RSS

PERANCANGAN ALLAH

07 May
Mencari kekuatan dari keluhuran wajah ini…..
“Kita merancang…tapi Allah juga merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita…..”
Terkesan saya dgn kata-kata di atas…Diungkapkan oleh Hos Medan Imam Muda malam tadi….
Ya benar…
Dalam melalui kehidupan harian…
tentunya kita merancang yang indah-indah bukan….
Seperti saya…
Selepas berkahwin…saya dan bekas suami merancang untuk hidup bahagia…
Merancang untuk punya anak seramai enam orang…
tiga lelaki dan tiga perempuan….
Kami sepakat nak berikan pendidikan yang terbaik kepada mereka…
Agar mereka menjadi orang berguna…
Malah kami juga sempat merencana
calon menantu yg bagaimana menjadi pilihan…
Dan kami juga merancang…
Untuk sama-sama menunaikan haji ke Mekah…
Selepas menghantar ibu-bapa kami ke sana….
Indah bukan…????
Tetapi perancangan itu hanya tinggal perancangan….
Badai menghempas bahtera rumahtangga kami…
Rumahtangga yang kami bina dgn penuh kasih sayang itu runtuh…
Gagal dipertahankan…
Kami tewas dengan ledakan nafsu dan amarah…
Kami memutuskan untuk berpisah…
Dan membawa haluan masing-masing…..
Yang menjadi mangsa…anak-anak kami..
Dalam usia muda…
Bergelar anak-anak mangsa perceraian…
Kami marah…
Kami kecewa…
Dengan takdir yang ditentukan…
Kami lupa…
Itulah perancangan Allah yang terbaik buat kami….
DIA yang lebih tahu apa yang tersirat…
DIA yang lebih tahu mengapa kami diberi ujian sebegitu….
Jadi…
Yang kami perlu buat hanya satu…
Bersangka Baiklah Dengan perancangan Allah…
Biarpun pedih…Biarpun perit…
Hidup mesti diteruskan….
Doakan kami dilindungi Rahmat Allah sentiasa…

Kini…
Saya hidup bersama anak-anak…
dan…
bekas suami hidup bersama keluarga barunya….
Semoga kami sama-sama bahagia…
Dengan keputusan yg telah kami buat…
Semoga kami sama-sama tidak mengabaikan
 amanah yang diberikan kepada kami…
Tidak mengabaikan permata-permata hati kami….
Sungguh…
Biarlah mereka digelar anak-anak  ” broken family ” …
Seboleh mungkin saya mahu meminimakan
kesan perceraian terhadap mereka…
Seboleh mungkin saya tidak mahu
mereka merasa kurang apa-apa…
Tekad saya hanya satu…
Menjadikan mereka insan berguna…
Aminnnn…..
 
9 Comments

Posted by on May 7, 2011 in Luahan

 

9 responses to “PERANCANGAN ALLAH

  1. Yana@Noni

    May 7, 2011 at 12:49 pm

    Percaya Qada' & Qadar…itulah yang menguji keimanan kita … sesungguhnya Allah Maha Mengetahui:-)

     
  2. ICAZIESYIRA

    May 7, 2011 at 2:10 pm

    kak,
    semoga akk sentiasa tabah.
    susah kita, susah lagi org lain kak..
    alhamdulillah, walaupun suami tiada disisi, hidup akk dikelilingi oleh ramai org yg syg pada akak.

     
  3. insan kerdil

    May 7, 2011 at 11:27 pm

    tiap 'sesuatu'….pasti ada 'harga'nya…

    tatkala yang di'rencana'….'bermula' dengan apa yang 'digenggam'….namun yang 'digengam' itu juga 'bisa' untuk 'terlerai'…..

    perjalanan kehidupan…biar pun ada ketika nya seperti 'dipaksa' untuk 'bermula' kembali….sama ada 'memilih' untuk meneruskan atau tidak…masa tetap akan meninggalkan pergi….

    'impian' itu 'sesuatu' yang sukar untuk 'ditafsir'…apatah lagi untuk 'direalisasikan'…..pada ketika yang 'dipandang' mula dalam 'gapaian'…yang sedang 'dinikmati' pula yang di'pertaruhkan'….

    'prinsip' itu perlu berdiri atas iman dan takwa….terhadap Allah S.W.T yang Maha Esa…..kaedah perlu selari dengan 'jalanan' yang telah pun ditetapkan….meski bisa untuk 'memilih' dalam 'menerima'….namun di 'akhir' suatu perjalanan kehidupan di sini….yang pasti menanti….adalah kehidupan yang kekal abadi…di sana kelak….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  4. Angah

    May 7, 2011 at 11:42 pm

    Ye lah, siapa yang tidak merancang yang baik-baik bersama org tersayang? semua org pun begitu…

    Semoga tabah meneruskan hidup dengan hati yang penuh redha..

     
  5. Mawar

    May 8, 2011 at 7:11 am

    kak nani,

    berusaha lakukn yg trbaik buat anak2, hnya itu yg lebih brharga dr yg lain, jagalah amanah allah ini sebaik mungkin ya kak

     
  6. BalaDa RiNdU

    May 8, 2011 at 11:40 pm

    hanya org yang berada sama ditempat kita akan merasa apa yang kita rasa kak.. impian yang sama2 dijanjikan dl hanya tinggal kenangan.. anak2 menjadi mangsanya.. bukan kita zalim tp ini lah ketentuan ALLAH melihat kita ni tabah atau tidak melalui ujianNya… sama ada kita bersyukur atau tidak.. Ya ALLAH, hanya Engkau tempat kami mengadu segala keluh resah kami yang daif ini…

     
  7. BalaDa RiNdU

    May 9, 2011 at 8:51 am

    insyaallah kak.. ALLAH akan mempermudahkan urusan kita..

     
  8. sya

    May 9, 2011 at 9:32 am

    adakah buruk 'anak-anak mangsa perceraian' di mata insan lain??..

    saya juga merupakan anak-anak ini,merasai keperitannya walau sebagaimana cuba diselindungi..

    namun,ini merupakan takdir yang telah ditetapkan Allah buat diri saya, saya tidak pernah mengganggap dan melihat anak-anak seperti saya ini dengan pandangan yang lain…

    walau saya anak mangsa perceraian saya juga mampu menjadi seorang pendidik hari ini, tanpa menyalahkan ibu atau bapa yang mengheret saya menjadi anak-anak mangsa perceraian yang baru saya tahu selama ini saya dipandang dengan pandangan lain oleh masyarakat…

    buat penulis,sabarlah sentiasa…sememangnya hanya Allah yang mengetahui perkara terbaik buat hambaNya

     
  9. mama akid

    May 10, 2011 at 8:07 am

    kita hanya merancang..tuhan yang tentukan segala2nya sabar yer kak..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: