RSS

Alhamdulillah…dalam duka terselit rahmatNya di sana sini…..

17 Jun

Salam siaran semua….
Terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi berkunjung ke rumah kecil saya….
Terima kasih kerana sudi membaca luahan2 hati saya dan menitipkan semangat…
Ianya amat bermakna….

Seminggu berlalu…Alhamdulillah emosi semakin stabil…hati semakin tenang…Perbaharui redha…bahawa itulah dugaan kehidpan…Walaupun masih ada amukan kecil dari Mira di malam hari…juga episod air mata sewaktu ingin ke sekolah…Umi menganggap itulah yg perlu umi hadapi…Anak-anak umi masih kecil…masih belum mengerti….sampai masanya nanti…mereka akan faham…..yg penting…umi kena harus byk bersabar…
Ok kita tutup cerita sedih tu yer…

Banyak yg berlaku dalam kehidupan umi akhir2 ini….Umi kutip semuanya dan umi jadikan pengajaran…

Yang paling penting dan mengembirakan umi…Cerita Iman…

Umi nak share tentang Lawatan Kasih dari SMK Gemereh ke PDK Iman…..semalam….

Semalam…berlangsungnya Program Lawatan Kasih di PDK Sayangku Segamat…Program ni merupakan lawatan dari pelajar2 Tingkatan 2 SMK Gemereh untuk projek sivik mereka….
Macam-macam acara dibuat..antaranya sesi ramah mesra…pertandingan mewarna…acara tiup belon dan persembahan tarian dari pelajar2 PDK….Iman cukup seronok dan teruja…walaupun terpaksa bgn awal….

Kadangkala bagai tidak percaya…anak umi…Iman dah bersekolah…dah punya kawan-kawan yg ramai…dan semalam dalam majlis lawatan kasih tersebut…umi rasa Iman sgt dihargai…kehadirannya sgt2 dialu2kan…oleh rakan yg senasib…mungkin mereka lebih mengerti…

Di saat Cikgu Liza menerangkan penyakit Iman pada pelajar2 SMK Gemereh..Cikgu Liza sempat menanyakan soalan…

“Sapa Nama Iman…???”…tak semena-mena Iman mengangkat kedua belah tangannya tinggi-tinggi…sambil menghadiahkan kerdipan mata dan senyuman….

Serentak dgn itu…semua hadirin bertepuk tangan..tahniah nak…walaupun umi terlupa mengenakan alat pendengaran pada Iman…tapi Alhamdulillah…fokus pendengarannya semakin baik….

Yg kedua…Laluan mudah buat umi…..
Sebagai seorang guru…kadangkala umi serba salah…umi tinggalkan anak murid umi untuk membawa Iman ke PDK semalam…kalau Isnin dan selasa umi ambil waktu free…terasa berdosa dan mementingkan diri…tapi umi kuatkan hati…umi lakukannya semuanya demi Iman….umi tahu ada juga cakap-cakap belakang dari teman seperjuangan…mengapa umi mudah sgt diberi pelepasan, walhal umi seorang guru baru…keluar masuk pada waktu bekerja bukanlah rutin biasa bg seorang guru…apatah lagi urusan personel…tetapi Alhamdulillah…Allah mudahkan jalan buat umi…pihak pentadbir begitu mudah memberi kerjasama dan pelepasan…umi syukur sgt…..

Dalam diam umi berbisik…Terima kasih Ya Allah…Kau berikan aku ujian yang tak teranggung…namun akhirnya di hujung jalan kau berikan aku kemanisan dan nikmat yg tidak terhitung……Kau biarkan aku kehilangan tmpat bergantung…namun kau berikan aku lebih banyak tempat berlindung…Kau datangkan bantuan yg aku sendiri tak pernah menjangka…Sungguh…dalam duka…Kau selitkan rahmatMu di sana-sini…

Tiada lain yang aku mampu ucapkan…aku bersyukur…Alhamdulillah…..

Antara gambar-gambar program semalam…

acara pertandingan mewarna… tgn yg agak keras…susah nak pegang..
tapi pelajar 2 org tu rajin melayan Iman…akhirnya siap jugak…thank abg Zul Hasni dan abg Lokman…
fokus lari…tapi tgn jalan…hehe..
acara padang…
sebahagian pelajar2 PDK…dan pelajar SMK Gemereh….
Abg Kumar ni ada problem ADHD…tapi dia berjaya gak tiup belon tu…
Belon Iman sebok nak masuk mulut…bukan nak tiup…nak makan..
Moment ni membuatkan air mata umi bergenang…
Terpancar ketulusan di wajah si gadis…sanggup menyuapkan kakak yg autistik
 makan sebungkus meehun sehingga habis….
Tahniah dik….Jiwamu penyayang…..
 
3 Comments

Posted by on June 17, 2011 in Luahan

 

3 responses to “Alhamdulillah…dalam duka terselit rahmatNya di sana sini…..

  1. mama akid

    June 17, 2011 at 8:18 am

    itulah kehidupan kak…jgn menangisi sesuatu kecelakan tetapi bersyukurlah kerana disebalik semua itu terselit seribu satu kenikmatan…..

     
  2. Noina

    June 18, 2011 at 2:03 am

    Bagus pihak sekolah ada buat program macam tu. At least ia membuka mata2 anak-anak normal ini melihat kehidupan anak2 istimewa..🙂 Dan beri pengalaman baru untuk mereka.

    Kadang2 kawan2 sepejabat memang tak faham dengan situasi kita. Ina faham tentang itu kak, sebab ina juga alami perkara yang sama. Kuatkan semangat kak. Peduli kan kata orang. Sebab dorang tak tahu apa yang kita rasa. Moga akak terus kuat demi iman, kak long dan mira..

    p/s: kak..hadiah untuk kak long dan mira dah siap..nanti ina pos ek..

     
  3. Dila Si Mama Dzariff

    June 18, 2011 at 1:28 pm

    bagus betul idea bawak budak sekolah subjek sivik ke PDK. kena bagitau ketua panitia sivik kat sekolah. kalau sekarang ni, duk tgk asyik kena kutip sampah aje.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: