RSS

OHH….MATA…

17 Jul
27 hb ni Kak Long ada checkup mata dengan doktor pakar opthamology kat 
Hospital Pakar Sultanah Fatimah , Muar
 Hati umi kembali dipagut bimbang…
Bimbang nak berhadapan dgn doktor sebab kak long tak dapat 
buat homework yg doktor suruh…
Bukan umi tidak memaksa…
kadang2 sampai kak long menangis-nangis…
Tapi tak boleh…
Kak Long tak boleh buat patching sebab
 bila kak long buat patching kak long tak boleh nak menulis…
Kak long tak blh nak buat kerja sekolahnya yg banyak….
Matanya tak nampak…
Yelah dgn power matanya yg sgt tinggi 750…
bila dipaksa gunakan mata yg sakit, apa yg mampu kak long buat
hanyalah mewarna…
Itupun tidak lama…
Tak sampai setengah jam…
Kak Long dah bising nak bukak…
Itupun blh buat waktu hari minggu jer…
Sebab bila hari sekolah…
Kak Long kena buat homework…
Umi buntu…
Macam manalah cara nak bantu kak long…
Selalunya sesudah checkup…
Power matanya tak byk berubah…
Cuma julingnya dah bertambah baik…
Itupun dgn bantuan kanta khas pada belah spek mata kananya…
Kalau kena tukar spek…
Umi kena spent dalam RM500…
sebab kanta khas tu mahal…
sebab tu umi selalu pesan kat Kak Long…
Jaga spek mata dia elok-elok…
Alhamdulillah dia dah besar…dah pandai jaga…
Setakat 4 tahun dia pakai spek mata ni…
Dah 5 kali spek matanya patah…
Umi buntu…
Harap2 ada cara lain nak kurangkan power mata kak Long…
Pernah gunakan Permata Hijrah…
Tapi tak sesuai…power mata kananya semakin tinggi….
Doa umi hanya satu…
Mata kirinya tak apa-apa…
kerna kak Long hanya bergantung pada matanya yg satu itu sahaja….
sesi paksaan patching…hanya mewarna yg mampu kak Long lakukan….

Dulu Iman juga kena patching…skrg Alhamdulillah progres mata Iman dah normal…matanya berkembang dgn baik…cuma juling…

Kak Long berkacamata sedari usianya 4 tahun…
 
4 Comments

Posted by on July 17, 2011 in Kak Long

 

4 responses to “OHH….MATA…

  1. Kak Aya

    July 17, 2011 at 3:37 pm

    semoga mata kak long kembali normal..

     
  2. Azma

    July 17, 2011 at 4:01 pm

    kesiannya kak long.. risau pun ada bila teringatkan hasif tu…

    Harap2 masalah mata anak kita tak bertambah teruk..Kita doa sama2 ye…

     
  3. mama akid

    July 18, 2011 at 1:29 am

    sian kaklong…harap2 semua ok…

     
  4. Tika

    July 21, 2011 at 6:41 pm

    kak long power 750 ek?? tak nampak sangat ek katanya? hmm macam mana Aimy ek.. dia suka nak tarik cermin skrng ni. Power dah la tinggi.. tak sure dia nampak ke tak dah belum leh cakap…

    Apa pun moga mata kak long cepat sembuh.. COmel jer kak long dan iman kena patch tu hehe…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: