RSS

KASIH HINGGA KE SYURGA

01 Jul
Alhamdulillah…
terima kasih kepada semua yg sudi mendoakan Iman…
alhamdulillah kesihatannya semakin pulih…
Lena malamnya semakin baik…
Walaupun batuk dan kahak masih bersisa…
namun tangisan dan raungan malam itu telah pergi….
Syukur padaMu ya Allah….
Dek kerana siri kesakitan itu…
Dua insan penting dalam hidup umi…
Mak dan ayah telah datang menjengok Iman…
Hubungan kasih mereka sgt akrab…
Iman kenal itulah atuk dan neneknya…
Iman begitu gembira melihat kehadiran mereka…Walaupun dgn gayanya tersendiri…
Tetapi umi tahu Iman menghargai kehadiran mereka…
Biasanya mak dan ayah singgah sekejap jer di rumah umi…
Maklumlah keratong dan Segamat jaraknya cuma 40 minit perjalanan…
Tapi kalau umi bawak keter jadi sejam lebihlah yer…
Namun hari Rabu lepas mak dan ayah mengambil keputusan bermalam di rumah…
Mereka nak meluangkan masa bersama Iman…
Iman pula walaupun dlm keadaan tubuh yg masih lemah…
Hanya mahu berbaring di lengan atuknya…
Jangan diangkat atau atuk ke mana-mana…
Pasti bergema tangisannya….
Waktu nak tidur pula, Iman meragam…
tak mahu tidur bersama umi…
Nak tidur dgn nenek…
sudahnya umi tidur seorang..
kerana Mira awal-awal lagi sudah menempah tidur di sebelah nenek..
Nenek kata…Iman demam rindu….
Maklumlah setiap sabtu umi sekolah…
Tak sempat nak balik keratong….
Sungguh umi terharu…..
Kasih mereka hingga ke syurga….
Iman yg seronok dilayan nenek…kalau nenek ada…
umi Iman tak pandang…huhu..

Cucu kesayangan atuk…kalau bertemu…tak boleh berenggang….

Terima kasih mak dan ayah…
kerna menyayngi Iman seistimewa mungkin…..
Sayang kalian….
 
4 Comments

Posted by on July 1, 2011 in Iman

 

4 responses to “KASIH HINGGA KE SYURGA

  1. insan kerdil

    July 1, 2011 at 11:20 pm

    kehidupan…'tercorak' dengan 'limpahan' kasih sayang…..'terlakar' dengan 'coretan' pengorbanan…'terlukis' dengan 'gambaran' kebahagiaan….

    biar pun ada ketika nya…yang 'dijulang' itu pada apa yang 'terzahir'…..tetap yang 'terpahat' adalah pada apa yang 'tersirat'…..yang cuma 'kesakitan'….'keperitan' yang memberikan kefahaman…buat yang mencari 'kebenaran'……

    buat dua orang penting ini….kasih 'tertumpah' pada yang tersayang…biar pun suka duka kehidupan….'mengaris' luka hingga meninggalkan 'parut'…namun tetap juga betah bertahan….meski yang dipaut hanya lah 'semangat' untuk terus berjuang….sedang kudrat semakin di'bawa' pergi oleh putaran masa…..

    buat dua orang penting ini….siapa bisa menduga….tiap bicara yang terlafaz….tiap kekuatan yang dipinjam….'terselindung' disebalik raut wajah….yang 'terukir' senyuman….hanya untuk mempertahankan….tiap yang tersayang….dan yang menyayangi….atas kasih yang tiada bersyarat…..yang tidak bertepi….

    semoga dua orang penting ini….sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat daripada Ilahi….dan semoga tiap yang pernah dan masih 'ditumpahkan' kasih….menyayangi sebagaimana kasih sayang itu berperanan….dalam mendamai dan menenangkan….hati yang sesuci embun pagi….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  2. mama akid

    July 2, 2011 at 3:30 am

    itulah kasih seorang nenek dan atok yang kadang2 lebih pada cucu2 yang lain…sama mcm saya..abah saya terlalu menyayangi cucunya yg satu tu (akid)…..walaupun iman istimewa tetapi iman bertuah dianugerahkan nenek dan atok yg terlalu sayang padanya…

     
  3. Azma

    July 2, 2011 at 10:49 am

    suka tengok Iman ceria..

    Anak istimewa mmg kesayangan atuk nenek biasanya. Memang betul la kata mama akid tu.. Saya sokong sgt2..

    Moga Iman sihat2 selalu…

     
  4. saripah bakar

    July 9, 2011 at 7:15 am

    as salam, saya baru jumpa blog ini, saya juga mempunyai anak istimewa yg kini sudah berusia 17 tahun. saya telah link blog ini ke blog saya. t kasih.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: