RSS

Akhirnya umi pun menangis bersama….

22 Jan
Dek kerana terlalu letih menunngu lama di hospital petang semalam…Malam tadi umi masuk tidur awal…Pukul 1030 kami anak beranak dah pun beradu….
Pukul 1230 malam lena umi terganggu…raungan tangisan Iman memecah kesunyian malam…Segera umi menjengoknya yg tidur di dalam buai…Saat itu umi lihat Iman sedang menggosokkan mukanya ke kain buai…sambil menangis…
Sakit mata itu datang lagi…Dalam beberapa bulan ini dah agak kerap Iman diserang sakit begini…Umi angkat dan buka lampu bilik…
Ya Allah matanya merah dan membengkak…Langsung tak boleh buka…Biasanya taklah seteruk ini…Umi mencari ubat titis mata…dan isikan ke dalam mata yg membengkak dan merah bak saga itu…Biasanya Iman akan diam dan kembali terlena dalam pelukan umi…
Tetapi malam tadi berbeza…Raungannya makin kuat setelah ubat titis mata itu umi titiskan ke dalam matanya…Umi buntu…Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi…Umi pangku badannya…Umi gosokkan matanya perlahan-lahan..Umi pegang tangannya yg asyik menggosok mata dengan kuat…Umi tahu kesakitannya tak tertanggung…Gatalkah…Sakitkah…Andainya umi tahu nak…Akhirnya umi turut menangis kerna tak tahu macam mana nak redakan kesakitan yg Iman tanggung…
Iman terlena sekejap di atas pangkuan umi…Umi lega…Moga ubat titis itu berhasil meredakan kesakitan matanya…15 minit berlalu…Raungannya kembali bergema…Hati umi pecah melihat kesakitan yg ditanggung…Umi capai telefon…ingin menelefon Mok Der…tetapi kesian pulak umi nak ganggu kakak umi tu…Mesti dia tengah lena tidur….Esok kena jaga anak orang lagi…sebab hari sabtu sekolah ganti…Umi terpaksa batalkan niat itu…Apatah lagi melihat Iman yg sudah reda tangisannya…
Umi cuba bertahan hingga pagi…Pagi esok kalau tak ok lagi umi akan bawa ke bahagian kecemasan Hospital…Sepanjang malam Iman merengek dan tidur sekejap-sekejap….Bukan tak ada klinik di segamat ini yg buka 24 jam..satu-satunya klinik…tetapi apabila mengingatkan kejadian umi pernah dimarahi doktor..katanya Iman tak sakit…kenapa mesti diganggu lena anak itu…Umi jadi serik…Doktor tu tak layak digelar doktor…Iman pun dia tak cek…boleh cakap Iman tak sakit..Padahal esoknya umi ke Klinik lain…Paru-paru kanan Iman ada kahak…
Tadi…umi baru balik dari klinik, doktor pun tak dapat pastikan Iman kenapa…sebab mata dia dah tak merah..cuma bengkak je yg tinggal…doktor bagi ubat tahan gatal je…umi tak jadi ke bahagian emergency sebab ramai orang..dan umi dah agak kes Iman dianggap tidak kritikal…Tak perlah Jumaat depan umi nak bawa Iman ke Klinik Pakar Mata kat Segamat Baru..Kalau boleh hari ni umi nak bawak…tapi klinik tu hanya bukak pada hari Jumaat jer…
Moga mata Iman baik-baik jer…Umi seksa melihat dia menanggung kesakitan begitu…dan umi tak tahu cara untuk membantunya…..

Mata yang membengkak….
Andainya kau mampu berkata-kata dan memberitahu apa sakitmu nak…
malangnya umi tak tahu dan tidak mengerti….
 
7 Comments

Posted by on January 22, 2011 in Iman

 

7 responses to “Akhirnya umi pun menangis bersama….

  1. Azma

    January 22, 2011 at 11:09 am

    Ciannye Iman..bengkak mata dia.. mesti dah tak tertanggung sakit tu yg meraung tu..

    Apa2 pun sabar ye kak.. moga Iman cepat sembuh..

     
  2. Jue-Isteri_Ibu

    January 22, 2011 at 1:08 pm

    semoga cepat sembuh yer iman…kesian dia, bengkak mata, yer…kak nani, cuba kak nani baca selawat 3 kaki, kendian ibu jari kaki kanan sapu mata kiri dan ibu jari kaki kiri sapu kaki kanan.. insya allah boleh meredakan ketidakselesaan kat mata iman..

     
  3. nuyin2u

    January 22, 2011 at 1:34 pm

    simpati, nape ye, ketumbit lain kan? hmm sabarlah. cepat sembuh ye nak..

     
  4. Min

    January 22, 2011 at 1:56 pm

    moga Iman cepat sembuh… amin!

     
  5. Yana@Noni

    January 22, 2011 at 3:01 pm

    Simpati saya apabila membaca entri akak…andai berdekatan boleh membantu…melihatkan keadaan akak menghadapi seorang diri untuk melegakan kesakitan Iman memang tak tertanggung kan…lebih-lebih lagi di waktu tengah malam…andainya Iman dapat memberitahu apa sakit yang dialaminya kan mudah kak..sabar yer kak..untuk Iman moga cepat sembuh yer…:-)

     
  6. Yasmin Nabilah..

    January 23, 2011 at 6:26 am

    kak..cek kat pakar mata adalah perkara yg trbaik..kita tak tau apa penyebabnya..

    kena marah? kami pun slalu brada di situasi yg sama. kat sg. buloh. kdg2 tension. kan bagus mencegah dari mengubati.at least ckp elok2 apa salahnya..geram kan kak..

     
  7. Bicara hati ibu aisya

    January 24, 2011 at 1:13 am

    Sian iman..kalaulah saya boleh membantu.moga cepat sembuh yer sayang.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: