RSS

BAHAGIA…DAN MEMBAHAGIAKAN….

02 Apr

Detik Bahagia Kami…..



Bahagia bila anak ini terus sihat dan tertawa riang ….



Merekalah KEBAHAGIAAN saya…..

Salam siaran semua…
semoga pembaca setia Kerikilkehidupan sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa…
Terima kasih kerna sudi singgah di dunia kecil saya….
“JADILAH ORANG YANG BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN…” Memetik kata-kata Prof. Dr. Muhaya…Dalam program Dari Mata Ke Hati…sangat2 terkesan di jiwa saya….
Namun ada juga kata-kata tentang BAHAGIA yang saya tak boleh lupakan sehingga kini…Dari seseorang yang dulunya begitu dekat di hati saya….
“Selama lapan tahun saya hidup dengan awak….saya tidak pernah bahagia…..”
Sungguh…saya tidak mampu mengenang saat ayat itu dilafazkan…air mata pasti bergenang…Oh…kenangan…berlalulah pergi…biarlah kenangan pahit itu ditelan masa dan saya tak mahu mengenangnya lagi….
Berbalik kepada persoalan bahagia tadi…
Jika ditanya kepada ramai orang…apa impian mereka dalam kehidupan…pasti ramai yang menjawab, mereka ingin mencari kebahagiaan…Begitu jugalah dengan saya…Namun bahagia yang bagaimana…terpulanglah kepada impian masing-masing…ada yang ingin bahagia dengan mempunyai harta yang banyak…menjadi CEO di syarikat ternama…ada juga yang ingin bahagia dengan punya isteri yang cantik dan bergaya…Terasa bangga bila berjalan di sampingnya…bukan isteri yang gemuk…berpakaian bak hantu bungkus…ada juga ingin bahagia dengan anak yang ramai…cucu cicit yang riuh rendah dan sihat-sihat belaka…
Tapi bagi saya…cukuplah saya bahagia dengan anak-anak yang sentiasa ada di hati saya…anak-anak yang menghadiahkan senyuman tatkala saya keletihan…anak-anak yang mengerti duka lara di hati saya…Biarlah kami tidak kaya…kerna bagi saya kekayaan itu belum tentu menjamin bahagia…Saya ingin melalui kehidupan harian saya dengan seribu kebahagiaan…Biarlah beribu ujian yang datang…dengan hati yang bahagia saya yakin ujian demi ujian, itu pasti berlalu jua….
JADILAH ORANG YANG BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN….
Ye…seboleh mungkin saya mahu membahagiakan anak-anak saya…saya mahu mengisi lompang-lompang kosong di hati mereka…saya mahu mereka tidak merasa kurang apa-apa…Mereka selesa menjalani kehidupan seharian mereka…dan yang paling penting saya mahu didik mereka dengan ilmu di dada, agar mereka bukan sahaja berakhlak mulia tetapi juga menjadi insan berguna di dunia dan akhirat…Tanyalah kepada ibu-ibu…pasti itulah harapan mereka…
Apa lagi yg membahagiakan…bila anak yang dilahirkan membesar sihat di depan mata….Biarlah tidak sempurna…biarlah mempunyai seribu ketidakupayaan…Namun saya pasti dengan janji Allah bahawa pasti ada bahagia yang menanti di sana…Aminnn….
Teringat pesanan seorang sahabat yang sentiasa bersama-sama saya…dialah saksi perjuangan saya…Dialah saksi penderitaan saya…dan dia jugalah kekuatan saya….Tak jemu-jemu meniupkan semnagat tatkala saya rebah…agar saya bangkit dan berjuang….demi anak-anak saya…
” Hidup kita ini adalah pinjaman sahaja…segala kepedihan dan kesengsaraan yang dilalui hanyalah bersifat sementara…semuanya tidak akan kekal…Yang kekal hanyalah kehidupan kita di akhirat sana…Anggaplah apa yang berlaku hanyalah watak-watak dan adegan-adegan sampingan sahaja di pentas dunia ini…yang paling penting…lengkapkan diri…agar kita punya bekalan yang cukup untuk hidup BAHAGIA di SANA….”
Doa saya…agar BAHAGIA itu milik kita selamanya…Ameen…..

Semoga ANDA yang membaca juga berbahagia…..Terima kasih…..

 
8 Comments

Posted by on April 2, 2011 in Luahan

 

8 responses to “BAHAGIA…DAN MEMBAHAGIAKAN….

  1. insan kerdil

    April 3, 2011 at 6:24 am

    pabila sesuatu itu telah 'diputuskan'…..sewajarnya perjalanan kehidupan yang diteruskan….biar pun masih lagi membawa sebahagian 'cerita'…..namun yang sebahagian lagi….tidak lagi perlu 'diakhiri' dengan perilaku yang 'menyakitkan'……

    biar pun ada ketikanya….dalam proses 'pemulihan'…yang diperlukan adalah 'waktu'….namun pabila mendepani kekurangan serta kelemahan…..yang saling membezakan di antara makhluk…..adalah dalam menerima….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  2. Bicara hati ibu aisya

    April 4, 2011 at 3:26 am

    Amin…;)
    Semoga kita sama-sama bahagia dan membahagiakan.Be strong kak.Yang berlalu biarkan pergi.Akak teruskan kehidupan bersama ank2.Pandang ke depan dan teruskan langkahan.Insyaallah..kebahagiaan sedang menanti akak dan anak2.

     
  3. Bicara hati ibu aisya

    April 4, 2011 at 3:26 am

    Amin…;)
    Semoga kita sama-sama bahagia dan membahagiakan.Be strong kak.Yang berlalu biarkan pergi.Akak teruskan kehidupan bersama ank2.Pandang ke depan dan teruskan langkahan.Insyaallah..kebahagiaan sedang menanti akak dan anak2.

     
  4. Pnut

    April 4, 2011 at 6:27 am

    Bahagia itu milik kita, kita yang ciptakan kebahagiaan itu, dengan cara kita sendiri macam mana…

    Insya-Allah kalau kita create bahagia, kita akan bahagia..

    p/s org yang kata selama 8 tahun kawen tak pernah bahagia tu, nampak beno menipu.. takkan takder sehari pun dia bahagia? takkan saat sama-sama bersanding, saat tau isteri hamil, takkan sekelumit pun tak hadir rasa bahagia dia, kalo nak berkata-kata pun agak-agak la… ampeh la…

     
  5. nuyin2u

    April 4, 2011 at 8:06 am

    saya pun suka program mata ke hati tu..bahagia..bahagianya jika bebas dari hutang piutang..

     
  6. Mawar

    April 5, 2011 at 12:39 am

    kak nani,

    sama2 kita doakan yg trbaik utk kita & keluarga ya kak

    apa2 yg kurang mmbahagiakn tu kita biarkn ianya brlalu, jgn diingat walau sesaat pun ya kak nani

     
  7. Siti Azlina

    April 9, 2011 at 2:50 am

    “Alif Lam Mim. Patutkan manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman'; sedang mereka tidak diuji (dengan suatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al Ankabut: 1-3)

    ct doakan kan akak kuat untuk hari ini, esok dan selamanya.. insyaallah

     
  8. anne

    December 2, 2012 at 5:20 am

    Anak adalah anugerah yg terindah..jika mereka bahagia,kita pn bahagia,semestinya kita inginkn yg trrbaik utk mereka..jom ke blog sy,kita sama2 kongsi ilmu ke arah hidup yg lebih sihat..www.mysufisecret.blogspot.com

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: