RSS

Gugur Jua Akhirnya…..

29 Oct

Salam semua…..

Sudah lama air mata ini tidak membasahi pipi….
Sungguh…air mata ini sudah lama kering…

Namun hari ini…Ianya mengalir tanpa henti…
Bergenang tanpa dipinta….

Sayunya hati…pedihnya derita rasa ini….
Masalah yg satu ini…sudah lama umi jangka…
Umi takut benar ianya berlaku…
Dan jangkaan umi itu benar….

Deringan telefon membuat umi gelisah…
Membuat umi tak keruan…
Sungguh kalau umi tahu ini akibatnya…
Umi takkan bersetuju…
Menjadi seorang penjamin semata-mata kerana sayangkan seorang suami…

dan hari ini…
Lelaki itu mentertawakan umi…
Kata-katanya benar-benar menghiris hati…
“Sendiri cari susah…tanggunglah sendiri….”

Begitu mdah kau lupakan sedikit budi…begitu mudah kau bersikap lepas tangan….

Sungguh…umi tak kan berdiam diri…
Umi tidak sanggup bergelar muflis atas kesalahan orang lain….

Buat rakan-rakan lain…
Berhati-hatilah untuk bergelar seorang penjamin kenderaan…

Buntu memikirkan penyelesaian masalah ini….


 3 bulan pembeli tak bayar..dan betul-betul menyusahkan hati umi….

 
20 Comments

Posted by on October 29, 2010 in Emosi

 

20 responses to “Gugur Jua Akhirnya…..

  1. Anonymous

    October 29, 2010 at 4:51 pm

    setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya….tiap yang menyakitkan pasti ada penawarnya….pada apa pun permasalahan pasti ada jalan keluarnya…persoalan cuma mungkin pada masa…pada jua kekangan yang ada…

    pengharapan hanya pada-Nya…kerana letaknya kepercayaan serta keyakinan diri pada Allah yang Maha Kuasa…Maha Mengasihani…tidak mungkin Menzalimi…tidak jua mungkin Memungkiri..

    berkenalan sesama insan…membawa hati lebih mendekati Pemilik….

    menyaksikan tiap hati yang diduga…mengamit perasaan pada yang Esa…

    hidup bukan sekadar untuk berkongsi…atau mengongsi..tetapi jua lengkap melengkapi…dalam berkeluarga….mahupun dalam bersaudara atas nama Islam…atas nama Allah…

    saling memberi dan menerima…memungkinkan lebih ruangan untuk menenangkan hati jua fikiran…

    jika buah fikiran yang diharapkan…jika perbincangan yang diperlukan…berkongsi lah kisah…agar ada yang punya sedikit ilmu…punya jua sedikit pengalaman…jika tidak pun membuka kepada ruangan penyelesaian…dapat jua meringankan bebanan….

    Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam….

     
  2. Kerikil Kehidupan

    October 30, 2010 at 12:57 am

    thanks kak….atas keyakinan itu…hari ni saya nak senyum…bertindak dgn tenang untuk menyelesaikan masalah yg rumit ini…..

     
  3. Rizziela

    October 30, 2010 at 1:29 am

    kak,
    sesungguha ALLAH sentiasa bersama dengan orang yg teranaya…

    Simpati saya dengan nasib akak..tapi apakan daya..simpati ajer tak cukup untuk meringankan bebanan akak…

    Apa kata akak ambil balik kereta tu..akak sambung bayar..or akak jual kan ajer..kalau dia x nak bagi..akak buat report..sebab sure kereta tu atas nama akak kan? or akak cuma penjamin ek?

     
  4. iCaLoVeZiE

    October 30, 2010 at 5:34 am

    saya belum mampu berdiri kukuh jika diuji seperti akak. Tapi doa saya agar ketabahan akak semakin lama semakin utuh.. demi anak-anak.

     
  5. fatonahHairil

    October 30, 2010 at 7:52 am

    salam kak…insyaAllah pasti ada jalan nya….doa sy utk akk sekeluarga agar trus tabah….

     
  6. Anonymous

    October 30, 2010 at 9:16 pm

    semoga akak kuat dan tabah. Allah memberinya kpd akak krn akak mampu. be strong🙂

     
  7. Pnut

    October 31, 2010 at 11:10 am

    salam…
    rasanya kalau setakat penjamin, tak muflis, cuma dlm sistem bank, akan keluar nama kita as penjamin.

    saya amat simpati nasib awak, moga kuat dan tabah ye, tu je mampu saya ungkapkan…

     
  8. Bicara hati ibu aisya

    November 1, 2010 at 1:18 am

    Salam kak, doa saya agar akk terus di beri kekuatan utk menghadapi semua ujianNYA dengan tenang.Insyaallah, pasti ada jalan di atas setiap kekusutan. Dan pasti ada balasan di atas setiap kepedihan. Moga akak dan anak2 dipermudahkan segala urusan.
    Tanpa nama: saya minat sangat setiap bait-bait tulisan awak.Thank's. sedikit sebanyak ianya juga memberi saya lebih kekuatan dan ketenangan.

     
  9. Kerikil Kehidupan

    November 1, 2010 at 2:27 pm

    ziela : kete tu atas nama dia..akak penjamin je,,tapi risikonya lbh besar dari pembeli…bcoz akak goverment servant..kat mana akak nyorok pun tetap blh trace..

    ica, fatonahhairil, anynumouse dan bicara ibu aisya..thanks

    kak pnut : dah g maybank tadi…muflis kak sbb hutang dia lebih 30 ribu…kete tu baru guna 2 tahun..satu cara untuk selesaikan..dia buat refinance semula dan keluarkan nama saya dari perjanjian…but dia tak nk buat apa-apa

     
  10. Pnut

    November 1, 2010 at 2:47 pm

    Dayus la lelaki macam ni… kesiannya awak.. sedih betul akak rasa… apatah lagi awak..

     
  11. Azma

    November 2, 2010 at 1:11 am

    kesian saya membaca cerita akak. ni..harap akak tabah menghadapinya..

     
  12. Anonymous

    November 2, 2010 at 11:39 am

    nani, sejauh mana orang tu pergi dia takkan tenang sebab dia telah menganiaya orang…takkan senangnya hidup dia.. tuhan maha adil

     
  13. Anonymous

    November 2, 2010 at 11:44 pm

    buat kerikil kehidupan…

    adakalanya Allah membuka jalan di waktu kebuntuan menyinggah…

    ada ketikanya jua Dia memberi pada waktu ketika kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita….

    kerana pada-Nya segala pengharapan….Dia adalah Pemilik….Penentu.

    langkahan kaki sehingga ke ketika ini menyaksikan betapa perjuangan seorang ibu…seorang hamba meski bisa lemah tetapi tidak bisa menyerah…

    diri ini tiada daya mungkin untuk menyelesaikan….tetapi jika tidak keberatan…boleh kah ummiIman memberi sedikit maklumat tentang pilihan penjamin?(adakah cuma bergantung kpd pilihan peminjam sahaja?)

    adakah kereta tersebut telah berada di'simpanan' bank….

    tabahkan hati….setiap permasalahan pasti ada jalan keluarnya…apatah lagi ummmiIman tidak mengambil hak orang lain…

    Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam…

     
  14. nuyin2u

    November 3, 2010 at 5:24 am

    sayapun doakan orang tu takkan hidup senang. semoga Allah membalas setimpal dgn apa yg dia buat..-emo..

     
  15. Kerikil Kehidupan

    November 3, 2010 at 7:24 am

    terima kasih kalian…terharu sungguh membacanya..sesungguhnya saya memerlukan dorongan untuk terus kuat…

    Kak anynumouse :skrg kereta tu berada di rmh bekas mak mertua, dah 6 bulan tak bergerak sbb tiadanya roadtax,lelaki tu guna keter mak dia…free…
    bank blm tarik..dan hari isnin lepas saya dah ke maybank kl…dia baru byr sebln, ada outstanding lg 3 bln..jika dia tak bayar hbs…bln dpn..bank akan call saya balik…saya mintak dia keluarkan nama…dia kata, skrg duk diam2…tggu sampai ada perintah mahkamah baru dia buat tindakan…kejam kan..saya dah pun bncg dgn famili dia..tak der sapa pun yg sudi jadi pnjamin dia…yg mampu saya buat skrg..berdoa agar dia dan keluarganya lembut hati utk keluarkan nama saya…tapi blhkah…mahukan..hanya Allah yg tahu…

     
  16. Anonymous

    November 3, 2010 at 11:33 am

    doakan jua agar kereta tu dijumpai oleh bank agar ummiIman punya lebih pilihan sekiranya kereta itu dapat dijual ataupun dilelong….(biasanya jika dapat dijual ataupun dilelong oleh bank, secara automatik penjamin akan terlepas kerana perjanjian lama akan terbatal dan peminjam pula perlu menyelesaikan baki hutang berkenaan dengan bank melalui pinjaman peribadi yang akan ditawarkan oleh pihak bank iaitu melalui perjanjian baru, pastikan jangan jadi penjamin pula untuk perjanjian yang baru nanti)

    InsyaAllah…ummiIman akan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat…

    Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam…

     
  17. Kerikil Kehidupan

    November 3, 2010 at 1:40 pm

    thanks kak…teringin nak mengenali akak lbh dekat…hati tertanya-tanya adakah akak ni yg singgah ke rumah jiey bersama family…kak ayue…hati saya mengatakan itulah akak…he..he..serkap jarang ni…dan saya rasa saya teringin nak jumpa akak…dari penulisan akak, saya yakin akak luas pengalaman orangnya….kata-kata mendamai jiwa…

     
  18. melur

    November 3, 2010 at 2:34 pm

    Salam nanie jelita,
    boleh saya copypaste n3 ini dan letak kat melurjelita.com?

    Harap-harap ada pihak yang boleh membantu nanie jelita…

    Kalau setuju, mesej saya kat chatbox melurjelita. Geram dengan jantan yang tak bertanggungjawab ni! Kita mesti usahakan sesuatu!

     
  19. Anonymous

    November 4, 2010 at 5:52 am

    Kerikil Kehidupan : bukan kak Ayue…

    pabila tiba ketikanya InsyaAllah 'bertemu' jua….

    Wallahu'alam…

     
  20. Anonymous

    November 4, 2010 at 10:29 am

    nani, mengikut pengalaman akk ( memandangkan adik ipar akk pun pernah terlibat dlm hal tarik kereta) nak senang kita permudahkan urusan bank, bg maklumat supaya penarik kereta jumpa kereta tu, then klau dia xbayar dlm tempoh tertentu bank akn lelong… cuma yg cuaknya klau nilai lelong lebih rendah dari nilai hutang peminjam/penjamin perlu bayar jumlah tersebut…
    sanggup dia menyusahkan ibu kepada anak2 dia… hati batu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: