RSS

SATU MALAM YANG MELETIHKAN…..

18 Jul
Mira sayang…..

Umi buntu…
Umi bingung memikirkan…
Apa sebenarnya yg kau mahu….
Amukanmu memecah kesunyian malam…
Tangisan dan jeritanmu menggegar rumah…
Bantal dan selimut kau humban dari katil…
Kali ni Mira benar-benar mengamuk…
Umi telek jam di dinding…
Jarum menunjukkan pukul 230 pagi…

Umi yang mamai dan terlalu mengantuk…
kerana Iman baru sahaja tidur jam 1 pagi…
Itupun setelah puas umi ulik…
Iman tak mahu masuk buai…
Dia hanya mahu tidur di lengan umi…
Umi yg kelenguhan…
Terpaksa meletakkan kepala Iman di atas bantal…
namun setiap kali itulah juga dia tersedar dan menangis…
Entah di mana silapnya…
Tidur Iman juga tidak lena…

Umi pujuk Mira perlahan
Mira kenapa sayang???

Namun Mira masih keras tangisannya…
kerna memang itulah Mira…
Sukar untuk dipujuk….
Mira makin menghentakkan kaki ke atas tilam…
Umi buntu….
Umi tidak tahu apa yg dimarahi Mira…

Semenjak baik demam panas tempohari…
Perangainya pelik benar…
Ada sahaja yg tidak kena…
Kesilapan kecil bisa menjadi amukan yg panjang buatnya…
Kadang2 amukannya tak masuk dek akal…
dia marahkan umi pasang kipas ruang tamu…
Dia marah Kak Long alih begnya…
Dan bermacam-macam alasan lain yg kadangkala
menguji kesabaran umi….

Yang paling merungsingkan umi…
Mira tak mahu ke sekolah…
Tak mahu mandi dan bersiap…
Padahal dia dah tidur awal pada malamnya….
Makan juga amat payah..
yang masuk ke perutnya hanyalah susu….

Dan malam tadi…
adalah kemuncaknya….
Tangisan dan rengekannya hanya berhenti pada pukul 430 pagi…
Itupun setelah puas umi memujuknya…
disuakan susu dicampaknya…

Sudahnya…umi memasang hp yang mengalunkan ayat2 Al-Quran…
Sekali lagi Mira memarahi umi…
Katanya bising…

Iman yg terganggu lenanya…
Juga turut menangis…
sudahnya umi angkat Iman dan kami berdua terlelap di ruang tamu…
Mira pula tertidur keletihan…

Jam 530 pagi…
umi perlu bangun dan ke sekolah…
Mata umi berat…
Kepala saki sangatt…
Umi gagahkan diri…
cuti umi dah nak habis…
Umi telan Panadol Actifast…umi harap sangat ianya berkesan…

Sekali lagi Mira tak mahu ke sekolah…
umi angkat Mira dan masukkan ke kereta…
badannya lemah…keletihan…
sewaktu umi mengambil Iman untuk ke PDK…
Mira masih tidur…
Sian anak umi….

Sewaktu entry ini ditulis…
Mira dah dibawa nenek pulang ke kampung…
Nenek nak bawa Mira berubat…
Harap Mira segera sembuh….
Umi terpaksa cutikan Mira sekolah seminggu….

Dan pastimya…
umi akan rindukan Mira…
hari Jumaat ni umi akan pulang…
ambik Mira semula…..




 
7 Comments

Posted by on July 18, 2011 in Mira

 

7 responses to “SATU MALAM YANG MELETIHKAN…..

  1. Noina

    July 18, 2011 at 2:29 pm

    Bila baca entry akak ni membuatkan saya risau pula kat mira. Tapi nasib baik akak bawak dia balik kg untuk berubat. hurm..sekarang ni macam2..harapnya mira lekas2 baik2 yek. Susah hati kan kak.. Akak banyak2 sabar yek..

     
  2. Angah

    July 19, 2011 at 1:28 am

    masya'allah…dugaan, semoga tabah dan di doakan semoga dipermudahkan segala urusan..

     
  3. mama akid

    July 19, 2011 at 1:50 am

    banyakkan bersabar yer kak…bila saya baca entry ini saya terbayangkan bertapa kuatnya akk menghadapi kereneh ank2 seorang diri tanpa suami disisi…kalau saya taktahu mcm mn….tp saya harap akk bnyakkn bersabr yer…ank2 yg semakin membesar ni banayk kerenahnya….kdng2 mereka ingin bermanja…insyaallah segala kesulitan ini akn berakhir dengan baik nnt…

     
  4. shaliza

    July 19, 2011 at 2:10 am

    kenapa pulak kak…risau pulak bila baca hal mira ni…harap takder apa2 la ya kak.

     
  5. ieda

    July 19, 2011 at 12:54 pm

    moga Allah mudahkan segalanya buat nanie..harapnya mira cepat kembali ceria macam biasa.mungkin ada benda yg dia nak @ dia tak puas hati tp tak pandai nk cerita pd nanie lg.sebab tu moodnya berubah.

     
  6. EdaManAli

    July 19, 2011 at 3:24 pm

    kalau laa saya bleh bantu…

    anak2 saya pon jenis yg suke merengek, menangis, mengamuk…smpai skrg pon ade lg pe'el gitu…so, saya amat memahami kesusahn akak dlm bab ni…

    setiap ibu msti ade dugaannye nk besarkan anak2 kan kak…tabah lah wahai akak…pasti bahagia di kemudian hari… 🙂

     
  7. Tika

    July 21, 2011 at 6:34 pm

    sebelum demam ada berlaku atau gi mana2 tak kak nanie? Hmm saya pun risau membacanya… dia dah baik demam kan?

    Tapi baguslah bawa berubat, carilah ustaz2 yang bagus2.. saya doakan Mira akan sihat emosinya selepas ini.. Amin

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: