RSS

Andai Umi Bisa Menggantikan Tempatmu…..

19 Nov
iman dan kak long yg sama-sama kena patching….
Salam semua…
Kembali bersiaran setelah menghadapi beberapa kesulitan baru-baru ini….
Maaf kepada yg datang berziarah…andai blog ini tidak dapat dipaparkan….
Moga selepas ini tiada lagi anasir jahat yg datang mengganggu….
Back to the tittle of en3….
19.11.2010…Jumaat…
Setelah sekian lama tidak menjalani ujian mata…hari ni…umi, iman dan cik mie as a driver…seawal 7.00 pagi dah bergerak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar….
Sampai kat Muar lebih kurang kul 9.00 pagi…jalan jammed..banyak lori….
Umi terkejut…ramainya orang…dan umi dapat nombor yg ke 129…
Pukul 10.30, Iman dipanggil untuk ujian RA..ubat untuk membesarkan anak mata dititiskan…
Bermulalah episod Iman mengamuk sakan….Rehat setgh jam…kul 11.00 masuk balik untuk titis ubat yg kedua…Inilah antara prosedur checkup mata yg memenatkan….dan untuk anak istimewa seperti Iman..menunggu lama di dalam ruangan yg sempit bukanlah satu perkara yg mudah…
Dia mula gelisah dan mengamuk…terpaksalah umi mendukungnya sambil berjalan….
Pukul 11.00pagi… sekali lagi Iman ipanggil masuk…kali ni dia langsung tak nak duduk…mungkin tau agaknya matanya akan dititiskan ubat…Terpaksalah umi memujuk dgn membuka video di handphone…ubat mata dititiskan lagi…maka sekali lagi berhamburanlah raungannnya….
Hati umi dipagut sayu…siannya anak umi…..
Selesai ujian RA..iman dikehendaki berjumpa doktor…Jam dah menunjukkan pukul 12.00 tengahari..Perut sudah berbunyi….Iman pulak sudah tak makan pujuk…meraung sekuat hati…susu juga ditolaknya…Habis bahu umi digigit dan ditumbuknya…Geram dan marah…
Umi tahu dia sakit dan mengantuk..sebab seawal 6 pagi dia sudah bgn….Puaslah umi memujuknya…namun raungannya susah nak berhenti…Ya Allah…Siannya kau nak…Apa daya umi…dalam sendu Iman terlena dalam dukungan…..
12.30 tengahari…barulah nama Iman dipanggil…Lena anak itu terpaksa dikejutkan…doktor nak tengok saraf mata Iman..dan prosedur inilah yg meluluhkan hati umi…Badan Iman dibalut dgn selimut, kepala Iman dipegang dgn kuat agar tidak bergerak…dan yg paling memilukan, kelopak matanya terpaksa disengkang dgn sejenis klip besi…Saat inilah raungannya benar-benar kuat…Umi yg memeluk erat tubuhnya tak sanggup melihat kesakitan yg dihadapi…menitis jua air mata ini…Andainya umi bisa menggantikan tempatmu nak…umi rela…Umi tidak sanggup melihat kau melalui kesakitan ini lagi….
Dan keputusannya…saraf mata Iman berkembang dgn baik…power mata kanan dan kirinya juga tidak bertambah…250…sama dgn ujian yg terdahulu…Umi mampu menarik nafas lega…Berita itu sudah cukup menggembirakan hati umi….
Iman akan jumpa lagi doktor mata itu pada bulan 7 tahun hadapan…dan kesakitan itu akan datang lagi….
 
8 Comments

Posted by on November 19, 2010 in Iman

 

8 responses to “Andai Umi Bisa Menggantikan Tempatmu…..

  1. S.U.F.E.E.N.A.N

    November 19, 2010 at 5:12 pm

    Ya Allah hai kak..siannya kat iman..hati ibu saya pun turut terasa pedihnya anak kita diperlakukan sebegitu..tapi apakan daya..semuanya utk kebaikannya juga..

    Moga akak terus tabah..

     
  2. Anonymous

    November 19, 2010 at 11:46 pm

    adakalanya sukar untuk mengimbas sesuatu yang 'menyakitkan'..apatah lagi bagi menghadapi lagi 'kesakitan' yang sepertinya sama…..

    ada ketika nya sukar untuk mengungkapkan kata meski sekadar untuk meluahkan…bukan kerana sudah lupa…tapi sepertinya sudah terlalu letih…dan perasaan yang ada telah sepertinya tawar…

    meski pun tahu perjuangan ini adalah buat seorang permata hati…yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu…tapi ada ketika nya…keadaan menjadi lebih sukar…tambah menyukarkan dalam mendepani perilaku pelaku2 kehidupan yang lain…

    apakah hanya kerana si ibu masih tegak berdiri…masih tabah merencana tiap langkah…masih kuat meneruskan sebuah kehidupan yang semacam asing pada yang lain…walhal hati dan minda mereka yang menjadikan ianya seperti terasing…atas pilihan mereka sendiri…

    jadi di manakah salah nya hemat seorang ibu…dalam membuat pilihan atas dasar pertimbangan…menuju keredhaan-Nya…?

    dalam hati itu ada ketabahan…dalam minda ada kekuatan…walau adakalanya hati itu sepertinya sentiasa gusar….minda seperti seringnya buntu…selagi ada hemat nya seorang ibu…InsyaAllah…tetap memungkinkan ada nya jalan itu… dipermudahkan tiap langkah…dalam menuju keredhaan-Nya…

    ketentuan Allah adalah Rahsia Allah…

    Wallahu'alam..

     
  3. Kerikil Kehidupan

    November 20, 2010 at 3:39 am

    sue dab kak anynumous…thanks…ata-kata kalian penawar rawan di hati saya….

     
  4. KhALiLI_HaNNaN

    November 20, 2010 at 1:35 pm

    salam..
    subhanallah.. terlalu besar ujian buat akak. InsyaAllah..mudah2an ujian ini akan berakhir jua suatu hari nanti. Semoga akak kuat menghadapi semua ini. Sabar dan tenang ye kak.. Saya akan sentiasa doakan akak sekeluarga..

     
  5. KhALiLI_HaNNaN

    November 20, 2010 at 1:35 pm

    salam..
    subhanallah.. terlalu besar ujian buat akak. InsyaAllah..mudah2an ujian ini akan berakhir jua suatu hari nanti. Semoga akak kuat menghadapi semua ini. Sabar dan tenang ye kak.. Saya akan sentiasa doakan akak sekeluarga..

     
  6. ICAZIESYIRA

    November 20, 2010 at 5:34 pm

    baca pun sedih. apatah lagi yang menghadapinya. tapi ica pasti akak kuat.😀

     
  7. ieda

    November 21, 2010 at 4:14 am

    ujian2 tu sebenarnya tidaklah terlalu menyakitkan cuma tidak selesa.bagi kanak2 apalagi yg dapat mereka lakukan…hanya menjerit & meronta.kita tiada pilihan melainkan terus melaluinya demi kebaikan anak2.ayat penyejuk hati bg saya ialah (utk diri sendiri & juga utk keluarga pesakit)…”apa yg saya buat ini adalah kerana saya sayangkan kamu…saya mahu kamu sihat”.

     
  8. Bicara hati ibu aisya

    November 22, 2010 at 12:46 am

    Kak, saya paham perasaan akk ketika itu kerana saya juga baru sahaja mengalaminya.Ye..membaca entry akk ini mengingatkan saya pada appoinment mata aisya beberapa minggu lps.Tergambar kembali saat-saat aisya meronta, meraung,menjerit semasa doc memeriksa urat saraf matanya.Hati ibu mana yang sanggup?tapi demi kebaikan mereka kita kena kuatkan hati.Moga kita dan anak-anak diberikan kekuatan untuk terus mengharungi ujian ini.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: