RSS

Kisah sedih Setahun Yang Lalu…..

27 Dec

Bangun pagi ni…hati umi terasa sayu benar…
Tiba-tiba teringat kenangan setahun yg lalu…hujung Disember 2009…

Umi baru sajer mendaftarkan diri ke sekolah baru…SK Seri Jaya Muar…
Permohonan umi untuk ke Segamat tak dapat…umi kena melapor diri ke sekolah ini dahulu….
Setiap hari umi berulang dari Segamat melaui jalan Tekam dan Pogoh…mengangkut barang2 keperluan untuk memasuki kuarters baru…Perjalanannya hampir memakan masa sejam…

Rumah baru umi di Seri Jaya….
Dilatari banjaran Gunung Ledang…

Tak tergambar perasaan umi tika itu…sedih sangat…Umi tinggalkan rumah yg umi beli di Bandar Seri Putra…dan skrg umi memasuki rumah di satu daerah yg terlalu asing buat umi…..
Kesunyian benar-benar mencengkam perasaan umi tika itu….
Namun umi kena kuat…Ini pilihan yg terpaksa umi terima…
Pendek kata umi melarikan diri dari masalah yg membelit perasaan….
Kerna tika ini umi masih bergelar isteri orang….

Yang umi fikirkan hanya Kak Long…sebab Tahun 2010…Tahun pertama kak Long memasuki darjah 1….
Di sekolah baru yg jauh di pendalaman…sedangkan umi mendaftarkan Kak Long di SK BSP, Bangi…
Sehari seblum sek bermula…Itulah malam pertama kami tidur di Kuarters baru…
Hanya umi dan Kak Long…kerna Iman dan Mira di dalam jagaan nenek…
Umi tak sanggup bawa Iman ke Seri Jaya kerana kemudahan hospital yg terlalu jauh…

Dan yg paling menyedihkan umi…Kami berdua tidur bergelap kerana TNB Muar blm memasang eletrik…walaupun dah berulangkali umi menelefon minta dipasang…
Alasan mereka jauh…staf ramai yg bercuti…Padahal permohonan umi dah buat 2 mggu awal…

Hati keibuan umi tersentuh tatkala Kak Long mengenakan uniform persekolahannya buat kali pertama di dalam gelap…hanya bertemankan api lilin…
Sungguh…ianya benar-benar meruntun hati umi…..
Mujrlah hari pertama di sekolahnya…umi sentiasa ada…kerna umi juga mengajar di situ…
Jadi tidaklah Kak Long berasa keseorangan….

Kak Long di kelas pertamanya 1 Mutiara SK Felda Seri Jaya…

Dan hari ini….
Umi bersyukur sangat…
Umi dah semakin tenang…
Umi dah semakin kuat menghadapi kehidupan yg penuh berliku ini….

Dan yang paling penting anak-anak umi disisi…
Kalau boleh hari pertama persekolahan 2011 ini…
Biarlah Kak Long dan Mira ceria…
seronok untuk ke sekolah…
Umi tak nak sedih2 lagi…..

Wassalam….

 
9 Comments

Posted by on December 27, 2010 in Luahan

 

9 responses to “Kisah sedih Setahun Yang Lalu…..

  1. shaliza

    December 27, 2010 at 1:01 am

    saya doakan kak long akan membesar sebagai kakak yang bertanggungjawab nanti. Penglaman hidup akan mematangkan dia.

     
  2. mrs_zura

    December 27, 2010 at 1:19 am

    sedih baca luahan akak..semoga akak terus kuat…

     
  3. insan kerdil

    December 27, 2010 at 3:11 am

    kekuatan itu ada ketika nya…cuma dirasai pabila merasai….suatu perjalanan hidup….yang sering menuntut diri membuat pilihan…..dalam mendepani tiap persimpangan…..

    pabila berbaik sangka sesama insan itu sukar….atas kelemahan sebagai seorang hamba…memilih untuk berbaik sangka dengan Allah adalah sebaik2 pilihan….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam….

     
  4. Pnut

    December 27, 2010 at 5:17 am

    Moga 2011, lebih membawa kebahagiaan, dimurahkan rezeki..aminn

     
  5. Azma

    December 27, 2010 at 2:24 pm

    syukur semuanya sudah berlalu..semoga nani sentiasa ceria dan tabah menghadapi masa hadapan..

     
  6. Azma

    December 27, 2010 at 2:25 pm

    Syukur semuanya sudah berlalu..smg nani sentiasa ceria dan tabah menghadapi masa hadapan..

     
  7. Mawar

    December 28, 2010 at 1:34 am

    Kak nani,
    syukur pd Allah, awan hitam tu makin berarak pergi

    sy sndiri pun tak dpt bygkan mcm mana la kalau sy yg diuji sebegitu

    akak & anak2 mesti kuat, besar ganjarannya di sana, insyaallah

    p/s: kak, sy prnah plan nk bli rumah area putra terrace tu, tp Xcukup duit masa 2, rumah area pajam ni murah la skit

     
  8. Bicara hati ibu aisya

    December 29, 2010 at 2:12 am

    Kak nani, saya doakan moga tahun 2011 akan membawa lebih ketenangan, rezeki dan keceriaan dalam hidup akk n anak2. Insyaallah..pengorbanan,ketabahan dan kesabaran akk n anak-anak akan berbalas.Sungguh, saya kagum sangat ngan akk.hug n kiss dari saya untuk akak n anak2.

    p.s: kak, mgu lps saya balik labis igt nak jmpa akk n iman tp xsempat..kelam kabut sangat time tu.next time, ada masa..panjang umur kita jmpa yer.

     
  9. Bicara hati ibu aisya

    December 29, 2010 at 2:12 am

    This comment has been removed by the author.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: