RSS

Sungguh…Umi serba salah….

24 Dec

Salam bersiaran…
Masa sebok telah sampai…sekolah bakal bermula seminngu lagi dan bg guru ianya telah pun bermula…meeting pengurusan, persiapan kelas, orientasi dan transisi….

Oppp..kembali kepada tajuk en3…..

Sungguh umi benar-benar serba salah…tak tahu apa yg nak dikatakan…hendak menolak takut pula mereka berasa hati…hendak menerima bimbang dikata meminta-minta….

Sbnrnya perasaan ini dah lama wujud bila melibatkan pemberian wang oleh org yg tidak dikenali dgn secara tiba-tiba kepada Iman…sungguh kami tidak meminta….

adakah wajah mulus ini menagih simpati…..
Kejadian 1 :
Ianya berlaku semalam, di restoran Hentian Bas Muar…kami tiba di Muar dalam pukul 10.00 pagi…perut yg blm bersarapan minta diisi…yg makan paling byk umi…hbs dua keping roti canai kosong yg masih panas dgn teh tarik…makan tak ingat…hlg masalah jap…mungkin di sinilah silap umi…umi tak kisah melayan iman di tempat terbuka…bg umi dia sama spt anak-anak lain…umi suapkan roti canai ke mulutnya…umi juga menyudukan teh tarik…dan kerna itu org perasan kelainan iman…mana mungkin anak sbsar itu masih didukung…masih dipegang walau duduk di highchair…mungkin sbb terlalu lapar umi lupa memerhatikan org sekeliling yg melihat iman…Bagi umi…umi tak ksh…apa yg nak dimalukan…Iman anak umi…biarlah dia dgn seribu kelainannya…umi tetap bangga memiliki Iman…Stlh slsai makan dan membayar harga makanan, umi membawa Iman ke kereta…Tak semena-mena dtg seorang wanita meletakkan wang RM10 di dalam genggaman Iman…Umi kaget…
Ehh…kenapa ni….
Tak pe kak…saya ikhlas….
Er…er…tak pe…tak pe…Umi cuba menolak lembut….
Tak pe kak…Akak jaga anak akak elok2 yer…Budak bertuah ni…
Ucapnya sambil mengelus rambut Iman dan terus berlalu pergi…
Umi terkedu….

Kejadian 2 :
Juga melibatkan kedai makan…tapi kejadian ni agak unik…dan umi kadang2 buntu memikirkan kewajarannya…Sungguh….

Kisah ini berlaku bulan Ramadhan tahun lalu…Umi dalam perjalanan ke Segamat bersama ayah dan adik dari Bangi….Kami agak lewat dan merancang untuk berbuka puasa di Rembau…
Entah di mana silapnya adik tersilap keluar di Tol Linggi….Keluar Tol kawasan kampung…Kami dah cuak…Waktu berbuka dah hampir sgt…Kami masih belum berjumpa kdai yg nak disinggah…Sampaila di satu simpang kami terjumpa sebuah kedai makan…adik membelok masuk…Malangnya kedai trsebut telah pun tutup…Yg ada hanyalah tuan punya kedai dan ahli keluarga yg sedang bersiap untuk berbuka…Kami kecewa…Tapi ntah macam mana…Tuan punya kedai ternampak kereta kami yg hendak mengundur keluar…Dilambai-lambai agar kami berhenti…Kami bepandangan sesama sendiri…Akhirnya adik memberhentikan kereta…

Jemput…Jemput masuk…Kedai dah tutup…Tapi waktu berbuka dah tiba ni…
Dah tak sempat nak cari kedai lain…kata tuan punya kedai…

Kami serba salah….

Eh…tak pe…jgn menolak…jom…jom…Ada nasi kerabu special ni….pelawa tuan punya kedai lagi….

Akhirnya…kami terpaksa mengalah…sewaktu turun dari kereta dan memasuki kedai…Kami disambut bagai keluarga…Dan yg mnghairankan Tuan Kedai terus meluru ke arah Iman…Diminta dukung….Umi serba salah…Umi tdk mengenali orang ini…bimbang…

Alah…anak bertuah ni……

Tuah…Tuah….Tuan kedai memanggil-manggil Iman untuk diajak bermain…

Akhirnya Iman sampai ke dalam dukungan tuan punya kedai dan kami dihidangkan dgn nasi kerabu yg cukup enak..secara percuma…
Dan agak aneh kami berbuka puasa di kalangan org2 yg tidak pernah kami kenali dan dilayan dgn ramah sekali…

Tuah Imankah…

Umi musykil……dan hingga ke hari ini umi tidak mampu melupakan peristiwa ini…

Sekian…alamak..pnjg pulak en3 kali ni……

 
10 Comments

Posted by on December 24, 2010 in Iman

 

10 responses to “Sungguh…Umi serba salah….

  1. Dila Si Mama Dzariff

    December 24, 2010 at 5:31 pm

    Takpe kak…
    diorang ikhlas…no harm! simpan aje duit tu untuk keperluan iman. anak istimewa macam anak kita ni, tak perlu risau pasal rezekinya..ALLAH dah tetapkan dan murahkan rezekinya..kita redha aje la

     
  2. Yasmin Nabilah..

    December 24, 2010 at 5:32 pm

    Kak..apa yang akak alami sama apa yang ina alami sekarang ini.Pernah hampir menolak pertolongan orang..tapi atas nasihat semua, ina terima sebab mungkin inilah caranya Allah turunkan rezeki buat Nabila. Ina sendiri menulis blog bukanlah untuk meminta bantuan pada sesiapa.
    Kak, anak2 ini memang membawa tuah pada kita. bagi ina, tak pernah sedikitpun rasa susah bila menjaga anak ini. malah rezeki lebih melimpah ruah jika dibandingkan masa hidup berdua dulu..🙂

     
  3. Mawar

    December 25, 2010 at 2:27 am

    kak nani,
    budak kecik ALLAH jga, d wajahnya ada nur & tarikn yg kita sndiri Xnmpak.
    Rezki dia kita Xtau, buat yg trbaik utk anak2, insyallah aset kita…”doa anak yg soleh”…

     
  4. insan kerdil

    December 25, 2010 at 11:01 am

    wajah yang begitu tulus….setulus kasih nya seorang ibu…terhadap seorang permata hati….mendamaikan pada tiap mata yang memandang…..mengamit rasa kasih pada tiap hati yang menyayangi….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  5. Yana@Noni

    December 25, 2010 at 1:59 pm

    salam..kak,
    Masih ade insan di sekeliling kita yang amat murah hati dan ambil berat tentang orang lain cuma kadang-kadang kita terasa seperti menagih simpati padahal niat si pemurah hati itu hanyalah sebagai salah satu bekalan untuk akhirat nanti…jadi anggaplah rezeki yang diterima itu pemberian dariNya jua..:-)
    Bukankah rezeki yang kita terima daripada pendapatan kita ini sebahagiannya adalah hak orang2 yang kurang bernasib baik & yang seumpama dengannya kan kak?

     
  6. Azma

    December 25, 2010 at 3:43 pm

    sebak hati baca cerita pertama tu.. rezeki + tuah nani memiliki iman agaknya.. kalau yg memberi memang niat ikhlas & tulus hati, x salah nani menerimanya..

     
  7. shaliza

    December 26, 2010 at 2:49 am

    Salam kak.
    Rezeki Iman tu, Allah beri rezeki melalui mereka. Jgn fikir bukan, keihklasan tu haya Allah yang boleh menilai.

     
  8. Kerikil Kehidupan

    December 26, 2010 at 3:25 am

    Buat sahabat sekelian…terima kasih byk atas sokongan kalian…Allah jua yang dapat membalasnya…..

     
  9. ieda

    December 26, 2010 at 12:27 pm

    nanie…ramai yg berhati mulia di luar sana.nabila pun selalu dapat duit dari org lain terutamanya kawan2 hbby.ikhlasnya…kami tidak pernah menolak kerana itu rezeki dia.mmg duit tu kami simpan utk dia.

     
  10. Bicara hati ibu aisya

    December 29, 2010 at 2:25 am

    Kak nanie, tu rezeki dari Allah untuk iman.Kita ibu yang punya anak istimewa mmg xpernah meminta namun rezeki anak istimewa itu akan sentiasa ada.Allah murahkan rezeki mereka.Alhamdulillah kak.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: