RSS

KATA-KATA SEORANG DOKTOR PAKAR….

25 Jun
Anda merindui saya…..???? Cakkk!!!!

Selamat bertemu kembali….
Alhamdulillah Malware Detected telah pergi dari blog saya…hampir saya menutup blog ini…terima kasih WEBMASTER TOOLS…dan En. Google….

22  Jun 2011…Rabu…
Iman ada temujanji dgn pakar kanak-kanak di Hospital Segamat…
Disebabkan malamnya Iman tak cukup tidur…dia hanya tidur pada pukul 330 pagi…Kakak umi agak bermasalah untuk menyiapkannya ke hospital…Pukul 830 pagi Iman masih lena tidur…berdengkur lagi…tak sampai hati nak kejut kata kakak…umi pulak seboleh mungkin nak dapat no awal…sebab pada belah petangnya umi ada meeting sukan kat sekolah…

Sudahnya umi balik nak ambik Iman dari sekolah…Iman masih mengamuk..tak nak pakai baju…Terpaksalah umi yg siapkan…sian pulak…umi terpaksa…Pukul 930 barulah kami sampai ke hospital…nombor giliran 17…wahhh…lama kat hospital hari ni….

Jam dah menunjukkan pukul 1030 pagi…nombor di bilik2 doktor masih belum bergerak…patient yg menunggu semakin gelisah…sengaja umi bertanyakan nurse yg bertugas di kaunter…sebab biasanya pukul 9, rawatan di klinik pakar dahpun bermula…Rupanya ada doktor pakar yg turun dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar…Dr. Ching, tapi..menggantikan doktor Intan yg sedang cuti bersalin…dan doktor lain sedang bermesyuarat bersama doktor tersebut….

Setelah lama menunggu, jam dah pun menghampiri pukul 12…Iman dah menunjukkan rasa bosan…nombor di bilik doktor dah pun melewati nombor 17…eh…kenapa Iman tak panggil2 lagi ni..tercicir ke…kad hilang ker…sekali lagi umi bertanyakan nurse…kali ni bukan nurse biasa, tapi staff nurse…Rupanya kes Iman telah dipilih oleh doktor pakar dari Muar tersebut…ada 6 kes yg akan dilihat…termasuklah Iman…

Jam sudah pun pukul 1230…Iman dah menunjukkan rasa lapar…Umi yang tak menyangka begitu lama…tak bawa bekal nasi Iman…umi ambik keputusan pergi ke kedai hospital…umi belikan air soya dan juga roti gardenia coklat…habis sebuku roti tu Iman makan…laparnya anak  umi…sian dia…

Pukul satu tengahari…barulah nombor 17 tertera…tika itu patient yg tinggal hanyalah 3 orang…wahh…tak pernah umi bertapa di Hospital Segamat selama ini…macam dah kat Serdang ni….

Iman yg dah agak comot…kerna nak makan sendiri tak nak umi suap…umi bawa masuk berjumpa doktor pakar dari Muar tersebut…Umi amati wajah doktor wanita cina itu…Hurmmm…rupa-rupanya itulah doktor pertama yg umi jumpa di Hospital Muar sewaktu temu janji pertamanya di sana…Dr. Ching Bih Hwa…3 jam Iman diperiksa dan dibawa berjumpa dgn Ketua Jabatan  Pakar Kanak-Kanak Hospital Muar, Dr Tam…dan Dr itulah yg menyaksikan air mata umi tumpah tatkala dikhabarkan otak Iman licin bak otak lembu…risiko untuk mengecut lebih tinggi…kerna otak Iman paccygyria…kekurangan tisu otaknya serius…

Dr. Ching terperanjat melihat Iman…
Wah…smart boy…kita jumpa lagi…sapanya sambil mencuit hidung Iman…

Umi pun bersuara…hai…Dr…jumpa lagi…

Perkara pertama yg Dr. Ching lakukan ialah bertanya progres Iman yg terkini…dan dia berpuas hati…
Iman lebih bagus dari apa yang dia jangkakan…
Alhamdulillah…syukur itulah yg umi panjatkan…
Dan dia lebih gembira bila dikhabarkan Iman dah mula bersekolah di PDK…

” Yeah…that the right thing yg mama buat…so no wonderlah perkembangannya positif…., kredit untuk Mama yg optimis…!” huhu umi pun kena puji…

But doktor..lately ni Iman ada masalah…dah dua malam termasuk malam tadi Iman tak boleh tidur…tak tau apa puncanya…Umi pun menerangkan kepada doktor keadaan dan tangisan Iman sewaktu ingin melelapkan mata…

Dr. Ching mengambil keputusan untuk menilai Iman…Iman diminta baringkan diatas katil, habis semua baju dan pampers Iman dibuka…Dr. Ching meneliti tubuh badan iman…habis fizikal Iman dibeleknya…dibuat ujian otot…yg ketuk dgn tukul tu….good news…dr ching mengatakan otot kakinya dah tak banyak hyper tone…Alhamdulillah sekali lagi….but otot tangan kananya masih keras…dan umi terpaksa berbincang dgn Dr Intan untuk meneruskan usul rawatan di HKL untuk tgn kanan Iman tu…

Dia juga menyaksikan sendiri bagaimana Iman menggunakan bantal katil untuk bangun duduk sendiri..
bulat matanya…

” Wahhh…ini sgt bagus…” ucapnya sambil memeluk Iman…Terharu umi…
tak semena-mena air mata bergenang…

Cuma kata-kata terakhirnya agak merisaukan…

” Mama…dia sihat…perkembangannya sgt bagus…tapi mama tak boleh terus berpuas hati…masih banyak yg perlu mama buat, paling penting fisioterapi…namun untuk anak yg brain injured seperti Iman…ini pencapaian yg agak besar…good job Mama…”…” But…Circulation sleep budak-budak macam ni biasanya akan terganggu…disebabkan oleh aktiviti sawan yg berlaku pada saraf otaknya…yg kita tak boleh nampak dgn mata kasar, so Mama kena teruskan pengambilan epilim…saya bimbang Iman akan kena sawan yg lebih teruk kalau kita berhentikan ubat tersebut… “

Kata-kata Doktor Ching itu tergiang-giang di telinga umi…nampaknya hasrat umi untuk melihat Iman bebas sawan selama 3 tahun menjelang hujung tahun ni tak kesampaian….

Sesungguhnya kita merancang…Namun Allah itu Perancang yang terbaik buat kita……

So…yg perlu umi buat ialah…
TERUS BERUSAHA, TERUS BERSABAR DAN TERUS BERSYUKUR….

 
6 Comments

Posted by on June 25, 2011 in Iman

 

6 responses to “KATA-KATA SEORANG DOKTOR PAKAR….

  1. peacenownhereafter

    June 25, 2011 at 7:28 pm

    insyaAllah. iman kuat, sekuat uminya.🙂

     
  2. shaliza

    June 26, 2011 at 1:42 am

    Alhamdulillah….teruskan kak nani.

     
  3. ieda

    June 26, 2011 at 10:25 am

    takpelah…makan ubat pun takpe iman…asalkan iman sihat.
    keep strong to both mama & iman.

     
  4. Bicara hati ibu aisya

    June 27, 2011 at 12:02 am

    xtahu kenapa tapi ada titis airmata pada kelopak mata saya saat membaca tiap patah perkataan pada entry akak ini.Alhamdulillah, akak berjaya melakukan yang terbaik buat iman.Tahniah juga pada iman kerana kuat berusaha.Terus usaha ye iman.

    Hug untuk akk n iman.

     
  5. mama akid

    June 27, 2011 at 5:14 am

    teruskan usaha yer mama..caiyok..caiyok..mama akid sentiasa menyokong iman…

     
  6. insan kerdil

    June 30, 2011 at 11:28 pm

    perjalanan kehidupan…biar pun ada ketika nya…tidak lah 'seindah' di pandangan…..pabila langkahan kaki 'pertama' di atur…..namun ianya bukan lah 'pengakhiran' untuk terus membina 'impian'….kerana biar pun yang 'terzahir' itu tampak 'begitu' nyata…..tetap yang tersirat itu jauh lebih jelas dan nyata……

    pabila terus percaya dan yakin…pada-Nya….yang Maha Esa…Maha Mengetahui…Maha Mengasihani….

    Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji….dan Dia juga tidak akan sesekali menzalimi…

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…..

    wallahu'alam…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: