RSS

Hakikat Itu……

07 Jan

Usai sudah minggu pertama persekolahan…waktu yg paling sebok buat umi….
Dan biasanya umi takkan sempat mencoret sesuatu di blog….badan menuntut rehat setelah lelah seharian…

Dan biasanya pada minggu pertama akan sebok dengan urusan pendaftaran…pengagihan buku dan bermacam-macam lagi urusan….

Petang tadi umi ke sekolah agama….Berjumpa dengan guru kelas kak long yang baru…dan juga menyerahkan borang pendaftaran….Dan umi tahu tatkala borang itu diserahkan….Pasti status umi akan terbongkar…..Itulah hakikat yang perit terpaksa umi telan…Terpaksa merelakan label yang diberikan kepada anak-anak umi…Anak-anak mangsa perceraian….

Entah mengapa hati umi sungguh pilu tatkala melangkah masuk ke dalam kereta…hujan lebat yg turun membasahi bumi Segamat…sama lebatnya dengan hujan yg turun dari kolam mata umi…Umi tenggelam dalam emosi…Maafkan umi anak-anakku menyebabkan kalian menjadi mangsa perceraian ini….
Padahal kalian tidak bersalah….Kamilah, umi dan abi kalianlah yang bersalah…Kami tak kuat menghadapi dugaan rumahtangga…Kami tak mampu mengekang badai yang mendatang…Akhirnya robohlah mahligai yang dibina dengan seribu impian…Impian berkecai dan tak meninggalkan sisa…..

Sungguh….umi juga seorang guru…
Umi faham dan akur dengan tanggapan seorang guru terhadap anak-anak mangsa perceraian…
Anak-anak ini rapuh emosinya…anak-anak ini kurang tumpuannya…emosi mereka terganggu….

Namun…
Umi seboleh mungkin meminimakan kesan perceraian ini pada anak-anak umi…Seboleh mungkin umi mahu bahagiakan mereka…Umi mahu mereka tak merasa kurang apa-apa…Namun umi akur dan sedar…Umi tak mampu mengisi ruang kosong di hati mereka…Umi tak mampu memberikan belaian seorang lelaki yg bernama ayah buat mereka….Sungguh umi tak mampu…..

Dalam sujud umi berdoa…..Moga ini yang terbaik buat umi dan anak-anak….
Moga ada rahmat yang dijanjikan di sebalik segala derita yang memilukan ini…
Hidup mesti diteruskan…..Demi kalian…anak-anak umi tersayang…..

Maafkan umi anak-anakku……
 
5 Comments

Posted by on January 7, 2011 in Luahan

 

5 responses to “Hakikat Itu……

  1. Min

    January 7, 2011 at 4:04 pm

    kita sama2 doa, moga mereka menjadi anak2 yang baik, berjaya di dunia & akhirat. kasihi mereka dgn kasih sayang yg melimpah ruah sehingga mereka mengerti dan memahami serta menjadi anak2 yg cemerlang tanpa merasakan sebrg kekurangan…

     
  2. Yana@Noni

    January 8, 2011 at 8:15 am

    salam kak…
    terharu saya bila baca luahan hati akak ni…tp nk wat camner setiap manusia di dunia nie takdirnya telah ditentukan Allah..kita hanya merancang tp yang menentukannya hanya Allah jua..
    Akak jgnler risau sangat..anak2 mangsa perceraian nie bukannya xder yg berjaya di dunia & akhirat malah ramai jd manusia yg berguna..cuma pendidikan & asuhan tu menggunakan pendekatan yg berbeza…apepn akak sekarang adalh sumber kekuatan mereka utk meneruskan kehidupn yg serba mencabar ni begitu juga sebaliknya jadi akak kene sentiasa kuat & tabah..insyaAllah kebahagiaan yg abadi akn jd milik akak & anak2…aaamin…jgn sedih2 yer sebab kat luar sana ader lg insan yg lebih menderita dr kita..moga akak ceria selalu walaupun sume tu mengambil masa tp bangunlah perlahan-lahan k…senyumla kak?!

     
  3. ICAZIESYIRA

    January 9, 2011 at 4:51 am

    “Ketentuan Allah adalah rahsia Allah”

    kita dah hafal ayat ni kan kak?
    Normal untuk kita menangis
    Namun, jangan diikut sangat perasaan sedih demi anak-anak

    semoga akak sekeluarga akan dilimpahai sinar kebahagiaan. Insyaallah

     
  4. Bicara hati ibu aisya

    January 10, 2011 at 1:45 am

    Yup..betul kata icaziesyira tuh.saya juga selalu berpegang pada ayat akuinsankerdil 'Ketentuan Allah Adalah Rahsia Allah'

    Menangislah jika itu boleh menenangkan akk tapi jangan putus harap.Insyaallah, saya yakin dengan kasih sayang dan didikan yang akk beri pada k.long, mira dan iman mereka tidak pernah kekurangan apa pun.Doa saya moga kebahagiaan itu milik akak dan anak-anak.Semoga segalanya dipermudahkan.

     
  5. insan kerdil

    January 11, 2011 at 2:40 am

    setiap makhluk itu punya pilihan….yang saling membezakan adalah matlamat…kekangan…kaedah….

    setiap makhluk itu mendapat perhatian khusus daripada Pencipta….perhatian yang diharapkan atas dasar kasih sayang seorang Pencipta….terhadap hamba-Nya…

    pada seorang Pencipta….yang saling membezakan buat yang teruji dan diuji….adalah iman dan taqwa….

    dalam kembara menuju ke alam abadi….dunia ini cuma persinggahan….yang diimpikan hanya lah redha Ilahi….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: