RSS

Mata Kak Long….umi risau….

29 Dec

Salam siaran….
Ini cerita yg berlaku pada hari selasa yg lepas….
Umi dan Kak Long ke Hospital Muar kerana kak Long ada checkup RA dgn pakar opthomology di sana….

Seawal 7 pagi umi dan Kak Long telah keluar rumah menuju ke Bus Stand Segamat….Inilah kali pertama umi tak de driver…Cik Mi ada hal…Mulanya umi rasa mcm berani nak drive sendiri ke Muar…Tapi stlh malamnya umi tak ckp tidur…Iman menangis tak berenti sampaila jam 3 pg…umi mengubah fikiran…Ditambah lagi mengenangkan jalan Segamat Tangkak Muar yg mencabar tu…hehe…jadi umi buat keputusan pergi Ke Hospital Muar dgn naik bas jer…Gamble sungguh….

Umi intai ekspres ke Muar tak der…yg ada bas sangkut2…Seawal 730 kami dah berada dalam bas…sampai di Muar jam dah pukul 10…punyala lama…tobat tak naik bas dah….

Teruja di dalam bas….

Ambik cab dan kami tergesa-gesa ke klinik pakar mata sebab oppoimen kak long pukul 10…tapi umi agak hairan patient tak der…eeh salah tarikh ker…belek kad oppoimen…betul…Bertanya di kaunter…Rupanya doktor ada operation…

Duduk skjap jer nama kak long dah dpanggil….Ujian rutin yg kak long jalani dilakukan…Umi pulak yg berdebar-debar…harap sgt ada keajaiban…Hasil ujian RA kak long…power mata kanan 800, sblum ni 700…mata kiri 400 sblum ni 500…dan penerangan optometris merisaukan umi….Jika mata Kak Long msh tiada improvement walaupun stlh terapi patching dilakukan, mata kanan Kak Long akan kekal rabun teruk begitu….dia hanya menggunakan satu mata…dan jika apa-apa berlaku pada mata kirinya…Kak Long boleh blind…Ya Allah berdegup kencang jantung umi….Namun apa daya umi…umi dah berusaha melakukan patching pada matanya kanannya sekerap mungkin….Permata Hijrah pun sudah umi gunakan…tetapi belum membuahkan hasil….Jalannya satu, patching kena dilakukan lebih kerap dan lama…2 jam sehari…

Umi kuatkan hati…Ya Allah bantulah hambamu ini….
Ujian demi ujian yg datang…bisa membuat hati ini pecah….

Harap sangat mata kak long baik2 sajer…
Dari kecik suka posing…..
Merenung masa depan yang belum pasti…
Terapi patching…..

Pukul 11.30 stlh mengambil oppoimen…kami bergerak pulang…Ambik cab depan hospital…Mujurlah cab masuk sampai ke lobi klinik Pakar…Cukup mudah…Alhamdulillah…

Sementara menunggu bas pulang…umi dan kak long menikmati makan tengahari di kedai makan di pinggir Sungai Muar….Kak Long begitu teruja…Dalam hati berbisik…Sian anak umi…

Pukul 3 petang kami sampai ke Bandar Segamat…Umi terus ke kedai spek mata menempah spek mata baru Kak Long…Harap ianya smpat siap hari Ahad nanti…sebab kanta matanya…Kanta khas perlu dtempah seminggu….

Dalam hati berbisik…Kuatkan Hatiku Ya Allah…
Motto kak Insan Kerdil kusemat kuat di dalam hati….

Ketentuan Allah Adalah Rahsia Allah….

Aku yakin dgn Rahsianya…Moga ada yg indah2 menanti….Aminnn…..

 
11 Comments

Posted by on December 29, 2010 in Kak Long

 

11 responses to “Mata Kak Long….umi risau….

  1. Jiey^Mien

    December 29, 2010 at 2:37 pm

    Kalau tanya saya sape ibu yang kuat, tanpa ragu-ragu saya akan jawab kak nani!!
    tabik utk kak nani!!

     
  2. Kerikil Kehidupan

    December 29, 2010 at 3:13 pm

    Jiey…tersentuh kak nanie…kita kuat demi anak-anak…jiey pun begitu kan…kak nani juga tabik spring dgn jiey…

     
  3. Yasmin Nabilah..

    December 29, 2010 at 3:50 pm

    betul kata jiey..mmg tabiklah dengan semangat dengan akak.

    tentang mata.. ina pun risau tgk Nabila. Susah untuk tahu matanya sebenarnya nampak atau tidak. kdg2 hiba rasa hati bila tgk anak2 lain boleh melihat dengan baik..tapi Nabila..? ina sendiri tak pasti apa yang dia pandang.

    Buat Kak long, Acik ina doakan kak long kuatkan semangat. Moga segalanya yang terbaik buat kak long..Amin..

     
  4. Bicara hati ibu aisya

    December 30, 2010 at 12:40 am

    Yup..betul kata jiey.Akak ibu yang paling kuat! Kak, saya doakan semoga mata kak long akan baik-baik sahaja.moga akan ada perubahan yang baik pada 2011.
    Moga segalanya dipermudahkan untuk akk n anak-anak.Sabar yer kak.

     
  5. mrs_zura

    December 30, 2010 at 1:44 am

    hmm rabun kak long sama ngan sy kak nani..mata kanan sy 700..kiri sy 400…sy doakan yg terbaik buat kak long..b strong…

     
  6. Mata Pena

    December 30, 2010 at 2:15 am

    Salam..
    moga akk terus kuat dan tabah..
    dah lama mengikuti kisah2 di blg akak, br hari ni ada kekuatan utk menulis komen..
    tiap kali membaca pasti ada titis2 panas d pipi..

    May ALLAH ease your way kak~

     
  7. insan kerdil

    December 30, 2010 at 3:17 am

    meski hanya yang terhidang adalah ketidakpastian….ketidaktentuan…untuk disantap…namun ada ketika nya Dia memandu diri agar melalui cuma satu jalan…

    jalan yang hanya Dia tahu kemana…dan hanya Dia tahu kenapa….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  8. Yana@Noni

    December 30, 2010 at 3:30 am

    betul kak..ketentuan Allah adalah rahsia Allah…yang pastinyer pasti ade terang selepas kegelapan..doa saya semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan anak2 istimewa kita…aaaamin

     
  9. EdaManAli

    December 30, 2010 at 3:27 pm

    Rahsia Allah x siapa pon tahu kan…

    aunty doakan mata Kak Long xde pape dah lepas ni…belajar rajin2 kak Long, senangkan hati Ummi…tolong Ummi jge adik2…

    Buat akak, be strong…byk2 doa…Dia je yg boleh memberi…
    Allah always be with you…

     
  10. Min

    January 1, 2011 at 8:20 pm

    Insya Allah! Kak Long akan baik2 saja… Cik Min doakan dari jauh…

     
  11. ICAZIESYIRA

    January 4, 2011 at 12:33 pm

    29hb saya kat kl
    jadi saya tak sedih akk x info sy akk ade kat muar>

    takat dari hospital nak g bustand, saya pun boleh hantar kak.

    next time info ye?
    😀
    nanti saya pm no phone
    wanna hugggggg u😀

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: