RSS

Harapan Umi Berkecai….

18 Feb
Anak ini mengajar umi erti sebuah kekuatan….
Salam siaran…
Rindu mencoret di blog ini…Kekalutan selama 2 minggu ini benar-benar menyesak jiwa…
Masalah kesihatan Iman yang semakin merosot, demam panasnya terlalu tinggi…mencecah 38.5c memaksa Umi membawa Iman ke Hospital…Sudahnya Iman ditahan wad selama 2 hari…dimasukkan air ke dalam badannya kerna dia menolak untuk makan dan minum…Hati ibu manalah yang tidak rawan….
Minggu ini pula umi sebok berpindah rumah…Rumah lama yang umi sewa…dindingnya ditumbuhi kulat, kesan air banjir  dalam dinding yang belum kering…Umi bimbang kulat tersebut menganggu pernafasan Iman…Mujurlah ada seorang insan yang berhati mulia sudi menawarkan rumah yang telah disewanya kepada umi..baik sungguh orang itu…walaupun dia bukan seorang Islam…..Yang penting rumah itu selamat dari musibah banjir…
Berbalik kepada tajuk en3….
Sebagai seorang ibu tentu kita mengharapkan yg terbaik buat anak-anak…tak kisahlah anak itu anak istimewa atau tidak…Iman sudah menjangkau usia 4 tahun…dah boleh masuk Tadika pun, jika dia normal…dan umi juga menghrapkan Iman diterima masuk ke Pusat Dalam Komuniti (PDK…) Tahun lepas umi kecewa kerana permohonan umi ditolak, alasannya Iman kanak-kanak Istimewa terlantar…Sukar guru-guru di PDK nak jaga dia…Iman boleh hadir tetapi dengan penjaga…Dgn cuti yang terhad, umi tak dapat menghantar Iman ke PDK, walaupun PDK itu hanya 10 langkah jer dari tmpat umi bekerja…jadi Iman hanya menerima lawatan rumah sahaja pada setiap Jumaat…walaupun kehadiran guru2 PDK on dan off…
Dan tibalah hari ini…hati umi kembali berbunga..Harapan untuk Iman ke sekolah kembali bersinar setelah kakak umi call bgtau cikgu PDK datang buat lawatan dan minta Iman didaftarkan di sekolah, sekurang2nya Iman boleh melakukan fisio setiap hari…umi juga dikhabarkan jgn risau mengenai pengangkutan kerana akan ada van yang akan datang mengambil dan menghantar Iman…
Bagaikan tidak percaya umi menerima berita gembira tersebut…benarkah???…Betulkah?? prosedur PDK sudah bertukarkah??? Tak putus-putus umi panjatkan kesyukuran…Harapan yang selama ini tggl harapan bakal menjadi realiti…umi tersedu sedan menangis kegembiraan…Hati merencana untuk membeli barang persekolahan Iman…nak beli sebuah beg yg boleh isi botol susu dan makanan Iman..seronoknya umi tidak terkata…Anak Istimewa umi dah nak pergi sekolah….
Pukul 330 petang…Umi menelefon Cikgu Liza, penyelia PDK…niat di hati ingin bertanyakan prosedur pendaftaran…Setelah bercerita maksud umi…lain pula jawapan yang umi dengar….antara bait kata yang menyentuh hati…
” Kanak-kanak istimewa seperti Iman boleh bersekolah tetapi dgn penjaga…sebab murid yg datang ke PDK hampir 30 orang…guru yang ada hanya 6 orang, nak uruskan fisio dan uruskan makanan…kami takut Aiman terbiar….” kata Cikgu Liza….
Rasa sebak menyerbu…rasa geram pun ada…kalau berita itu umi dah tahu…tak payah diulang byk kali…tetapi kenapa pg tadi cikgu yang datang tu cakap lain…kenapa memberi umi harapan palsu…Umi terasa seperti dipermainkan….Umi kuatkan hati…lambat umi bersuara dgn suara tertahan-tahan…air mata menitis laju membasahi pipi…
” kalau macam tu tak pelah cikgu…cuma pagi tadi saya dikhabarkan begitu…saya ingat kotla prosedur PDK dah bertukar…” sebak menahan tangis….
Sungguh…jiwa lemah umi benar-benar hampa…Harapan yang baru beberapa jam umi sandarkan berkecai sekelip mata…mungkin ini perancangan Allah yang umi harus terima…
Kak Insan Kerdil…kupinjam kata-katamu penguat jiwaku…
Ketentuan Allah Adalah Rahsia Allah….
 
15 Comments

Posted by on February 18, 2011 in Iman

 

15 responses to “Harapan Umi Berkecai….

  1. ieda

    February 18, 2011 at 12:39 pm

    kat PDK yg nabila pergi ni dulu ada gak student yg tak boleh berjalan.van pegi ambik kat rumah tp penjaga tak ikut ke sekolah.sekarang ni budak2 ni dah tak datang tiap2 hari.cikgu yg pergi ke rumah tiap2 khamis.sb tu nabila cuti hari khamis.tapi bila ada aktiviti2 tertentu budak2 ni dtg jg cthnya bila ada therapist dari hospital visit PDK.

     
  2. EdaManAli

    February 18, 2011 at 2:57 pm

    nama anak kite sama, kak. umur pon sama. tp bezanya Allah byk beri peluang utk dpt ganjaran pahala kt akak lebih drp saya jika akak sabar selalu dgn setiap ujianNya.

    insyaAllah, ade sinar utk Iman…
    tempat yg baik sudah ada utk dia kt 'sana' kan, kak.

     
  3. insan kerdil

    February 18, 2011 at 3:11 pm

    perjalanan kehidupan ini….meski ada yang dapat 'dibaca'…..namun sering nya tidak dapat 'ditafsir' dan 'dimengertikan'….

    sehingga lah pabila sampai ketikanya….segala nya terlerai….menjadi sesuatu yang tidak ternilai bandingan….biar dengan apapun di dunia yang fana ini…..

    atas keterbatasan….kekurangan…kelemahan seorang hamba….pengharapan diletakkan hanya pada kepercayaan dan keyakinan….terhadap Penentu…Pemilik…yang Maha Mengetahui…Maha Mengasihani….yang tidak akan sesekali memungkiri janji-Nya….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam….

     
  4. Pnut

    February 18, 2011 at 5:02 pm

    alahaiiiii sebaknya akak yg tak der kena mengena ngan iman ni baca.. boleh rasa harapan awak terhadap iman…

    ermmm ramai mat rempit buang masa je melepak, kenapalah tak kerahan tenaga depa buat kerja-kerja amal macam bantu cikgu di PDK?? ishkkk

     
  5. Pnut

    February 18, 2011 at 5:02 pm

    alahaiiiii sebaknya akak yg tak der kena mengena ngan iman ni baca.. boleh rasa harapan awak terhadap iman…

    ermmm ramai mat rempit buang masa je melepak, kenapalah tak kerahan tenaga depa buat kerja-kerja amal macam bantu cikgu di PDK?? ishkkk

     
  6. Nurul Hazira Razali

    February 19, 2011 at 12:49 am

    banyakkan bersabar yer kak…allah itu sudah jadualkan yang terbaik untuk kita..sebagai manusia bertawakal dan berusaha jua redha adalah yang terbaik…semoga akak akan lebih kuat untuk hari2 yg mendatang…akak pasto BOLEH!

     
  7. ICAZIESYIRA

    February 19, 2011 at 1:05 pm

    Sabar ye kak. Semoga ada hikmah di atas apapun yang terjadi. Suatuhari pasti, keluarga akak akan dilimpahi dengan kegembiraan. Insyaallah

     
  8. Mawar

    February 19, 2011 at 2:20 pm

    kak nani,

    Sedih, sayu, hiba, trkilan,…sgalanya brcmpur aduk mnjd 1 prasaan yg sy sndiri pun sukar utk d tfsirkn…

    Hnya doa yg mampu sy titipkn dr kjauhn ini, “ya allah, prmudhknlh prjalanan hidup Iman dunia & akhirat, aamiin, ya robbal 'aalamin”

     
  9. nuyin2u

    February 19, 2011 at 9:43 pm

    nani, klu sy gaknya dh marah / tanya balik cikgu tu, mcm mana blh ada byk2 pendapat ni, jgnla bg harapan kat org, ikut suka hati je…saman kang..(hehe tu nada marah)…nada sedar – teringat lagu maher zain, Insyaallah…ada jalanNya..

     
  10. Dila Si Mama Dzariff

    February 20, 2011 at 5:54 am

    Cheer up kak nani! Think positive…Allah ada perancangan-Nya nak bagi sesuatu yang terbaik untuk Iman dan akak..insya Allah.

     
  11. ruza

    February 21, 2011 at 12:27 am

    Assalam,

    Sebenarnye saya agak pelik….adakah setiap PDK mempunyai polisi yg berbeza2. Sbb PDK Haziq boleh terima anak yg spt Haziq – terlantar & tidak boleh wat ape. Cuma tgh dtg ambiklah. Malah cikgu di PDK alu2kan kalau ibu bapa x dpt bwk anak dgn tinggalkan anak mrk di PDK. Sbb utk perjalanan fisio anak & utk anak tersebut dpt bhgn wang yg kerajaan peruntukan RM150 sebulan jika hadir ke PDK.

    Malah kalau Haziq x hadir mrk merasa kecewa. Sbb di PDK kami kanak2 yg hyper @ downsindrom diasingkan dr kanak2 yg terlantar. Cikgu kami pun x ramai juga.

    Walau ape2 pun bersabar ye…

     
  12. Azma

    February 21, 2011 at 2:41 am

    mungkin cikgu yg datang tgk iman tu rasa bertanggungjawab utk memastikan iman dapat belajar di PDK agaknya tapi penyelianya tak mahu kot kak nani.. (bukan bersangka buruk tp tak kan la cikgu tu suka2 bagi cadangan kan..).
    Apapun2, sabar ye kak.. mgkin bkn rezeki Iman lagi..

     
  13. Yana@Noni

    February 21, 2011 at 7:22 am

    Ya Allah…bantulah kami ibu-ibu yg punya anak-anak istimewa ini…permudahkanlah segala urusan kami….apa yg kami pinta hanyalah kebahagiaan untuk anak-anak kami…semoga ada sinar dalam kehidupan mereka..aaaamin..

     
  14. Tika

    February 23, 2011 at 3:22 am

    saya jadi pelik tau kak, ada PDK boleh tanpa ibu bapa, ada yang perlu ibu bapa. Saya pun bermasalah cuti macam akak. Kalau hantar orang lain pun kena juga berhantar berambik. Susah juga nak cilok² keluar pejabat.

    Saya rasa, kena call JKM tanya betul² hal PDK ni… dan bagitahu anak kita bermasalah sekian². Tanya mereka, kenapa tak boleh masuk kelas?? Takkan JKM nak biar anak akan begitu saja kan tanpa latihan terapi yang insentif? Akak kena bertindak kak, kita usahakan walau susah. InsyaAllah Allah permudahkan…aminn

     
  15. Afiq Danial Mom

    February 23, 2011 at 2:05 pm

    menitis air mata saya baca blog akak…semoga dipermudahkan..

    p/s:saya nak tanya gak,kalau anak yg pekak,diterima tak kat PDK..kalau terima mcm mane nak mohon..maaf tanya..sbb saya tak tau nk tanya sapa…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: