…umi pernah melaluinya..rasa panas yg menyerbu ruang muka…tidak semena-mena ibu itu sggh di kerusi umi…
” Thanks kak…” ucapnya perlahan…
Tidak semena-mena satu ciuman sggh di pipi iman..dan ibu itu berlalu pergi dgn air mata…
Dan yg umi sesalkan… umi lupa bertanya nama dan no phone wanita itu…*sigh*
 
6 Comments

Posted by on October 24, 2010 in Luahan

 

6 responses to “HAMBURAN RASA

  1. Anonymous

    October 24, 2010 at 8:35 am

    begitulah kehidupan…di mana pun letaknya diri…tidak akan mungkin diri adalah yang tertinggi…tidak akan mungkin jua diri adalah yang terendah…kerana pasti sahaja ada insan yang lebih…pasti sahaja ada insan yang kurang…

    bertemu…berkenalan sesama insan…walau keadaan sepertinya serupa…pasti tiada yang serupa sepenuhnya…meski dilihat sepertinya sama..tiada yang sama kesemuanya…bahagian masing masing begitulah…meskipun demikian…yang menyamakan kesemuanya….yang membuatkan ianya serupa sepenuhnya ialah…kita adalah hamba Allah…yang sedayanya berusaha disertai solat dan doa agar sentiasa sabar dan redha dengan ketentuan-Nya…tergolong di kalangan hamba-Nya yang mensyukuri tiap anugerah-Nya…..

    semoga masih punya ruang dan peluang bersama permata hati mengapai impian…menyusuri tiap dugaan…mendepani apa jua ranjau…dalam menuju keredhaan-Nya…

    Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam…

     
  2. Kerikil Kehidupan

    October 24, 2010 at 8:48 am

    kak anynumous…thanks…tagline akak..ketentuan Allah adalah rhsia Allah…sudah tersemat di hati saya…

     
  3. Azma

    October 24, 2010 at 3:49 pm

    tersentuh hati dgn ketentuan Allah adalah rahsia Allah.. Membantu menguatkan semangat kita insan yg terpilih yg kdg2 lemah jiwanya, runtuh semangatnya..

     
  4. JMY

    October 25, 2010 at 4:39 pm

    yelah, siapa kak Anonymous ni ye..tagline nya sungguh bermakna.

    kak nanie – begitulah kan, berkongsi rasa dengan ibu – ibu yg baru mengenali kehidupan anak2 istimewa

     
  5. iCaLoVeZiE

    October 27, 2010 at 5:32 am

    ketentuan Allah, rahsia ALlah.😀

     
  6. Anonymous

    October 28, 2010 at 3:50 am

    “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba2-Nya dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Yunus : 107)

    Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: