RSS

Kesiannn Dia…..

19 Dec

Dia tidak minta dikasihani…cukuplah dia diterima seadanya….

Tanyalah kepada mana-mana ibu anak istimewa…
Rasanya tiada seorangpun yg suka mendengar perkataan di atas….
Benci…menyampah pun ada…..
Pergilah ke mana-mana majlis…anak kecil kita akan dikerumuni…disoal macam-macam soalan yg dah beratus kali kita jawab….

Sungguh….bukan simpati yg kami pinta…
Cuma berilah sdkit ruang agar kami boleh bernafas….
sdkit ruang agar kami tidak dipandang aneh….

Ada juga yg berkata…
Kalau saya tak sanggup jaga anak macam ni…..

Itu kata-kata bagi yg memandang…tapi kami yg menerimanya….
Lagi berat dugaan perasaan…

Mula2 jiwa terasa lemah…mengapa aku…apa dosaku….

Tetapi kembalilah kita pada pencipta yg satu….
Melalui hidup yg lbh unik dari org biasa…
Mengajar kita sesuatu yg tak mungkin org lain dapat….
Erti ketabahan, kekuatan…yg terbina dgn sndiri….

Kuncinya satu…redhalah dan berlapang dadalah….

Sungguh bila kita redha dgn takdir…
Kita rasa hdp yg dijalani lbh mudah…
Dugaan yg berat dapat diatasi…..
Kerna kita yakin…..

Allah lah tempat kita mengadu…
Dialah segala-galanya bagi kita…..

InsyaAllah jiwa kita akan menjadi tenang……..

 
10 Comments

Posted by on December 19, 2010 in Luahan

 

10 responses to “Kesiannn Dia…..

  1. Jue-Isteri_Ibu

    December 19, 2010 at 2:33 pm

    Betul kak..sampai nak jawab pun dah malas..tapi kdg2 bila ada yg dtg dekat, n tanya umur, saya sendiri akan cakap punca nya dulu..pas tu blah..dugaan, kan, kak..redha..

     
  2. S.U.F.E.E.N.A.N

    December 19, 2010 at 8:29 pm

    Orang kite terlebih prihatin..ada yg ikhlas bersimpati, namun ada jua yang memandang sinis dan penuh tanda tanya..(orang kita kan suka membuat andaian begitu dan begini..)

    Ye saya akui saya juga mungkin akan berkata perkara yang sama “kesiannya iman..” Tapi kalu yg ckp 'kalau saya tak sanggup nak jaga anak macam ni”pada sya ia terlalu melampau!Apa nak buang anak tu kalau ditakdirkan ia adalah anak kita..? Sungguh saya tak bule terima manusia yang sangat singkat pemikirannya..bercakap tak fikir perasaan orang..ikut sedap anak tekak dia jer..*sigh*

     
  3. mamasoffy

    December 20, 2010 at 12:08 am

    Sabar kak..manusia susah untuk berlapang dada..jadi, bila dia melihat orang lain diduga, dia sendiri pulak yang merasa susah..sepatutnya dia mendoakan akak kuat..hai entahlah..semoga akak terus diberi kemudahan untuk menjaga anak2…

     
  4. insan kerdil

    December 20, 2010 at 1:39 am

    seperti suatu bayangan yang tak sudah….pabila berbicara tentang perasaan….tentang kepercayaan….

    meski sukar untuk berbaik sangka sesama manusia….berbaik sangka dengan Allah adalah sebaik2 pilihan…kerana Dia tidak pernah Memungkiri….Dia Maha Penyayang…Maha Mengasihani…

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  5. Bicara hati ibu aisya

    December 20, 2010 at 2:37 am

    Sabar ye kak.kita mmg kena selalu bersabar,walaupun perit sebenarnya nak tanggung semua tuh.semoga akk n anak2 dipermudahkan segalanya.

     
  6. Bicara hati ibu aisya

    December 20, 2010 at 2:37 am

    Sabar ye kak.kita mmg kena selalu bersabar,walaupun perit sebenarnya nak tanggung semua tuh.semoga akk n anak2 dipermudahkan segalanya.

     
  7. Mawar

    December 20, 2010 at 3:21 am

    Kak nani,
    dlm dunia ni memang mcm2 ragam org yg kita akan jmpa, ada yg o.k, ada jgk yg k.o
    apapun kekuatan kita ada dlm diri kita sndiri sbnrnya, fikir &
    renung2kan, insyaallah ada, akan jmpa nanti

     
  8. Tika

    December 20, 2010 at 2:18 pm

    Kak Nani,

    Bak kata seorang ustaz.. dengan mengusap kepala anak istimewa ini saja dah kita dapat pahala, apatah lagi mengasihi dan menyayanginya sepenuh hati.. syurga yang dijanjikan.

    Kita ibu-ibu yang terpilih, yang dipilih Allah swt untuk menjaga insan-insan istimewa ini.

    Kalau ibu bapa lain bersusah payah berusaha mendidik anak agar syurga tempat mereka.. kita ni Allah berikan jalan pintas untuk kita ke sana.. insyaAllah

    Positif laa pada tanggapan orang, jangan prasangka, jangan berduka dan sedih.. biarlah mereka.. Yang penting kita tahu kita bahagia, kita ceria dan kita redha punya anak yang sangat istimewa…

    ALHAMDULILLAH

     
  9. nuyin2u

    December 22, 2010 at 5:41 am

    mmg kadang ada rasa menyampah dgn org yg byk tanya

     
  10. Birufirus.blogspot.com

    November 23, 2011 at 8:03 am

    salam..awak..saya terjumpa blog awak pagi tadi..

    Terus saya luangkan masa membaca entry berkaitan iman terlebih dahulu.Saya tak dapat menahan tangis..entah kenapa saya terlalu sedih..mungkin kerana saya memahami apa yang awak alami..kerana saya turut mempunyai seorang anak buah yang sangat istimewa bernama Fahmi..dia adalah anak kakak yang paling saya sayang..

    Kakak membesarkan Fahmi walaupun tanpa kasih sayang dari seorang bapa..meskipun bapanya wujud tapi entah kenapa seakan tidak pernah wujud di hati kami..

    Kakak sangat tabah..menerima segala cemuhan..menerima segala ketentuan..tanpa pekerjaan yang tetap..membesarkannya..menyekolahkannya..sehinggalah hari ini Fahmi telah berusia hampir 20 tahun..

    Hari ini..kami sekeluarga sangat berbangga dengan Fahmi..Dia mampu berdikari walau tak sepenuhnya…Dia membesar dengan sempurna walaupun dia tak sempurna di mata orang lain..Dia adalah anak yang Allah berikan kepada keluarga kami..untuk mengajak kami semua bersyukur dengan segala apa yang ada…menerima dia seadanya amatlah bermakna walaupun kadang-kadang kadang kakak menangis mengenang siapalah yang akan menjaganya jika kami semua telah tiada…

    Awak…saya doakan semoga awak kuat sekuat kakak saya..saya doakan juga iman membesar dengan baik dalam Rahmat Allah…semoga Allah mengabulkan segala apa yang awak impikan…Amin Ya Allah…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: