RSS

Murahnya Nilai Kasih Seorang Bapa….

05 Mar
Lihatlah jernih mata anak-anak ini….
Apakah salah mereka…
Kenapakah mereka disisihkan…
oleh seorang insan yang mengaku dirinya seorang bapa….
yang mengaku dirinya kasih dan sayangkan anak-anak ini…..
Umi seboleh mungkin menahan diri untuk menulis en3 sebegini….
Namun hari ini umi agak emosi….
Umi tidak marah dan berkecil hati…
Itu pilihan si bapa…
Untuk melangsungkan perkahwinanya pada hari ini….
Tetapi…
Umi terkilan…
Kenapa anak-anak umi disisihkan…
tidak layakkah anak-anak umi untuk berkongsi saat gembira si bapa…
Tidak bermaknakah hati anak-anak umi ini…
tidak ada kena mengenakah anak-anak umi dgn hadirnya seorang isteri baru
sekaligus merangkap seorang ibu tiri kepada anak-anak umi….
Ya…anak-anak umi masih kecil…
Keputusan mereka tidak perlu diambil pusing…
Tetapi kenapa mesti berbohong…
“Abi ada kerja…nanti abi call balik yer “
Sms dari seorang bapa kepada si anak…tatkala si anak hanya ingin mengucapkan
Selamat Pengantin Baru Abi….
Sudahlah tidak dijemput untuk memberikan ucap selamat juga tidak berpeluang….
Hati ibu mana yg tidak luluh…
bila seorang anak berusia 8 tahun yg umi jangka tidak mengerti bertanya…
” kenapa abi tak ambik kak long dgn adik2…abi dah tak sayang kami ker? “
Soalan itu tak dapat umi jawab…umi cuba menyelami jiwa anak kecil itu….
Umi sebak melihat ada air mata yang bergenang di kelopak matanya….
Yang umi dapat simpulkan….betapa murahnya kasih bapanya terhadap anak-anak ini….
terhadap anak-anak umi….
Buat lelaki itu atau kroni lelaki itu, jika ada yg membaca coretan ini….
Hubungan darah ini takkan putus…Lakukanlah sesuka hati kalian…umi redha…
Namun ingatlah anak-anak ini akan membesar..
suatu hari nanti mereka akan bertanya kenapa mereka dsisihkan…..
Dan tika mereka berakal untuk memilih…jangan salahkan umi jika abi mereka bukan pilihan….
Wassallam….
p/s : Minggu depan kenduri kat rumah Wan…tapi anak-anak umi juga tidak dijemput…
Malu agaknya apatah lagi anak-anak umi terdiri dari seorang anak istimewa…..
apa pula kata belah pengantin perempuan…
 
15 Comments

Posted by on March 5, 2011 in Luahan

 

15 responses to “Murahnya Nilai Kasih Seorang Bapa….

  1. Yana@Noni

    March 5, 2011 at 8:26 am

    Sedih saya bila baca entri akak ni..kalau saya berada di kedudukan mereka sekarang ini akan merasa betapa si bapa itu mementingkan dirinya sendiri @ lebih mementingkan kebahagiaan sendiri…biarlah kak..pujuklah hati anak-anak … gembirakan mereka sesungguhnya kasih ibu itu kekal abadi untuk selama-lamanya…semoga Allah sahaja dapat membalasnya…:-((“”

     
  2. Dila Si Mama Dzariff

    March 5, 2011 at 9:40 am

    Aduh kak nani…
    tak apa la kak. bawak budak-budak ke JB jom! duk rumah dila…kita pegi zoo and waterpark next week nak? papa dzariff pun nak ke kuching 2-3 hari. boring takde orang..jomlah!

     
  3. insan kerdil

    March 5, 2011 at 10:26 am

    betapa indah dan damai nya alam ini….pabila setiap satu daripadanya kembali kepada fitrah kejadian…..

    namun pabila ianya tidak berlaku sedemikian….menyaksikan hanya putaran ujian….mengikut yang telah ditentukan oleh-Nya……

    pabila berbicara tentang hati…..perkaitan makhluk bukan jaminan pada darah….bukan kerana dilahirkan oleh orang yang sama…..dibesarkan oleh orang yang sama……di bawah bumbung yang sama……bukan jua pada yang melihat….dan yang mendengar…..namun pada hati yang punya jiwa….

    buat mereka yang menafikan….nantikan sahaja….pabila bertemu nya 'buku dengan ruas'…..kerana di situ lah akan ditemui 'kefahaman'….pada yang tidak pernah berlapang dada…..dan sering memanipulasi….sehingga ketika sampai nya waktu 'pengadilan' kelak…..

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah….

    wallahu'alam…

     
  4. zura_habib

    March 5, 2011 at 1:10 pm

    sabar ye kak nani..tergamaknya dia…

     
  5. Mawar

    March 5, 2011 at 1:49 pm

    kak nani,

    adakalanya kita jg prlu mganggap diri kita sbg org lain utk lebih memahami sesuatu keadaan…

    mungkin kalau kita d tpt dia (abinya) mungkin kita jg akan melakukan prkara yg sama

    doakan yg trbaik buatnya, serahkan segalanya pd ALLAH Yang Maha Mengetahui, akan dtg ketenangan itu, insyaallah

     
  6. Azma

    March 5, 2011 at 4:00 pm

    Sabar ye kak.. Biarla dia dgn dunia baru dia. Akak hepi2, tenangkan jiwa ngan anak2 kay!!

     
  7. EdaManAli

    March 5, 2011 at 4:41 pm

    biarlah kak, jgn difikirkan lg…buat hati b'tambah pilu…

    sedaya upaya gembirakan anak2 akak tu…biar mereka pon turut sama xb'kecil hati atau t'luka…

    dia xendah xmengapa, bukankah akak sorang dh memadai utk mereka…

     
  8. insan kerdil

    March 5, 2011 at 11:54 pm

    ummi Iman…
    harap dapat tengok e-mail ye….:)

     
  9. Anonymous

    March 6, 2011 at 5:06 am

    kak, saya geram baca entry ni! Rasa nak jerit kuat-kuat “LELAKI TAK GUNA!!”

     
  10. Yasmin Nabilah..

    March 6, 2011 at 6:34 am

    Geram..rasa marah bila anak2 akak diperlakukan begitu…
    Kak setiap org ada turun naik nya..takpe..ini masa dia..nanti akan tiba masa dia ke 'bawah' nanti.Sabar yek kak..Ina tahu akak seorang ibu yang kuat semangat.Kuat demi anak-anak..
    (rasa nak peluk akak sekarang nih…:(

     
  11. Anonymous

    March 6, 2011 at 10:35 am

    jgn menuduh melulu kalau tidak tahu hujung pangkalnya…
    Kerana kasih kerana sayang si bapa membuat demikian…
    anak-anak sudah mengenali namun tidak diketahui orang itulah yang menjadi ibu tirinya…
    sudah beramah mesra, sudah bergurau senda…
    perancangan sudah diatur untuk kesekelian kalinya…
    malah yang saya ketahui…
    pendamping hidupnya kini adalah yang TERBAIK pendamping anak-anaknya…
    Sekian… TQ

     
  12. ieda

    March 6, 2011 at 12:44 pm

    macam nanie kata…pada diri kita ni tak kisahlah.sb kita boleh faham.tapi pada anak2???susahnya nak terangkan situasi mcm ni.moga anak2 dapat menerima keadaan seadanya (saya sedih..kesian budak2 tu)..

    kata suami saya (pendapat sbg seorg lelaki)…”bodohlah lelaki itu kalau dia meninggalkan isteri & anak2 tambah2 lg anak istimewa kalau semata2 sb nakkan perempuan lain atau rasa terbeban dgn anak istimewa tu”.

     
  13. Anonymous

    March 6, 2011 at 2:23 pm

    Mahunya sy berckap di sini.. meluahkn segala-galanya.. tp utk apa.. bukankan berdiam itu lebih baik dr mencanang fitnah sesuka hati.. yg sy mahu ingatkan.. x perlulah trima sebulatnya apa yg di bicarakan..hya satu perasaan x puas hati yg di tokok tambah..ingat..sebelah pihak lg juga seorg manusia.. yg ada persaan..yg ada cerita dukanya yg tersendiri.. cukuplah.. ingatlah semula perhubungan yg pernah terjalin.. x perlulah lg di jaja semua yg melibatkan keluarga..Allah itu lg mengetahui!!

     
  14. Kerikil Kehidupan

    March 6, 2011 at 3:25 pm

    Terima kasih kepada semua…

    Kepada 2 anynumose yang tidak diundang juga terima kasih…kerana saya tidak perlu bercerita banyak…biarlah pembaca kerikilkehidupan menilainya sendiri…

     
  15. amnikhassim

    March 8, 2011 at 9:07 am

    kak nani… saya tau serba sedikit.. sabarlah hatii.. sabarlah ye.. Semoga ada ganjarannya buat akak n anak2 di sisi ALLAH..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: