RSS

MEREKA MENANGIS BERSAMA……MAAFKAN UMI….

09 Jun
Maaf en3 emo lagi….
Bersama air mata yg masih bersisa…umi mencari kekuatan mencoret di sini…hati pilu…jiwa sebak…derita rasa ini tak tertanggung…hanya air mata yg mampu menterjermahkan segala-galanya…Hanya pada Allah umi memohon kekuatan…memohon diberi ketabahan…
Semalam…hati umi berbunga riang…anak2 yg dirindui akan pulang ke pangkuan…malam pun tak lena tidur…tak sabar menanti siang..cuti sekolah ini menggugat kegembiraan umi…hari-hari yg dilalui hambar, hanya sarat dgn rindu yg menggunung….
Tepat pukul 3 petang, umi dan Iman terpacak di Dataran Segamat…menunggu anak-anak umi dihantar ke situ…320 petang…barulah kelibat mereka sampai…
Umi peluk Mira…umi cium pipinya bertalu-talu…begitu juga kak long…terlerai sudah rindu ini…
Umi biarkan exhubby bermain dgn Iman seketika…biarlah Iman juga melepaskan rindu pada lelaki yg jarang ditemuinya…pada abi yang tak punya waktu bersamanya….
15 minit berlalu…tibalah masa anak2 berpisah dgn abi mereka…Iman seolah-olah tahu masanya telah tiba…tidak mahu diletakkan di car seat…dia meraung sekuat hatinya…umi hanya memerhati…menahan perasaan…anak itu juga punya rasa…anak itu juga punya jiwa…dia seolah-olah tidak mahu melepaskan abinya pergi…semakin diletak semakin kuat tangisannya….umi tahu hati Iman mengatakan itulah ayahnya…ayah yang dirindui sekian lama…pertemuan terakhir mereka pada bulan 12 tempohari….
Akhirnya…abinya mengalah…Iman diletakkan secara paksa di car seat…meronta-rontalah dia tidak mahu…umi hanya menjeruk rasa…walau ada air mata yg seakan mahu menitis….kesian anak umi…kesian Iman….
Tak semena-mena Kak Long juga turut menangis, teresak-esak…diikuti tangisan Mira…sedih untuk berpisah dgn abi mereka setelah sepuluh hari bersama….Bayangkan perasaan umi ketika itu, ketiga-tiga anak menangis serentak…mereka tak sanggup berpisah dgn abi mereka….Umi kuatkan hati…umi dah tak mampu melihat exhubby umi yg mundar-mandir di kaki lima…umi tak mampu menebak apa yg ada di dasar hatinya…kerna kolam mata umi seakan mahu pecah…ada rasa panas yang menyerbu di muka….umi reverse kereta dgn raungan dan tangisan  mereka bertiga yg semakin kuat….dan umi juga turut menangis bersama….
Rasa bersalah yang menyerbu ruang dada benar-benar meruntun hati umi…rasa kejam yg bertamu kerna umilah yang memisahkan kasih antara ayah dan anak-anaknya….kerna umilah yg meminta cerai…yg mampu umi bisikkan…maafkan umi anak-anakku…maafkan umi…umi tak kuat dgn dugaan sewaktu bergelar isteri abi…umi tak layak untuk terus berada di samping abi…umi tak mahu terus menjadi isteri derhaka kerana umi selalu tidak sefahaman dgn abi….maafkan umi…kalian yg menjadi mangsanya…puas sudah umi cuba menyelamatkan rumahtangga kami…demi kalian…namun umi tak berdaya…umi rebah…umi tersungkur….
Terpandang kedai menjual sate…umi berhenti…umi kesat sisa-sia air mata…umi pujuk Mira…umi tahu Mira suka makan sate…
” Umi belikan Mira sate nak….???”…
Mujurlah tika itu, mereka dah berhenti menangis…legaa….
Umi ingatkan drama itu hanya berakhir di situ…rupanya tidak…
Mira menangis sewaktu disuruh mandi…bila umi tanya kenapa…Mira cakap…Mira nak mandi dgn “ibu”
Mungkin ibu tirinya yg memandikannya setiap hari…
Pilunya hati umi…
“Mira… ibu tak der…kat sini hanya ada umi…”
Kak Long juga menunjukkan sikap pelik, sikap tidak gembira…tidak banyak bercakap…banyak termenung…disuruh makan tak mahu…mukanya moyok…masam mencuka….bila ditanya…dia mula menangis…dia cakap Kak Long nak cakap dgn abi…kak Long rindu abi….
Umi cuba seboleh mungkin mengawal rasa…cuba memahami perasaan mereka… yerlah mereka bersama abi mereka dalam tempoh yg lama…mereka seronok bercuti bersama…meluangkan masa bersama…tapi takkanlah kerana cuti sepuluh hari itu menghilangkan kasih anak-anak ini terhadap umi….
Umi merasa seolah-olah diri umi diketepikan…anak-anak umi merasa gembira bersama abi dan ibu baru mereka…keluarga yg lengkap…tapi umi….Ya Allah umi cuba bendung kesedihan yg menggunung ini…umi membawa Iman mengunci diri di dalam bilik…umi menangis semahu-mahunya…dalam samar lampu…perkahan-lahan Iman mengelap pipi umi yg basah…
Sungguh…umi berkecil hati….
Air mata kalian…membuatkan hati umi pecah…hati umi pilu…..
 
15 Comments

Posted by on June 9, 2011 in Emosi

 

15 responses to “MEREKA MENANGIS BERSAMA……MAAFKAN UMI….

  1. Min

    June 9, 2011 at 10:55 pm

    Bersabarlah nani… moga dirimu terus Allah kurniakan kekuatan demi anak2 yang dikasihi…

     
  2. Noina

    June 9, 2011 at 10:56 pm

    Kak nanie..bergenang airmata ina baca entry ni. Ina dapat bayangkan perasaan akak waktu itu.

    Mungkin anak-anak belum mengerti erti pengorbanan yang akak lakukan buat mereka. Akak tak pisahkan kasih sayang akak dengan abi mereka. Akak dah beri yang terbaik..namun tiada pilihan bukan. Sabarlah wahai kakakku.

    Mungkin bila besar nanti kak long, mira dan Iman akan mengerti juga satu hari nanti. Sabar ye kak…

     
  3. insan kerdil

    June 9, 2011 at 11:11 pm

    ada ketika..'hujan' turun tidak semena2…tanpa 'petanda'..tanpa sempat untuk 'mempersiapkan' apa pun jua 'persiapan'….

    pabila berbicara….tentang kasih permata hati…tiada akan ada galang ganti nya…biar pun ada ketika nya permata hati seperti nya 'beralih' arah…namun ianya hanya 'seketika'…untuk 'menemui' semula jalan 'pulang'…

    jangan ada gusar pada hati seorang ummi…kerana pabila membicarakan soal kehidupan…apa lah yang permata hati tahu…tentang perilaku pelaku kehidupan yang lain….sedang diri masih lagi 'mentah'…..masih lagi 'dilindungi'…dan masih lagi 'dipertahankan'….

    ada ketika nya 'kasih sayang'….dititip dengan air mata….ada jua ketika nya….'kefahaman' tentang kasih yang tulus…..'diserasi' dengan 'pengorbanan'…..

    masa akan berlalu pergi…..biar apa pun jua yang 'disogokkan'….atau jika berlaku nya 'manipulasi'…tetap akan 'tersingkap'…pabila tiba jua ketika nya….

    percaya dan yakin pada-Nya…berserah segala kebergantungan…kerana biar pun ada ketika nya ujian itu hadir…bersama yang tidak terduga…..'menghimpunkan' pelbagai rasa…namun tetap akan terselit rahmat-Nya…di sana sini…

    kerana Dia tidak akan sesekali memungkiri janji….dan Dia tidak akan sesekali menzalimi…

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah….

    wallahu'alam…

     
  4. BalaDa RiNdU

    June 10, 2011 at 12:16 am

    ct membaca entry kak ni dgn linangan air mata tanpa kata2.. semoga akak tabah laluinya.. insyaallah

     
  5. Bicara hati ibu aisya

    June 10, 2011 at 1:12 am

    Kak..rasa nak terbang peluk akak sekarang jugak!Saya menangis baca entry ini.

    Yang mampu saya ucapkan adalah 'AKAK TERUSKAN SABAR DAN KUAT' yer.Saya tahu mungkin ayat tu akk dah jelak dgr tp itulah dia.Semoga akak diberi sejuta kekuatan untuk terus menghadapi ujian ini.Semoga ada sinar bahagia yang muncul disebalik kedukaan yang akk alami.Sabar ye kak.

     
  6. zura_habib

    June 10, 2011 at 2:10 am

    sabar ye kak nani..sedih sy baca:-(

     
  7. Rizziela

    June 10, 2011 at 4:55 am

    sabar kak
    Mungkin anak2 gembira sebab abi bawa berjalan2….tapi sebenarnya diaorang amat m emerlukan a kak sebagai uminya

    Insyallah…2 3 hari nanti…akan kembali seperti biasa…..akan kena tabah yer

     
  8. Ummi Alisya

    June 10, 2011 at 6:05 am

    kak… ita pun turut sayu kak. ita faham apa akak rasa, cuma ita mampu katakan; bersabarlah kak.

    anak2 masih kecil, belum faham hati si ibu yang mudah terasa. harap akak tak terus 'merajuk' dgn anak2. 'curi' lah hati mereka semula… semoga Allah permudahkan urusan akak…

     
  9. Pnut

    June 10, 2011 at 7:13 am

    nani-akak bukan lagi sebak, tetapi menangis berjurai air mata baca entry ni, peritnya sebuah perpisahan itu….

    peritnya juga rasa tersinggung itu..

    segalanya perit untuk dilalui..

     
  10. Pnut

    June 10, 2011 at 7:13 am

    nani-akak bukan lagi sebak, tetapi menangis berjurai air mata baca entry ni, peritnya sebuah perpisahan itu….

    peritnya juga rasa tersinggung itu..

    segalanya perit untuk dilalui..

     
  11. mama akid

    June 10, 2011 at 7:13 am

    kak sabar yer kak.moga allah sentiasa mengurniakan akak suatu kekuatan yg luar biasa insyaallh…

     
  12. ieda

    June 10, 2011 at 11:26 am

    nanie janganlah kecil hati dgn anak2…tak dinafikan mmg kita terasa bila anak2 buat mcm tu.
    anggap saja ia sementara sb mmg pasti tak lama anak2 akan kembali mcm biasa.
    the fact is mereka rindukan abi mereka & the sign for the abi to visit them frequently…kesian anak2.

     
  13. Dila Si Mama Dzariff

    June 11, 2011 at 2:22 pm

    kak nani…..hugggss!!

     
  14. shaliza

    June 12, 2011 at 3:11 am

    anak2 kecil, perlukan masa untuk memahami…lumrah budak hanya ingat yang gembira…insyaAllah mereka akan memahami seiring usia mereka nanti….pujuklah dengan hikmah…

     
  15. nuyin2u

    June 13, 2011 at 9:08 am

    ya nani..pujuklah dgn hikmah..selami n layanilah kegembiraan mereka..hati kita kena tolaklah tepi dulu..sabarlah..Allah tak pernah bagi kita terkurang atau terlebih..luv u…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: