RSS

Kalau Kuturutkan Hati Yang Marah….

06 Mar
Salam siaran semua…terutama kepada pembaca setia KERIKILKEHIDUPAN…Maafkan saya sekiranya kalian kurang senang dgn apa yg sedang berlaku di blog saya…
Seperti yg sudah saya jangka inilah yang akan berlaku kepada blog saya jika saya menyentuh mengenai lelaki itu…Pasti ada kroninya yang melenting dan mengaruk di sini…
Saya sudah bersedia…saya telah pun memikirkan risikonya sebelum saya menulis en3 Murahnya Nilai Kasih Seorang Bapa…
Jika dulu dgn en3 mengenai kereta lelaki itu sendiri yang mengaruk di sini…kali ini adik-adiknya pula…Sila baca komen di bawah…
Anynumouse pertama :
Mahunya sy berckap di sini.. meluahkn segala-galanya.. tp utk apa.. bukankan berdiam itu lebih baik dr mencanang fitnah sesuka hati.. yg sy mahu ingatkan.. x perlulah trima sebulatnya apa yg di bicarakan..hya satu perasaan x puas hati yg di tokok tambah..ingat..sebelah pihak lg juga seorg manusia.. yg ada persaan..yg ada cerita dukanya yg tersendiri.. cukuplah.. ingatlah semula perhubungan yg pernah terjalin.. x perlulah lg di jaja semua yg melibatkan keluarga..Allah itu lg mengetahui!!
Anynumouse kedua :
jgn menuduh melulu kalau tidak tahu hujung pangkalnya…
Kerana kasih kerana sayang si bapa membuat demikian…
anak-anak sudah mengenali namun tidak diketahui orang itulah yang menjadi ibu tirinya…
sudah beramah mesra, sudah bergurau senda…
perancangan sudah diatur untuk kesekelian kalinya…
malah yang saya ketahui…
pendamping hidupnya kini adalah yang TERBAIK pendamping anak-anaknya…
Sekian… TQ
Sebagai manusia yang punya hati…saya juga punya rasa marah…mengapa perlu menulis di sini dan melenting andai apa yang saya tulis tidak benar…mengapa perlu rasa sakit hati…tetapi saya tidak mahu memanjangkan bicara ini…Mujurlah terniat membuka email…dan balasan email dari Kak Insan Kerdil memadamkan api kemarahan di hati saya…membunuh hasutan syaitan yang menyeru-nyeru emosi saya….
Antara kandungan email Kak Insan Kerdil….. 
meski pun sering nya insan yang teruji dan diuji……dikelilingi oleh ‘mereka’ yang   seringkali tidak berlapang dada…..membiarkan….dan tambah menyemarakkan lagi hasad dengki….ego….di hati ‘mereka’…….dengan terus2an menyanggah….menghalang…….
dan ada ketika nya menjadi semakin ‘galak’ meneruskan….hanya disebabkan hati mereka begitu ‘sakit’ menyaksikan……ketahanan hati insan yang teruji dan diuji…….masih berupaya melangkah menongkah arus……mendaki satu demi satu anak tangga……untuk membina impian…..kekuatan……dalam menuju redha Ilahi……
berlepaslah kepada Allah S.W.T……dan biar kan sahaja Allah S.W.T yang mengadili……pada tiap kata….pada tiap perilaku mereka…..
Dan saya berpegang pada kata-kata yang terakhir itu….DAN BIARKAN SAHAJA ALLAH YANG MENGADILI…PADA TIAP KATA…PADA TIAP PERILAKU MEREKA….
Sesungguhnya…Saya serahkan segala-galanya hanya pada DIA….
malah yang saya ketahui…
pendamping hidupnya kini adalah yang TERBAIK pendamping anak-anaknya…
Benarkah??? Tahukah pendamping baru itu keluh kesah anak ini…
duka lara di hati anak ini…
Sungguh…hati umi menangis….
Berkahwinlah…bergembiralah…namun jangan ditarah kembali luka yang telah ada…
Wassallam…
 
13 Comments

Posted by on March 6, 2011 in Luahan

 

13 responses to “Kalau Kuturutkan Hati Yang Marah….

  1. shaliza

    March 7, 2011 at 1:44 am

    Salam Kak Nani,
    Semoga akak tetap kuat bersama 3 permata hati, hanya insan yang bergelar ibu shj yang tahu perasaan itu…kpd pihak sana jangan nafikan hak ibu.

     
  2. Anonymous

    March 7, 2011 at 2:14 am

    kak, saya mmg marah pada lelaki itu. betapa senangnya kan dia. tinggalkan akak, tinggalkan anak2 yg tiga itu! KAWIN LAIN! Mmg sangat bijaklah kan. HAMPEH!! Tak patut. Sepatutnya, dia sedar bahawa anak2 yg tiga itu perlukan ayah dan ibu kandung untuk bela dan jaga mereka! bukannya dengan cara carikan pengganti ibu kandung mereka!!! dulu masa saya tahu akak bercerai, saya mmg berharap agar lelaki ini menilai diri dan tersedar kesilapan dia..dan saya pernah berharap kalian berdua rujuk kembali demi sebuah keluarga, anak2 esp iman tu. tapi, rupanya dia KAWIN LAIN!! Huh, saya berasap! Pada saya, dia tak patut buat demikian. Haih, dunia-dunia….

    Banyak lagi nak luahkan perasaan sebenarnya. Tapi macam tak elok pula menulis banyak2 disini. Saya harap akak dapat meneruskan kehidupan kearah yang lebih baik selepas ini. Namun saya faham, bukan senang nak menguruskan 3 orang anak bersendirian. Saya juga punya anak2, mmg tak tergalas rasanya kalau menguruskan segala2 sendiri. Saya doakan akak berjaya mengharungi hari2 yang mendatang. Insyallah.

     
  3. ieda

    March 7, 2011 at 3:32 am

    bukan mudah untuk menyayangi anak yg bukan darah daging sendiri.saya bercakap dari pengalaman.memiliki anak tiri yg kita tidak kenali pesonalitinya secara mendalam bukan suatu yg mudah.sgt banyak ujian & kesabaran yg perlu ada.
    nanie juga perlu lebih kuat utk menghadapi semua ini kerana hidup anak2 akan mula berubah dengan kehadiran ibu tiri mereka.
    paling baik pada akak adalah….be neutral.always berkata yg baik ttg ibu tiri mereka & bapa mereka kpd anak2 nanie.tapi sentiasa peka dgn perubahan tingkahlaku anak2.not being suspicious just cautious.

    no one has an easy life in this world but we can make it wonderful if we want to.

     
  4. Mawar

    March 7, 2011 at 4:27 am

    kak nani,

    walaupun tdk prnh brtemu mata, adakalanya sy rasa kita brdua begitu dekat…sahabat yg boleh brkongsi segala kedukaan ini….

    begitu berat dugaan yg kak nani lalui selama ini, dan rasanya brtambah berat bila “keadaan ini” brlaku

    sy faham perasaan kak nani d saat ini

    saya doakn yg terbaik buat akak & anak2 (hanya ini yg sy mampu kak)

    sukarnya akak melalui segalanya ini…sndirian. kalau akak dekat sini (brjiran), rasanya skrg juga sy akan brtemu mata dgn akak, mmbantu mengurangkn bebanan akak

    bykkn istighfar kak, renung mata anak2, di situ akak akan temui kekuatan akak, insyaallah

     
  5. Yasmin Nabilah..

    March 7, 2011 at 7:43 am

    kepada encik/puan/cik anony.

    kami yang dok komen ni tahu apa yang baik dan buruknya. Kami boleh nampak sapa yg salah..sapa yg benar. jadi kalau rasa tak suka dgn entry2 dlm blog ini..jgn sibuk nk baca. dan saya tahu jika pihak “sana” benar sekalipun..dia tak sepatutnya melakukan semua itu sejak dulu lagi. pihak sana yang buta hati….

    kak nanie..ina mintak maaf.sebab terasa sgt dgn apa yg dorang tulis. dan tak patut mereka menyalahkan akak.

     
  6. Yana@Noni

    March 7, 2011 at 8:01 am

    itulah dia kak….selagi mereka tidak melalui ranjau kehidupan seperti akak..mereka-mereka hanya mampu berkata-kata yang bukan sahaja melukakan hati kita malah tak terkata kesannya di sanubari…biarla kak…ini semua hanya ujian dunia.Saya berdoa moga akak & anak-anak tersayang akan menemui kebahagiaan yang lebih abadi berbanding dengan si Dia…lelaki yang mudah mencari pengganti..moga penggantinya itu mampu menjadi penyabar & penyayang seperti akak…rasanya setakat ini akaklah wanita yang paling tabah & sabar yang saya kenali..moga Allah senantiasa melindungi akak sekeluarga..aaaamin

     
  7. Anonymous

    March 7, 2011 at 8:59 am

    Pergi jauh.. itulah ayat yg mjdi mainan selama ni..menyisih.. menghalau..menjauhkan… siapa yg memutuskan silaturrahim..siapa yg menjauhkan kasih syg ank2 pd bapanya..kasih syg seorg cucu pd nenek & wannya..ibu saudara & ayah saudaranya..spupu2nya..yg slama ini sygnya tidak pernah berbelah bahagi..tp syg.. nilai kasih syg kami pd kalian sudah seperti nilai seorg pengemis..kesal.. kenpa yg itu jd pertikaian.. mudahnya menuduh sedemikian rupa.. menulis membuta tuli..sedang diri sendiri tahu mana yg hakiki..tepuk dada tanyalah iman..

     
  8. rose

    March 7, 2011 at 2:37 pm

    assalamualaikum kak..
    Tersenyum sinis smbil menahan perasaan nk muntah bile bc komen kroni insan yg pernah bergelak ketawa dgn akak dulu.
    Pendamping terbaik..huh..maaf jika sy katekan khas buat si kroni yg pastinya membc komen ini..”Kepala hotak kau”. Xperlu nk menutup pekung kalo dh tertanyata bersalah.Wlau ape jua alasan,tak perlu menafikan ape yg benar..iaitu x mengajak,menjemput darah daging sendiri ke hari bhg..jgn nk berikan ape jua alasan kerna hanya org yg xde hati perut sahaje yg boleh terima..kalo sang pengantin x sempat nk mengambil anak2x,x kan mane2 kroni pun x de yg menawarkan diri nk amik.malah,kroni yg sebelah lg pun boleh tlg kan..so..dont u guys ever blame this strong women..
    P/s: Kak Nani,Allah sahaja yg mengetahuiNYA kak..Kuatkn dirimu..Kerna dugaan wlau perit..seksa..namun jika kita Redha..insyaALLAH,Syurga menanti..🙂

     
  9. Anonymous

    March 7, 2011 at 4:16 pm

    anonymous Monday, March 07, 2011

    jika tu yang diperjuangkan….jangan berputus asa ye dik….sebab orang yang 'beriman' akan sentiasa berusaha sedaya upaya….jiwa raga….diserahkan semata2 untuk perjuangan……ingat ye dik….sentiasa lah memaafkan walaupun adik da jadi macam 'pengemis' hanya untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi daripada pihak adik yang memberi….

    jangan peduli 'semua kata nista berupa fitnah yang dilempar' sebab adik kan di pihak yang 'benar'….jadi jangan lah 'tergugat' dengan 'penangan' yang tak seberapa ni…..

    semoga adik akan terus memperjuangkan 'hak'…'tanggungjawab'…walau apa 'rintangan' sekalipun….walaupun tak seberapa ni…untuk bapanya..kasih syg seorg nenek dan wan pd cucu nya..ibu saudara & ayah saudaranya..spupu2nya….tanpa mempertikaikan….menafikan juga hak seorang ibu kandung…..

    bak kata adik “sedang diri sendiri tahu mana yg hakiki..tepuk dada tanyalah iman..”

     
  10. Pnut

    March 8, 2011 at 3:28 am

    Nanie-bertabahlah…

    hati terluka kita saja yang merasainya.. akak terkesan sekali dengan laluan hidup nani dan anak-anak.. pedih dan pilu..

    apa pun yang berlaku, kalau bapa budak-budak ni hendak kawen lain pun, biarlah itu hak dia, tapi doa akak, agar kasih sayang dia terus subur dihati dia, janganlah bila ada anak-anak baru nanti, mereka jauh.. jangan lah itu berlaku, sedihnya, sebak betul la.. sabar ye nanie…

     
  11. insan kerdil

    March 8, 2011 at 4:58 am

    betapa indah dan damai nya alam ini….pabila setiap satu daripadanya kembali kepada fitrah kejadian…..

    namun segala yang berlaku….yang telah ditentukan….adalah hak milik mutlak Penentu….

    meski ada makhluk menerima….atas dasar percaya dan yakin…..pada tiap ketetapan-Nya…..meneruskan kehidupan dengan memilih untuk berbaik sangka dengan-Nya…..

    ada juga makhluk yang lebih cenderung mencari sebab musabab untuk melepaskan kebertanggungjawaban…..dan seterusnya mempertikaikan sesuatu atas nama 'hak' sedangkan dalam masa yang sama menafikan sama sekali hak makhluk yang lain….

    semua nya itu adalah sesuatu yang perlu dilepaskan kepada Allah S.W.T….yang Maha Adil…..

    memberi reaksi akan sesuatu perkara yang mengambil masa untuk menerima…..dengan sama sekali tidak mempertikaikan ketentuan-Nya….adalah semata2 kelemahan serta kekurangan seorang hamba yang sedayanya akan tetap berusaha menjadi hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T……

    namun ianya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mempertikaikan hak mutlak Penentu….

    semoga tiap hati yang teruji dan diuji…..diberikan petunjuk…panduan….agar menyerahkan segala2nya kepada yang Maha Mengasihani….Maha Mengetahui….untuk mengadili…

    dan Dia tidak akan sesekali memungkiri janji…..tidak akan sesekali menzalimi….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah….

    wallahu'alam….

     
  12. Anonymous

    March 8, 2011 at 5:02 am

    sabarlah Pn. Nanie…sy bagai dpt merasakan pedihnya hati Pn. Nanie tatkala ini. Sangat2 rasa terkesan dan sedih. Semoga Allah kurniakan segala rahmat dan kebaikan utk Pn. Nanie sekeluarga.

     
  13. Siti Azlina

    April 1, 2011 at 8:34 am

    subhanallah.. sungguh terharu saya membaca kisah akak dgn anak2.. saya juga ibu tunggal yang ditinggalkan tanpa apa2 nafkah kehidupan.. alhamdulillah berkat kesabaran saya kini bangun berjuang untuk anak2.. semoga ketabahan akak menjadi inspirasi kepada saya untuk terus maju kehadapan membina keluarga yang berjaya.. insyaallah.. semoga akak dirahmati ALLAH sampai akhir hayat akak dan anak2.. amin

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: