RSS

Suntuk…..

20 Jan

Salam siaran buat pembaca blog umi KERIKILKEHIDUPAN dan terima kasih kerna sudi singgah di sini…

Dah agak lama rasanya umi tak mencoret di blog ni…bukannya tak ada cerita yg nak dikongsi…tetapi umi benar-benar kesuntukan masa…Banyak perkara yg perlu dilunaskan dalam sehari…dan ditambah lagi dgn tugasan sekolah membuatkan umi terpaksa mendahulukan yg lebih penting….

Hari ni cuti Thaipusam…bolehlah umi melepak di rumah jer bersama anak-anak…Tak berniat ke mana-mana…kerna kerja banyak yg menanti…

Minggu ni minggu yg agak melelahkan buat umi….

Isnin…17 Jan 2011…
Umi membawa Iman ke hospital Muar..Ada speech terapi yg perlu Iman hadiri…Sbnarnya umi sepatutnya membawa Iman ke speech terapi semasa di Hospital Serdang lagi…Akibat krisis yg melanda, oppoimen itu tertangguh begitu saja….Awal tahun lepas juga…umi diarah doktor paed untuk membawa Iman ke speech Terapi…tetapi apabila memandangkan terapi pertuturan yg paling dekat hanya di Muar…Hospital Segamat blm ada kepakaran itu…umi menangguhkan niat…umi terpaksa memilih oppoimen yg lebih penting…bygkan cuti 7 hari setahun utk oppoimen Iman dan Kak Long…tentu tidak cukup….Dan akhirnya pada bulan lepas sekali lagi umi diarahkan berbuat demikian oleh pakar audiologi Iman…kata-katanya membuka mata umi…Untuk memakai alat pendengaran…Iman perlu menghadiri speech terapi…akak boleh bantu dia dari segi pertuturannya dgn bantuan dari speech terapi….Akhirnya umi terpaksa akur…dan mujurlah Cik Mie tak de hal dan boleh menghantar umi dan Iman ke Hospital…

Alhamdulillah Iman yg agak mengantuk kerna bgn awal…dapat memberikan kerjasama yg baik…umi diberitau otot menelan Iman lemah dan umi diajarkan cara urutan untuk menguatkan otot mulutnya…umi juga diajar cara untuk merangsang pemakanannya agar Iman boleh menggunakan gigi untuk mengunyah….

Selesai terapi…umi ada date dengan Ica…Mama Ayesha..Ingat nak jumpa Ica kat kantin hospital jer…sbb umi blm breakfast…tak sangka Ica sudi belanja kami kat luar…hehe…segan pulak rasanya…

Dan Alhamdulillah…umi dapat lagi seorang kawan yg mengerti keadaan umi…yg memahami gelora rasa di danau hati umi….Umi syukur sangat-sangat…Mama Ayesha belanja umi  dan Cik Mi makan Mee Rebus…sedap…Cik Mie ckp nanti kita g makan kat situ lagi ek….Buat Mama Ayesha aka Ica…thanks yer…akak merancang nak ke Batu Pahat…nanti leh jumpa Ayesha dan Aiman…Terima kasih atas huluran persahabatan ini…akak rasa dunia akak yg kelam kembali berseri…..

Terima kasih buat Ica yang sudi pegang Iman
sementara umi menikmati Mee Rebus yg marvellouse…

Hari Selasa…
Umi ke sekolah seperti biasa…Hari ni kelas umi penuh…dari 720 pagi sampailah ke pukul 1120…nak makan pun tak sempat…

Petangnya ada meeting Headcount…semua guru wajib hadir…tetapi umi dah mintak excuse…Umi terpaksa bawa Iman berjumpa pakar pemakanan di Hospital Segamat…Sebenarnya umi berdebar-debar nak jumpa dietian ni…takut kena omel berat Iman tak naik…Sebab semenjak Iman minum susu Sustagen ni…dia agak kurang makan nasi…Dia kerap minum susu…terutama di rumah Mok Der yang menjaganya…

Pukul 3 petang umi dah sampai ke Hospital….Kul 330 kami dipanggil masuk…setelah ditimbang berat badan Iman dan umi sekali sebab Iman tak boleh berdiri tegak atas alat penimbang tu…Dia asyik melompat…susah nak dapat bacaan yg tepat…terpaksalah doktor suruh timbang dgn umi sekali…lepas tu umi sorang…dan ditolak dgn berat yg bersama Iman tadi…Hasilnya berat Iman naik sebanyak 600gram…9.3 kg…berbanding 8.7kg pada bulan Oktober tahun lepas…Alhamdulillah…Setelah diberi tips-tips untuk merangsang pemakanan Iman…kami dibenarkan pulang….dannnn…. ayat terakhir pakar pemakanan tu sedikit menyentuh hati umi….

” Umi Iman jaga pemakanan tau…jaga badan…jangan nanti datang bulan 4 badan naik pulak…”

Ouch…alamak dgn umi sekali kena bebel ni…huhu…nak wat camna…malam dah tak ambik dinner…minum susu jer…tapi berat still maintain…tak mau turun….

Sedih jugaklah…hehe…tak perlah umi kena azam juga untuk diet ni….

Semoga umi terus sihat untuk membesarkan Iman dan kakak-kakakmu…

Mmm…panjang pulak en3 kali ni…Iman tidur skrg so bolehlah menaip dengan aman…kalau tak asyik berebut keyboard dgn dia….

Wassalam…….

 
9 Comments

Posted by on January 20, 2011 in Iman

 

9 responses to “Suntuk…..

  1. mrs_zura

    January 20, 2011 at 1:02 pm

    semoga smuanya berjalan lancar utk iman…
    dh naik dh berat iman ye…mkn byk lagi ye cik iman:-)

     
  2. Jue-Isteri_Ibu

    January 20, 2011 at 1:19 pm

    alhamdulillah kak..nanti akak syer nyer cam ner buat urutan mulut kat iman.. semoga semua berjalan dengan baik. Amin..

     
  3. Yana@Noni

    January 20, 2011 at 2:08 pm

    Saya yang ada cuti rehat 20 hari sethn ni pn rs x cukup apatah lg akak yg hanya 7 hari sethn kan…ditambah pulak dgn appoinment anak-anak kita 1 bln sekali utk fisio,cara kerja & pediatrik…blm campur kene tunggu anak kt PDK lg…itupn 1/2 hari dah ambil masa…moga Allah mempermudahkan segala-galanya kan kak:-)

     
  4. ICAZIESYIRA

    January 20, 2011 at 4:23 pm

    wahhhh kak nani, ade muka saya kat sini. heheheh. tq kak. semoga akk terus tabah dengan tuntutan membesarkan anak-anak. tabah dengan masalah kerja. pasti suatu hari nanti kegembiraan menjadi milik akak sekeluarga.

    nak datang batu pahat nanti kita plan elok-elok ye kak. baru best😀

     
  5. Mawar

    January 20, 2011 at 11:40 pm

    Kak nani,

    jgn rasa sedih sgt, jgn rasa hiba sgt, sbnrnya kita ada ramai org yg mengerti keperitn hidup kita…

    apapun, sebenarnya kekuatan kita sememangnya ada dlm diri kita sendiri, bg masa pd diri sndiri utk fikir, then adjust utk jd lebih baik/tenang

     
  6. nuyin2u

    January 21, 2011 at 4:54 am

    nani – samala kita, timbang berat anak, naiknya tak seberapa, uminya yg terlebih naik, dr thn ke thn berazam nak diet, tp selera makan bertambah…hehe

     
  7. Bicara hati ibu aisya

    January 21, 2011 at 8:24 am

    Salam k.nani,
    Memang cuti sentiasa xpernah cukup untuk memenuhi tuntutan temujanji yang banyak utk anak-anak kita. Alhamdulillah berat iman makin naik.dan dah start pun speech terapi.semoga segalanya dipermudahkan.

     
  8. Bicara hati ibu aisya

    January 21, 2011 at 8:24 am

    Salam k.nani,
    Memang cuti sentiasa xpernah cukup untuk memenuhi tuntutan temujanji yang banyak utk anak-anak kita. Alhamdulillah berat iman makin naik.dan dah start pun speech terapi.semoga segalanya dipermudahkan.

     
  9. Min

    January 22, 2011 at 1:59 pm

    kak min doakan agar segalanya dimudahkan buat nani n anak2. mari kita terus berdoa memohon kemudahan dr Dia yg Maha Memberi…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: