RSS

LANGKAH DEMI LANGKAH….

06 Apr
Gambar terlalu kecil…save dari fb…tak blh nak connect blootooth dari hp…
windows baru…cable hp rosak kena banjir…huhu..nak tgk gmbar besar kat fb yer..
itupun reload guna hp…

Alhamdulillah…syukur yang tak terhingga umi panjatkan….
Gambar ini diambil sewaktu sesi fisioterapi petang semalam….
Sebenarnya dah banyak kali terapist Iman, Azrin… nak guna roletter ni…but masalah tangan Iman yang agak bengkok dan stiff menyukarkan dia untuk memegang palang…
Jadi terapi berjalan menggunakan roletter tu terpaksa diberhentikan buat seketika…
Namun semalam dengan bantuan empat orang pelajar praktikal KLMU, 
Iman dapat menjalani terapi berjalan itu dgn baik…Setelah membuat streching…dan terapi booster….
Alhamdulillah walaupun agak mengantuk, waktu terapi time tido…..
Iman mampu memberikan kerjasama yang baik…
Mungkin melihatkan ramai kakak-kakak dari KLMU yg ceria dan pandai mengagah Iman membuatkan dia seronok…yerlah 5 orang entertaine sorang patient..
.hurmmm…anak teruna saya pun bukan main seronok no….
Umi pun agak teruja melihatkan kesungguhan Iman…
Pada mulanya dia agak takut-takut untuk melangkah…
Namun setelah sokongan dan kata-kata semangat diberi…
Iman nampak lebih yakin…
Sewaktu melihat langkahan kecilnya…
Ada  rasa sayu bertamu di danau hati umi…
Berbaur dengan rasa gembira dan penuh syukur….
Langkahannya kecil-kecil…
Umi tahu bukan senang untuk Iman melakukan itu…
Kakinya berat dan dia seolah-olah menyeret beban yang berat…
Tapi Iman cuba sehabis boleh…
Akhirnya…Dia melangkah setapak demi setapak…
Dan yg suprise Iman menolak sendiri roletter tu dgn tgnnya…
Kak Rin hanya support bahagian pinggang…
Subhanallah…
Tak terucap kegembiraan umi…
Kakak-kakak praktikal tu bersorak gembira….
Macam menang lumba lari pulak….
Tahniah nak…
Umi bangga denganmu…
Sampai mengalir air mata kegembiraan….
Terima kasih Ya Allah..
.Kau berikan kekuatan buat anak ini…
Semangatnya menyedarkan umi…
 InsyaAllah dgn usaha yang lebih…
Kejayaan pasti datang….
Haslinya…umi berkira-kira nak beli roletter tu…
Mulanya umi nak beli Push Walker…
Tetapi setelah meminta pandangan terapist Iman…
katanya tak sesuai sebab Iman tinggi…
Tgh tunggu qoutation dari jabatan Rehabilitasi….
Harap sangat umi mampu….
Ameenn….
Permudahkanlah perjalanan kami ya Allah….
 
9 Comments

Posted by on April 6, 2011 in Iman

 

9 responses to “LANGKAH DEMI LANGKAH….

  1. Yana@Noni

    April 6, 2011 at 4:57 pm

    Tahniah wat akak & Iman…good job Iman…teruskan usaha moga Iman dapat berdikari sendiri nanti…insyaAllah:-)

     
  2. Rizziela

    April 7, 2011 at 2:12 am

    Insyallah..semoga ALLAH mempermudahkan urusan Iman…

     
  3. EdaManAli

    April 7, 2011 at 8:39 am

    Alhamdulillah…syukur sgt2 w/pon nikmat tu br sedikit Dia beri…

    I'm happy for U & Iman…

    kuatkn semangat ye, Iman…make your Ummi proud of you!!!…

     
  4. Mawar

    April 7, 2011 at 7:15 pm

    kak nani,

    insyaallah iman boleh satu hari nanti, sama2 kita doakan yg trbaik utk iman ya kak

     
  5. ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ

    April 8, 2011 at 3:41 am

    tersentuh hati baca nukilan2 di sini..sama2lah kita berkongsi rasa didunia maya ini kerana saya juga punya anak yg istimewa..pernah merasai liku-liku kehidupan membesarkan anak2 seramai 3 org juga..

    salam kenal dari MDT😀

     
  6. noor

    April 8, 2011 at 4:58 am

    syukur…semoga kuat semangat iman utk perubahan yang lebih baik untuk diri sendiri..dan utk umi iman, semoga terus tabah dlm mengharungi hidup yg mendatang…tak kira la betapa susahnya hidup, yg penting anak2 sentiasa berada di sisi kita…

     
  7. nuyin2u

    April 8, 2011 at 5:22 am

    seronoknya tgk perkembangan iman..

     
  8. insan kerdil

    April 9, 2011 at 12:13 am

    perjuangan sering menuntut pengorbanan…kefahaman yang hadir setelah pengorbanan…..biar pun ada ketikanya….memberikan 'kekuatan'….'kepercayaan'….namun ada jua ketikanya yang sebaliknya berlaku….

    biar pun begitu…..tiap sesuatu yang antara lainnya menjadi perjuangan….pabila dipermudahkan…..umpama 'titisan' air yang begitu 'mendamaikan'…'menyegarkan' dalam meneruskan perjalanan kehidupan….

    semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat….buat tiap hati yang teruji dan diuji….diberikan kekuatan kesabaran….mendepani tiap ujian…..dalam rahmat dan kasih sayang Nya sentiasa….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam..

     
  9. Azma

    April 12, 2011 at 10:00 am

    Bagus Iman.. teruskan usaha lagi ye.. Auntie nak tgk suatu hari nanti Iman mampu berjalan sendiri..InsyaAllah..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: