RSS

MUHAMMAD AIMAN HARI INI…..

23 May
Salam ketemu kembali…..
Dah lama rasanya umi tak bercerita tentang prince charming umi ni….
Tentu dah ramai yg merinduinya…
Kali ni umi sengaja nak tepek gambar Iman banyak-banyak…hehe…
Umi syukur sangat…
Kebelakangan ini kesihatan Iman agak memuaskan…
Iman pun dah start sekolah kat PDK…
Harap banyak benda yang Iman boleh belajar….
Meh kita layan pic Iman dan aktivitinya…
Malam2 nilah aktiviti yg Iman suka…
Umi sengaja letakkan dia duduk mengadap carta gambar ni…
Bisinglah mulutnya menyebut….
” Ammbarrr…”…yg umi faham Gambar agaknya…
Iman dan cartanya…..
Bila kakak2nya sebok kat meja tulis masing2…
Iman pun sebok mintak nak duduk kat sini…
Dia pun nak main tulis-tulis….
Postur duduknya juga sudah semakin baik…
Alhamdulillah….
Ini kegilaan terbaru Iman…
Kalau umi berenti kat traffic light dia akan merengek-rengek sambil tunjuk stereng…
Huhu…umi tak berani…
kalau dgn atuk bolehla…..
Iman juga suka sgt mandi kolam…
Masa kat cherating baru ni dia mengamuk tak nak naik…
Padahal dah dekat dua jam berendam…
Sudahnya lebam tangan umi digigitnya…
Tanda protes tak nak keluar kolam….
Iman juga dah tau apa fungsi playground…
Kalau gi Fisio umi mengelak dari lalu kat playground Hospital…
Kalau tak dia akan tunjuk-tunjuk…sambil merengek…
Bukan tak nak main…tak sempat….
Mainan kegemaran Iman Loopy Beads nih….
bukan main khusyuk dia main…
Setakat hari ni dia dah boleh tolak beads tu satu-satu…
Syukur sangat….

Inilah wajah Muhammad Aiman hari ini…
Wajah yang tulus dan jujur…
Ketenangan wajah ini menguatkan jiwa uminya…
Biarlah sedikit yang baru Iman kuasai…
sekurang-kurangya…
Iman semakin berubah…
dan umi kan terus berusaha memberi pendidikan
sebaik mungkin…..
Itu janji umi….
Sayang kamu….mmmmuaaahhh……
 
4 Comments

Posted by on May 23, 2011 in Iman

 

4 responses to “MUHAMMAD AIMAN HARI INI…..

  1. Bicara hati ibu aisya

    May 24, 2011 at 1:26 am

    Alhamdulillah..dah banyak peningkatan iman.Biarlah sedikit tapi bertambah kan kak.Bak kata perumpamaan 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'
    Teruskan usaha, insyaallah pasti ada hasilnya (pesanan buat diri sendiri juga ;P)

     
  2. Yana a.k.a Noni

    May 24, 2011 at 8:25 am

    Tahniah wat akak & Iman…satu perkembangan yg memberansangkan:-)teruskan usaha yer Iman..auntie tau Iman kuat semangat cam Ummi kan:-)

     
  3. insan kerdil

    May 24, 2011 at 7:21 pm

    ummi tau apa yang buatkan umi istimewa…? sebab ummi ada Iman…

    Iman tau apa yang buatkan Iman istimewa…? sebab Iman ada ummi….

    Ummi…Iman…K.Long….Angah….tau apa yang membuatkan kamu semua istimewa…?

    sebab kamu semua ada perhatian yang khusus daripada Allah yang Maha Esa….yang Maha Mengetahui…Maha Mengasihani…

    Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji….dan sama sekali tidak akan menzalimi…..

    semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat…buat tiap hati yang teruji dan diuji…dalam menuju redha Ilahi….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  4. nuyin2u

    May 25, 2011 at 4:59 am

    tahniah aiman..giliran aisyah plak meragam

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: