RSS

SAMPAI JUA AKHIRNYA……

17 Apr
Salam siaran semua…
Rindu pulak nak mencoret di sini….
Kesibukan sepanjang minggu membuatkan umi terpaksa 
melupakan seketika masa untuk beronline…
Isnin…11April 2011…
Seawal 7 pagi kami dah bergerak menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar…
Hearing Aid yang dinanti akhirnya telah sampai…
Umi dan Iman diminta hadir untuk membuat fitting oleh pakar audiologi…
Iman yang agak tak lena tidur pada malamnya…
beberapa kali terlena di pangkuan umi…
Cik Mi yang drive…
Umi masih belum punya kekuatan untuk drive sendiri dgn membawa Iman ke HPSF…
Perjalanan yg memakan masa hampir sejam setengah 
dan jalannya yang bak roller coaster itu melemahkan semangat umi….
Iman yang terlena…..

Sampai di Muar lebih kurang pukul 900 pagi…agak lambat kerana banyak lori….
Umi bergegas membawa Iman ke Klinik Pakar ENT…
Pukul 930 nama Iman dipanggil…
Perasaan umi agak cuak pada masa ini…
Umi bimbang Iman menolak untuk memakai alat tersebut…
Yang bukan sedikit harganya…mencecah RM3300…
Namun..sangkaan umi meleset…
Iman sangat behave dan langsung tidak menolak…
Sebaliknya dia hanya menadah telinga ketika pakar Audiologi
 memberi penerangan tentang cara-cara pemakaian HA tersebut….
Sekali lagi Iman dipuji…dengan sikapnya…
Alhamdulillah…
Syukur padaMu Ya Allah…
Setelah selesai fitting…umi dan Cik Mi bergegas pulang…
Perut yang lapar kerana belum bersarapan minta diisi…
Tempat faveret kami…
Medan Selera Tanjung Mas..dan…
Masakan Asam Pedas Ikan Pari menjadi pilihan….
Jom kita layan pic Iman kat situ….
Bercakap dengan Cik Mie….

Cantik tak telinga Iman, umi?

Sangat seronok ok….

Setelah selesai makan, umi mengajak Cik Mi singgah ke Giant…
Umi nak gantikan Car Seat Iman yg patah penyangkutnya pagi tadi…
Dan…Car seat lamaya itu juga dah tak muat untuk badan Iman yg semakin tinggi…
Setelah mencuba beberapa jenis Car Seat…
dgn Iman yg menjadi modelnya…
Umi memilih jenama Fair World…
Harganya pun boleh tahan…
Sewaktu megangkat Iman dan ingin meletakkannya di dalam stroller…
Iman menangis semahu-mahunya… 
Tergamam umi seketika…
Raungannya yg nyaring memecah kesunyian Giant…
Maklumlah hari bekerja….
Rupanya Iman tak mahu duduk dalam stroller dia nak duduk dalam Car seat…
Puaslah umi memujuknya…
Tak jalan…
Sudahnya…umi dan Cik Mi tak sempat pusing-pusing Giant…
Kami terpaksa ke kaunter bayaran…
Dah bayar…umi letakkan Iman dalam car seat yg berada dalam troli tu…
Punyalah suka dia….
Budak baru lepas mengamuk….

Mekacih umi…
Saya cukup puas hati…ok….
Akhirnya kerana terlalu letih, Iman tertidur di dalam kereta…
Kami sampai ke Segamat tepat jam 3 petang…..
 
7 Comments

Posted by on April 17, 2011 in Iman

 

7 responses to “SAMPAI JUA AKHIRNYA……

  1. ieda

    April 17, 2011 at 12:14 pm

    hehehe…sib baiklah car seat tu muat2 ja dgn troley..kalau tak jenuh ummi dia nak ngusung..pandai la iman ni..

     
  2. mamasoffy

    April 18, 2011 at 1:17 am

    Iman..you are such a good boy…mudahkan tugas ummi ya…Salam sayang untuk Iman dan keluarga….

     
  3. Azma

    April 18, 2011 at 8:53 am

    jauhnya spital ye kak nani.. x pe la..utk kebaikan iman jugak kan..

    bgs iman..lega hati umi..

     
  4. Bicara hati ibu aisya

    April 19, 2011 at 12:36 am

    Wahh..iman dapat car seat barulah.Pasni leh jalan2 naik kete ngan umi…🙂

     
  5. nuyin2u

    April 19, 2011 at 6:20 am

    jauhnya spital..kentalnya iman n nani..

     
  6. insan kerdil

    April 22, 2011 at 2:16 am

    buat permata hati…Iman,

    Iman tau tak….kenapa kadang2 kesabaran itu menjadi 'harga' yang begitu 'mahal….?

    kadang2 nilaian 'pengorbanan' itu sudah sampai ke 'kemuncaknya'….?

    bukan sebab Iman….bukan jua sebab along…angah…ummi…nenek…atok….dan semua yang Iman sayang dan yang turut menyayangi Iman…..

    tapi sebab ada sebahagian makhluk yang bernama manusia….yang biarpun….fitrahnya bukan begitu….sering 'menafikan'….'mempertikai'….sehingga kan yang ada di hati 'mereka' ini….hanya hasad dengki….segala 'ketamakan'…yang menjadikan ianya 'tercabar' dan 'dicabar'….

    Iman…hidup ini sebenarnya adalah suatu perjuangan….tentang percaya dan yakin…pada Penentu…Pemilik….Pemutus….yang Maha Mengetahui….Maha Menyayangi….Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji…dan Dia tidak akan sesekali menzalimi…

    kerana dengan hadirnya Iman….hidup ini adalah tentang ujian….tentang tiap hati yang teruji dan diuji…'mempertahankan' tiap satu kepercayaan serta keyakinan….pada-Nya…untuk kehidupan di sana…yang kekal abadi….

    jaga diri Iman…ok….biarkan kasih sayang….menjadi 'jurucakap' antara Iman dengan tiap yang Iman sayang dan menyayangi Iman…ok😀

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah….

    wallahu'alam…

     
  7. LiFe KaMi

    April 22, 2011 at 3:35 am

    comel anak akak..
    kami pun ada cadang nak beli car seat,
    tapi baby kecil lg rasanya kena tgu besar skit bru beli..:)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: