RSS

Alhamdulillah….Syukur Padamu Ya Allah…..

24 Feb
Melihat Rancangan Bersamamu semalam…
Hati umi benar-benar tersentuh…
Umi seolah-olah dikejutkan dari keresahan yg panjang…
Umi mendapat satu semangat baru…
Umi baru tersedar dari lena yang panjang..
Selama ini…
Umi terlupa akan kesusahan orang lain..
Umi hanya mengenangkan kesusahan yg umi lalui..
Namun semalam…
Air mata umi menitis…
Kuatnya ibu itu…
Menatap anak yg merengek kesakitan sepanjang hari…
Mendengar dan menontonnya juga sudah cukup menghiris hati..
Umi kagum dengan ketabahan ibu hati…
Umi ingin jadi sepertinya..
Yang mempunyai hati seteguh karang..
Detik itu juga…
Umi dakap Iman erat…
Dia tersenyum manis menatap wajah umi…
Ya Allah…
Ampunkan aku…
Sepatutnya umi harus lebih bersyukur…
Iman masih lagi mampu tersenyum buat umi…
Iman masih mampu mengengsot dan meletakkan kepalanya di ribaan umi…
Iman masih mampu ketawa mengekek tatkala umi bergurau dengannya…
Biarlah dia tidak sempurna…
Biarlah dia tidak mampu berjalan…
Umi mahu lupakan kekurangan itu…
Umi mahu manfaatkan semua kebolehan yang Iman ada…
Umi mahu menikmati dunia yang indah besamanya…
Bersama Mira dan Kak Long…
Dan sesungguhnya…
Umi cukup bahagia dan bersyukur…
kerana umi masih berpeluang memeluk mereka…
Menatap wajah mereka di kala mereka tidur…
Membisikkan di telinga mereka…
Bahawa…
Kehadiran mereka dan cukup membahagiakan hidup umi…
 
7 Comments

Posted by on February 24, 2011 in Luahan

 

7 responses to “Alhamdulillah….Syukur Padamu Ya Allah…..

  1. Yasmin Nabilah..

    February 24, 2011 at 3:03 pm

    Ya kak..kita masih berpeluang memeluk mereka..
    Moga kita terus diberi pinjam amanah Allah ini..Amin…

     
  2. insan kerdil

    February 24, 2011 at 3:13 pm

    pabila perjalanan hidup ini teruji dan diuji….meski ada ketika tersasar……sehingga tidak nampak….selain kesakitan….kesabaran yang sudah sampai ke kemuncak nya….

    namun pabila sedar akan hakikat…..tiap sesuatu itu ditentukan oleh….Penentu….Pemilik…yang Maha Mengetahui….Maha Menyayangi….semua nya itu akan tertolak ke tepi….sehingga kan yang terbit adalah kekesalan….disebabkan oleh kelemahan serta kekurangan….seorang hamba….

    sesungguhnya Dia tidak akan sesekali memungkiri janji….

    semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat buat yang teruji dan diuji….dalam menuju redha Ilahi…

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  3. Mawar

    February 24, 2011 at 8:35 pm

    kak nani,

    alhamdulillah, syukur kerana akak seolah2 “trsedar” & masih mampu trsenyum

    salam sayang buat kak long, mira & iman…yg sntiasa mnceriakan hari2 akak

     
  4. Rizziela

    February 25, 2011 at 1:16 am

    Anak-anak penyeri hidup kita …

     
  5. mrs_zura

    February 25, 2011 at 2:12 am

    saya pun nagis tgk Bersamamu ritu…sedih..

     
  6. Yana@Noni

    February 25, 2011 at 9:37 am

    saya pn menitis airmata kak bila tgk keadaan anak tu…rasa sebak sangat tgk dia…yerlah dgn keadaan tubuh badannya yg terhad sgl pergerakannya…betapa kuat & tabah si ibu…moga mereka skeluarga sentiasa dilindungi Allah hdknya..aaamin

     
  7. Azma

    February 25, 2011 at 11:41 am

    Semoga ibu2 anak istimewa terus belajar utk hidup gembira dgn kurniaan yg istimewa ini..

    dan semoga kita semua terus tabah..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: