RSS

Umi Pasrah Menerima Ketentuan Ini….

12 Nov

10.11.2010..Rabu…

Sedari malam umi tidak mampu melelapkan mata…bimbang dgn kemungkinan yg belum pasti…Umi cuba halau perkara buruk itu jauh-jauh…Walaupun itulah berita yg dikhabarkan oleh Pkar ENT Muar tempohari…Telinga kanan Iman tidak berfungsi dgn baik…dan Iman perlu direfer ke Hospital Batu Pahat utk menjalani ujian BSER.( nama penuhnya umi tidak tau ) kerna alat di Hospital Muar rosak…

Pukul 7.00 pagi …Umi bergegas ke sekolah…Umi perlu punchcard terlebih dahulu memandangkan umi sdh kehabisan cuti…Nasiblah GB memahami…7.15 umi bertolak dari Segamat ke Batu Pahat dgn ditemani Cik Mie dan nenek…

Pukul 9.40, umi sampai ke Hospital Batu Pahat..akak canggung kerana umi tidak pernah ke sini..Mujurlah umi sudah menelefon dan bertanyakan pelan ke Jabatan Audiologi….

Klinik Pakar ENT Batu Pahat

Setelah mendaftar..Iman dipanggil masuk untuk diberikan ubat tidur sblm ujian BSER itu dijalankan…Harap2 berhasil sebab Iman ni payah nak tidur kalau tidak berbuai….

muka moyok…mengamuk sebab nak lawan mengantuk…
Mata dah lali……
Akhirnya setelah puas mengamuk…dan umi cuba memujuk dgn membawa Iman berjalan-jalan di kawasan Hospital…Iman pun tertidur…Lena sungguh dia masa ni…Cuma ujian itu tak dapat dijalankan terus sebab ada pasangan kembar yg sdg menjalani ujian tersebut…Umi berdoa byk2..jgnlah iman sedar..kesian tgk dia melawan rasa mengantuk….
Akhirnya terlena jua…syahdu sungguh lihat wajah ini…sian anak umi….
Tepat jam 12.40..barulah Iman dipanggil masuk…Cuak juga umi sewaktu ujian dijalankan..Iman tersedar…mujurlah dia lena kembali…Sayu sungguh tgk wajah dia masa ni…ada 6 wayar yg berselirat di kepalanya…di monitor tertera pergerakan saraf otak iman dan saraf pendengarannya yg umi langsng tak faham…
Setelah selesai ujian…dr menerangkan graf gelombang otak Iman yg tertera di monitor dan saat inilah umi benar-benar diuji…menahan perasaan yg seakan mahu pecah…
Maka…benarlah dugaan Hospital Muar..setelah 3 siri ujian yg dilakukan sblm ini…Telinga kanan Iman mengalami kerosakan yg agak teruk…50%…telinga kiri yg umi rasakan tidak bermasalah juga rosak sbyk 30%…
Air mata bergenang…dalam samar-samar lampu bilik umi mengesat air mata yg menitis…Ya Allah kuatkan hatiku ya Allah…luluhnya hati ibuku…Anakku ini mempunyai masalah pendengaran…Redhakanlah aku dgn laluan takdir yg sudah tertulis ini…walaupun pahit….
Dan…di saat bersalaman dgn doktor utk melahirkan rasa terima kasih…terdetik utk bertanyakan nama doktor muda itu…Nama saya Rosnani..ucap doktor itu…Tepana seketika…
Mmmm..saya juga Rosnani…
Kami tertawa bersama…tak sangka nama kami serupa…
Keletihan setelah ujian…namun masih tersenyum kepada peminat cilik….
Seterusnya umi dan nenek bergegas ke hospital Muar untuk menghantar kptsan ujian tersebut…sbb oppoimen Iman di hospital Muar kul 330 petang….
Keputusan ujian…medical term yg umi tak faham….
Hasil perbincangan dgn pakar audiologi…Iman dinasihatkan memakai alat pendengaran…dan itulah yg sdg umi usahakan skrg….
 
13 Comments

Posted by on November 12, 2010 in Iman

 

13 responses to “Umi Pasrah Menerima Ketentuan Ini….

  1. Julaiha Kamarul Baharin

    November 12, 2010 at 1:43 pm

    Sabar yer kak..Saya doakan semua akan lancar.

     
  2. Yasmin Nabilah..

    November 12, 2010 at 2:29 pm

    Aduhai kak..ina tadi baru jumpe ayu mama aisya..pun bercerita tentang masalah pendengaran..

    Moga akak terus diberi kekuatan..(ina rasa takut pulak ujian mata Nabila bulan 2 nanti…hurm…)

     
  3. dila si mama dzariff

    November 12, 2010 at 4:12 pm

    kak,
    pasal hearing aid Iman ni, last visit kami ke audiologist di HSI, JB kata, kita ni pegawai kerajaan ada geran kerajaan untuk pembelian hearing aid tu. Dzariff belum buat test tu lagi, sebab dia selsema, tapi audiologist cakap hearing aid tu dalam 4K..kak, cuba tanyakan pihak hospital kalau boleh guna geran tu. nanti saya tanyakan audiologist dzariff jugak

     
  4. iCaLoVeZiE

    November 13, 2010 at 1:29 am

    doktor rosnani kecil molek. dia juga yang buat ujian untuk ayesha.😀

    takpelah ummi. Jika masalah itu terlalu difikirkan, maka ia menjadi semakin besar.

    jika masalah itu kita hadapi dengan redha, maka hati, jiwa, diri akan belajar menerima sedikit demi sedikit.

    ica doakan agar ummi bertambah kuat. mudah-mudahan hari-hari ummi akan menjadi cerah, dihiasi pelangi. insyaallah.

    datang batu pahat nape tak info ica? owh how i wish i can meet and hug you!

     
  5. iCaLoVeZiE

    November 13, 2010 at 1:38 am

    ummi, jika kita terlalu fikirkan masalah yang kita hadapai, maka ianya akan menghantui kita. buat hidup kita serba tak kena.

    jika kita redha dengan apa yang Allah turunkan pada kita, insyaallah seluruh sistem tubuh kita akan belajar menerima apa jua dugaan.

    Ica doakan hidup ummi akan menjadi cerah, dilimpahi cahaya pelangi….

    Ica doakan ummi menjadi semakin tabah.. walau apapun dugaan yang menimpa, ummi mesti tabah..

    nape datang batu pahat tak info dulu? i wish i can meet and hug u!

     
  6. dila si mama dzariff

    November 13, 2010 at 11:41 am

    hi kak,

    dila dah tanyakan beberapa org guru ketua bidang kat some schools tadi. diorg kata bagitau GB, tanyakan tentang geran tu. memang geran tu ada untuk bantuan kakitangan kerajaan. kalau GB tak tau, semak dengan CC kat sekolah, PPD/JPN. tapi semua pentadbir yang dila tanya tadi kata memang ada bantuan geran tu.cuma semua org tak pasti prosedur dia

     
  7. Kerikil Kehidupan

    November 13, 2010 at 2:28 pm

    thanks dila..hari isnin nanti akak try tanya GB….mohon sgt dipermudahkan…

     
  8. Anonymous

    November 13, 2010 at 2:45 pm

    pada ketika diri sudah bisa untuk bersabar…dalam membiasakan diri pada yang belum biasa…yang diusahakan pula adalah belajar untuk redha…kerana itulah yang sebaik2nya…

    namun perjalanan kehidupan ini mengundang lagi dugaan…ujian yang sepertinya tidak pernah surut…meski adakalanya tidak langsung mengerti mengapa masih lagi teruji…masih juga diuji…sedang diri sudah hilang daya untuk berfikir…apatah lagi untuk meneruskan langkah….

    namun begitulah kehidupan seorang pejuang…begitulah jua kehidupan seorang hamba yang Dia kasihi…perhatian-Nya tidak pernah kurang….

    dalam diri meminta…Dia memberi…pada ketika diri memohon…Dia menunaikan…meski bukan seperti yang difikirkan…bukan juga seperti yang biasa…tetapi tentunya Dia lebih Mengetahui…

    kerana ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam…

     
  9. nuyin2u

    November 13, 2010 at 11:14 pm

    Moga setiap dugaan ada jalan penyelesaian dan dipermudahkan…amin

     
  10. Pnut

    November 14, 2010 at 11:49 pm

    thanks invite akak untuk baca blog awak..

    tiada kata yang mampu nak diucapkan selainlah kata sabar.. itu jer termampu selain menitipkan doa buat Iman agar Allah permudahkan segala bantuan/perubatan dan segalanya.

    Mengenai hearing aid tu.. memang boleh dapatkan bantuan geran seperti yang Dilla cakap, nanti akak check cemana.. rasanya kena melalui proses JPA rasanyanya..

    akak check pekeliling dulu nanti akak update..

     
  11. Bicara hati ibu aisya

    November 15, 2010 at 1:16 am

    Kak..saya paham situasi akk sbb saya juga melaluinya.Walau macammana payah sekalipun kita kena terus melangkah dan melangkah kan kak?demi seorang permata hati.Semoga kita terus sama-sama kuat.
    p/s: Kak…mmg blh guna geran bantuan kerajaan.hearing aid aisya RM7 ribu.tp saya buat loan peribadi dulu then baru claim balik.Mujur audiologist spital serdang banyak bantu.Akk trylah tanya sesapa yg berkenaan.
    Insyaallah iman pun blh.
    Semoga segalanya dipermudahkan utk akak dan anak-anak.Kiss n hug utk akak dan anak-anak.

     
  12. Bicara hati ibu aisya

    November 15, 2010 at 1:16 am

    Kak..saya paham situasi akk sbb saya juga melaluinya.Walau macammana payah sekalipun kita kena terus melangkah dan melangkah kan kak?demi seorang permata hati.Semoga kita terus sama-sama kuat.
    p/s: Kak…mmg blh guna geran bantuan kerajaan.hearing aid aisya RM7 ribu.tp saya buat loan peribadi dulu then baru claim balik.Mujur audiologist spital serdang banyak bantu.Akk trylah tanya sesapa yg berkenaan.
    Insyaallah iman pun blh.
    Semoga segalanya dipermudahkan utk akak dan anak-anak.Kiss n hug utk akak dan anak-anak.

     
  13. Anonymous

    December 3, 2010 at 6:58 pm

    Terima kasih atas posting ini, cukup membantu dan mengatakan banyak

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: