RSS

Kolam Air Panas Labis

12 Jan
Salam bertemu kembali…..
Dah lama rasanya tak mencoret tentang Iman….
Hujan yang turun membasahi Bumi Segamat hampir setiap hari…benar-benar meresahkan umi…kerna di kala musim hujan beginilah umi perlu memantau kesihatan Iman…Iman mudah terkena demam selsema…dan batuk…Jika dibiarkan berlarutan…Asma akan menyinggah….
Petang Jumaat…Iman demam selsema dan batuk…Umi membawanya ke klinik…namun esoknya Iman demam…Sampailah ke hari Isnin…badannya masih hangat…Asyik merengek dan meragam….serba tak kena dibuatnya….Berita Iman demam sampai ke pngetahuan nenek..bergegaslah nenek dan atuk datang melihat keadaan Iman…Iman memang rapat dgn atuk dan nenek dan dia lebih dimanjakan berbanding cucu-cucu lain…Iman terlalu istimewa di hati mereka…Hampir 8 bulan menjaga Iman membuatkan nenek orang kedua slps umi yg memahami gerak hatinya…
bila nenek ada…umi Iman dah tak pandang….
Atuk menyarankan supaya Iman dibawa ke kolam air panas di Labis sebab kami sekeluarga memang suka berendam di sana…Mungkin sakit badan kata atuk…nak cakap Iman tak pandai…..
Seawal 8 pagi kami dah bertolak ke Labis, perjalanan memakan masa hampir 20 minit…kami memang suka datang awal…dan masih belum ada pengunjung lain…Biasanya di awal pagi air masih cetek dan umi boleh golekkan Iman dalam air panas yang agak hangat…
proses rendaman kaki….sambil diperhatikan Mok Der…kakak umi…
Kami teruja melihat Mira yang begitu seronok bermain air panas…seolah air itu tak panas baginya…cayalah anak Umi….
Mira mengusik Mok Der….
Sesi terakhir…proses merendamkan badan Iman…..
Hampir 3 jam kami di situ….Iman sudah menunjukkan tanda-tanda tidak selesa…tambahan lagi air kolam yg juga semakin penuh sudah tidak sesuai untuk merendamkan Iman….
Umi membawa Iman naik ke tepi kolam…Umi menyuakan susu kerna sedari pagi Iman tak mahu minum susu…Alhamdulillah habis sebotol….
Namun selepas itu Iman seakan-akan nampak terlalu letih…Umi dah cuak….Matanya seakan mahu tertutup dan kelihatan terlalu mengantuk….Hati dipagut bimbang…kenapa pula dgn Iman ni…Adakah umi silap membawanya ke sini…Tak lama selepas itu Iman muntah….Dan alhamdulillah dia kembali ceria….
Sampai di rumah jam menunjukkan 130 tengahari…Umi menidurkan Iman dan dia tidur begitu lena sampai jam 5 petang…kerana sblum ini dia hanya tidur sekejap dan merengek…
Alhamdulillah…hari ini Iman dah kembali pulih seperti biasa….
 
7 Comments

Posted by on January 12, 2011 in Iman

 

7 responses to “Kolam Air Panas Labis

  1. mamasoffy

    January 13, 2011 at 12:30 am

    Alhamdulillah..iman serasi agaknya dengan air panas tu..

     
  2. Bicara hati ibu aisya

    January 13, 2011 at 2:13 am

    Alhamdulillah..iman dah semakin sihat.Semoga iman sentiasa sihat dan kembali ceria tersenyum.Muahhs tuk iman!

     
  3. Yana@Noni

    January 13, 2011 at 3:12 am

    Alhamdulillah..Iman dah ok kan kak..memang risau bila anak2 jatuh sakit kan…lebih2 lagi anak2 istimewa nie..kalau pandai mengadu oklah….huhuhu
    kak..nanti boleh x bg alamat penuh kolam air panas Labis tu?teringin nak bawak Humaira ke sana la kak..:-)

     
  4. Min

    January 13, 2011 at 2:59 pm

    bestnya iman…! cik min pun rasa teringin nak mandi kolam air panas mcm iman… anyway, kat sini dah tiap2 hari mandi air suam dlm bathtub. sebab sejuk sangat…🙂

     
  5. Min

    January 13, 2011 at 3:12 pm

    bestnya iman… cik min nak g jugak la… bebila cik min balik nanti, bwk cik min n adik mawaddah gi sini ek…

     
  6. Azma

    January 18, 2011 at 12:30 am

    Alhamdulillah..iman dah ok.. smg iman sihat selalu ye..

     
  7. nuyin2u

    January 20, 2011 at 1:28 am

    bestnya iman mandi kolam

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: