RSS

Adakah Iman Terlebih Dahulu Tahu….???

31 Jan

Salam bersiaran dari teratak bonda…

Teratak yg umi sewa telah ditenggelami air hingga ke paras bumbung rumah…
Segala barang-barang rumah…tak tahu nak cakap…mungkin ada yang dah tak boleh digunakan…
Hati umi…Perit…
Tengah memikirkan bagaimana untuk kembali memulakan kehidupan bersama anak-anak…
Rasanya baru sahaja bermula…dan kini umi kena kembali ke nombor zero…
Namun setelah melayari blog Kak Asmin hati sedikit tenang…
Sepatutnya umi harus lebih bersyukur dan terus bersangka baik dengan Allah…
Berlapang dada dengan segala ujian yang diturunkan buat umi….
Kembali kepada tajuk en3 di atas….
Sungguh itulah yang dapat umi rasakan…Iman seperti cuba menyampaikan sesuatu…Iman terlebih dahulu menunjukkan kegelisahan berbanding umi yang masih menaruh harapan banjir tidak berlaku….
Malam Ahad…
Iman tidur awal…Namun tepat pukul 12 malam Iman bangun dan menangis…Umi angkat Iman, umi periksa pampersnya, perutnya…ok…Umi bangun buat susu…Umi suakan susu ke mulutnya…ditolak….
Tangisannya masih berbunyi…kadangkala kuat…Umi buntu…Mata mengantuk…Umi peluk tubuhnya
erat-erat…Tangan halusnya menampar-nampar pipi umi…Bila umi tenung wajahnya…Iman berpaling ke tingkap bilik…Di luar rumah hujan masih turun dengan lebat…Tiada tanda-tanda mahu berhenti….Bunyi ngiauan kucing yang dibela oleh jiran umi…dan salakan anjing dari rumah sebelah….yang kadangkala nyaring…membuatkan umi berfikir sesuatu….Adakah sesuatu yang cuba disampaikan Iman dan haiwan-haiwan itu….
Jam menunjukkan pukul 330 pagi…Iman masih belum mahu lelap….masih merengek dan menangis….
Ya Allah kenapalah dengan Iman ni….kenapa tangisnya tak mahu berhenti….sehinggalah ke pukul 5 pagi…Hujan sudah agak reda dan sedikit renyai…Hati yg bimbang kembali tenang…Iman terlena pukul 6 pagi di atas lengan umi…Umi pun turut terlena kerana mata terlalu letih berjaga….
Pukul 9 pagi…Kakak umi tergesa-gesa datang ke rumah menyuruh umi berkemas…Tika ini hujan turun dengan lebat dan tiada tanda-tanda mahu berhenti…Sebenarnya umi dah kemas sikit-sikit, baju yang nak dibawa pulang…Kakak menyuruh umi dan anak-anak balik ke rumah mak…Ada anak-anak kecik macam umi payah nak duduk kat pusat pemindahan, kalau banjir benar-benar berlaku….Umi  akur…Umi mula berkemas apa yang patut…Buku-buku yg umi gunakan untuk mengajar umi letak di atas almari baju…termasuk printer…laptop umi bawa…Tapi almaklumlah, almari umi almari murah, plywood…tak boleh isi brg byk2…umi takut roboh…

Umi berkemas dalam keadaan yang sungguh berdebar-debar…Iman pula asyik menangis tak berhenti-henti…Tak mau dipujuk…Biasanya kalau Mira usik, dia akan ketawa…Ini tidak…Dia asyik menangis…Umi agak Iman lapar…Umi berhenti mengemas skjp…Umi suapkan bubur nasi ke mulutnya…Iman menolak…puas sudah umi memujuk…Sampailah Iman muntah…dia tak mahu menelan makanan yg umi suap….Akhirnya umi terpaksa mengalah…Umi belum siap berkemas…Umi terpaksa biarkan Iman menangis…Tika ini air hujan dah hampir memenuhi longkang….

Umi angkat barang2 eletrik seperti iron, oven, kipas berdiri, blender, periuk nasi…umi letak di atas almari kak long…Harap2 air taklah setinggi itu…Barang2 dapur umi terpaksa biarkan begitu saja…Dah tak ada tempat tinggi untuk umi letak…

Pukul 1230, Abang Ipar umi datang mengambil TV…hanya TV yg umi tumpangkan kat rumah kakak…sebab rumah kakak ada loteng…nak tumpang brg byk tak boleh sebab takut loteng tu runtuh….Abang Ipar cakap umi tak boleh tunggu mak datang…air di jalan utama ke taman umi duduk ni air dah nak naik ke jalan…kalau umi lambat, takut tak lepas nak bawa kereta keluar…Abang Ipar minta umi masukkan barang dalam kereta dan standby untuk keluar…Tika inilah Iman menangis sekuat-kuatnya…Umi keraskan hati…Umi terpaksa biarkan dia…Umi harus cepat masukkan barang dalam kereta dan segera keluar dari Kampung Tengah…Umi takut terperangkap…

Mujurlah di saat kalut begitu…mak umi sampai…Barulah Iman diam dari menangis…Kami segera masuk ke dalam kereta…dan bergegas keluar dari Kampung Tengah…Nafas berdegup laju…Kiri kanan jalan dipenuhi air…hujan lebat mencurah-curah…Takutnya bukan kepalang…

Kami kena cepat…bimbang air kat Sungai Pemanis naik dan kami akan terkandas untuk pulang ke Keratong…Mujurlah Cik Mi datang dan boleh drive menggantikan umi…umi tak boleh drive kalau hujan lebat…umi takut…

Di dalam kereta…Iman hanya diam di pangkuan umi…Tiada lagi tangisan dari mulutnya…dia juga duduk dengan diam sekali…tidak lasak seperti selalu…Umi hairan…Apa sebenarnya yg berlaku pada Iman…adakah Iman tahu banjir besar akan berlaku dan cuba menyampaikannya kepada umi…Wallahua’lam….

 
12 Comments

Posted by on January 31, 2011 in Iman

 

12 responses to “Adakah Iman Terlebih Dahulu Tahu….???

  1. mrs_zura

    January 31, 2011 at 2:42 pm

    sabar ye kak nani..dugaan…
    maybe iman leh rasa kot…hanya iman yg tau nape dia nangis kuat2…

     
  2. Tika

    January 31, 2011 at 3:26 pm

    Kak Nani,
    Iman tahu kak, iman faham.. mungkin Allah berikan kelebihan dia di situ..😉

     
  3. Min

    January 31, 2011 at 3:40 pm

    Insya Allah nani… kak min doakan nani dan anak2 selamat dan tenang menghadapi semua ini. memang semua ni membuatkan kita sedih & rasa sakit, namun jadikan ia penghubung antara kita dengan yg Maha Pencipta…

     
  4. shaliza

    February 1, 2011 at 2:19 am

    Salam,
    Ada betul jugak tu kak….bukan ke dia seorang yang 'istimewa' di anugerah olehNYA.

     
  5. Yasmin Nabilah..

    February 1, 2011 at 4:46 am

    Iman mungkin tahu apa yg bakal terjadi.Alhamdulillah akak dah keluar dr kg. Bahaya bnjir ni..sabar ek kak..

     
  6. nuyin2u

    February 1, 2011 at 6:24 am

    comel gambar iman diatas tu. tp entri ni buat saya sebak..harap nani tabah hadapi ujian Allah kali ini. Moga ada hikmah disebaliknya..

     
  7. insan kerdil

    February 1, 2011 at 7:10 am

    setiap kali membina benteng kekuatan….tiap kali jua ianya akan terduga….dan diduga…

    seandainya nilaian segala kejayaan di sini….adalah untuk diadili di sini….betapa sukar nya untuk duduk sama rendah….berdiri sama tinggi dengan yang lain….

    namun di sini bukan destinasi….sekadar persinggahan dalam kembara menuju ke alam abadi….tiap ikatan yang tersimpul kemas di sini….diharapkan menjadi simpulan abadi di sana kelak…

    sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan sesekali memungkiri janji….

    di sisi-Nya….yang saling membezakan di antara yang teruji dan diuji…..adalah pada keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  8. Azma

    February 1, 2011 at 7:55 am

    smg kak nani tabah menghadapi dugaan ini.. smg banjir cpt surut. Mgkin benar iman dapat merasakan sesuatu yg buruk akan terjadi..

     
  9. Mawar

    February 1, 2011 at 9:04 am

    kak nani,

    bykkan istighfar, bykkan sabar

    doa dr kami mengiringi prjalanan hidup kak nani sekeluarga

    “boleh jd yg kamu suka, tdk baik utk kamu,
    boleh jd yg kamu tdk suka, baik utk kamu”…

    ALLAH Maha Mengetahui, sentiasa brsangka baiklah pd-Nya

     
  10. Bicara hati ibu aisya

    February 2, 2011 at 12:42 am

    Sabar banyak-banyak ye kak.
    Doa saya sentiasa ada buat akak dan anak-anak.Semoga dipermudahkan segala jalan yang ada.Mana tahu hari ini akak teruji dan menangis..insyaallah akan datang akan gembira dan tersenyum selalu.
    Allah Maha Mengetahui, Dialah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

     
  11. Nur Ilham Impian

    February 2, 2011 at 2:02 am

    Semoga penulis tabah menghadapi liku-liku kehidupan ini…InsyaAllah panas tidak berpanjangan dan hidup ini sebenarnya roda yang sedang berpusing…

     
  12. ieda

    February 2, 2011 at 4:26 am

    alhamdulillah nanie & anak2 selamat..itu yg lebih penting.
    mmg perit nak mula dari zero…takper..insyaAllah Allah datangkan pertolongan utk nanie & anak2.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: