RSS

TERSENTUH LAGI…..

01 Jun
setulus kasih buatmu…..

Alhamdulillah…setelah hampir tiga hari ketiadaan Anis dan Mira…umi kembali tenang…umi sudah dapat menerima hakikat…perpisahan ini harus umi relakan…Umi sengaja menyebokkan diri dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah…menanda kertas exam dan menyiapkan data e-pelaporan yang perlu dihantar ke PPD naik cuti nanti….semalam umi juga sebok…ada oppoimen Iman dgn pakar telinga di Hospital Sultanah Fatimah Muar…Alhamdulillah pakar audiologi dan terapi pertuturan berpuas hati dgn penerimaan Iman terhadap alat tersebut…alat pendengaran Iman diservis secara percuma…cuma tapak telinga yg belah kiri ada kerosakan sikit dan perlu dibaiki…hujungnya sedikit pecah dan Iman terpaksa buat tapak telinga yg baru…umi pun tak tahu macam mana ianya berlaku…huhu…cuai betul…
Dan malam tadi…hati umi tiba-tiba tersentuh…tak semena-mena sewaktu membelek kalendar di HP…mengupdate tarikh2 oppoimen Iman…baru umi perasan tarikh hari ini ialah 1 Jun…tarikh yang seboleh mungkin umi lupakan….yang seboleh mungkin umi cuba buang jauh dari kotak ingatan umi….
Jika dahulu umi tak sabar menantikan tarikh ini…tarikh ulangtahun perkahwinan kami sekaligus tarikh birthday suami umi…Pasti umi sebok merencana sesuatu yg indah buat kami berdua…namun kini semua itu hanya tinggal kenangan…mengingatinya membuatkan luka lama itu berdarah kembali…doa umi hanya satu…biarlah bekas suami umi itu bahagia bersama pilihan hatinya…semoga bahagia yang dia tidak dapat bersama umi, dia dapat bersama isteri barunya…apatah lagi tika ini dia dan anak-anak sedang bercuti di Langkawi…jadi biarlah anak-anak bergembira bersamanya….
Umi tidak menyesali perpisahan ini…umi redha dengan takdir perjalanan hidup umi…namun sebagai manusia umi tidak mampu bersikap hipokrit…kadangkala umi terusik dgn kenangan yg tiba-tiba datang menerjah…namun umi yakin setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya…kerna umi tidak keseorangan…umi berjumpa ramai teman-teman yang senasib…di PDK juga ada dua lagi ibu tunggal seperti umi…mereka kuat menjalani kehidupan sendiri…bahkan ada di antara mereka yg anak-anaknya dah besar dan berjaya…kuatnya mereka bukan…Semua itu sumber kekuatan bagi umi…jika mereka boleh mengapa umi tidak…..
Dan…di penghujung malam tadi…umi terlena bersama air jernih yang menitis di tubir mata….dah lama umi tak menangis rasanya….biarlah air mata itu mengalir dan membawa segala kepiluan yg bertamu di hati umi…..
KETENTUAN ALLAH ADALAH RAHSIA ALLAH……
 
6 Comments

Posted by on June 1, 2011 in Uncategorized

 

6 responses to “TERSENTUH LAGI…..

  1. Bicara hati ibu aisya

    June 1, 2011 at 5:48 am

    Kak, makcik saya juga adalah seorng ibu tunggal muda yang mana sewaktu itu dia sedang mengandungkan anaknya yang ke 12.Bayangkan bagaimana keadaan dan perasaannya yang akan menempuh kehidupan bersama anak-anak kecilnya yang seramai 12 orang itu kerana dia hanya seorang surirumah?(dia juga ada seorang anak istimewa)Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran, kekuatan, ketabahan dan kecekalan…dia layak saya anggap IBU YANG BERJAYA kerana kesemua anaknya menjejakkan kaki ke menara gading dan kini memegang jawatan yang tinggi.Dia senang sekarang kak kerana hasil didikannya anak-anak xpernah melupakannya dan saya sendiri rasa senang setiap kali bersamanya (saya amat rapat dengannya).Tuhan itu Maha Adil kak.Dia memberi ujian pada kita dan melalui ujian itulah kita beroleh kesenangan suatu hari nanti.Insyaallah.

     
  2. Angah

    June 1, 2011 at 6:31 am

    kalau aye jadi umi, aye wish besday kat ex-husband tu, biar dia 'terusik' sikit…:D

     
  3. mama akid

    June 1, 2011 at 7:02 am

    sabar yer kak…ini semua ujian hidup yg perlu akk tmpuh…semoga akk kuat demi anak2…=)

     
  4. insan kerdil

    June 1, 2011 at 1:14 pm

    berbicara tentang 'kenangan'…biar pun ada diantara nya 'terbina' dengan 'kemanisan'…ada jua ketika nya 'terhimpun' menjadi suatu yang begitu 'pahit' untuk 'ditelan'….

    namun…perjalanan kehidupan yang diteruskan…atas izin yang Maha Esa…menyingkap suatu 'jalan' yang menuju ke 'destinasi'…yang hanya 'pengorbanan' bisa 'meleraikan' nya…

    kehidupan ini…bukan hanya tentang 'semalam'….namun ianya adalah tentang 'hari ini'….yang tetap akan 'berlalu'….sedang yang 'diingini' masih lagi menanti di 'esok' hari…..

    jika yang dibicara kan….adalah tentang kasih permata hati…tiada akan ada galang ganti nya…biar pun ada ketika nya permata hati seperti nya 'beralih' arah…namun ianya hanya 'seketika'…untuk 'menemui' semula jalan 'pulang'…

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  5. CuppyCakeMommy

    June 1, 2011 at 3:15 pm

    insyaalah kak..suatu ketika nti ,semua kepahitan yg akakk tanggung sekarang bertukar menjadi kemanisan yg indah sekali..bersabar ye kak

     
  6. zura_habib

    June 3, 2011 at 7:53 am

    berdiri bulu roma sy baca kak…sabar la ye…takdir Allah utk kita…akak kena kuat demi anak2 dan demi diri akak jugak…sy sentiasa menyokong akak dr jauh!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: