RSS

SYAWAL KALI INI….

25 Aug
Ya Allah…syukur padamu Ya Allah…
Sampai juga umi ke hari 25 Ramadhan…
Kali ini Ramadhan yg dilalui lebih tenang…
dan Alhamdulillah juga Kak Long sehingga hari ini masih berpuasa…
Sehari pun tidak tinggal…
Tiada rengekan…cuma agak cerewet dgn menu berbuka…
Syukur juga umi panjatkan…
Umi teruja menanti 1 Syawal…
Umi teruja nak peluk anak-anak umi di 1 lebaran…
Bersama mengalunkan zikir takbir…
Allahuakbar….
Dan yang paling mengembirakan…
Iman diraikan dgn meriah oleh PDK…
Kehadirannya di dalam warga PDK benar-benar dialu-alukan…
Hati umi puas…
Itulah yg umi harapkan…
Iman diterima selayaknya di sisi masyarakat..
Iman dan rakan-rakan senasib tidak disisihkan…
Sungguh…kegembiraan itu tidak tergambar dgn kata-kata…
Adakalanya air mata bergenang…
bukan kerana sedih…kerana sebak melihat Iman…
Kerana terharu terhadap penerimaan yg Iman terima…
Iman dan umi di JAKEL sewaktu majlis menerima baju raya….
bersama abang Faiz….
Cikgu Syasya yg banyak membantu…Cikgu Syasya inilah org kuat kemasukan Iman ke PDK
Iman bersama mereka yang senasib…Kak Aida dan Kak Alia…mereka juga CP…
Saat umi snap gambar ni…ada air mata yg gugur dari kelopak mata umi…
Subhanallah…Terima kasih Allah atas kurniaan yg kau beri ini…
Sungguh… derita umi telah berlalu…
Iman di tempat paling special…umi terharu dgn request Datin Sukarti..
Penaung PDK Segamat ingin mendukung Iman…
Siapalah kami yg kecil ini….
dan yang paling penting…
Syawal ini umi tidak sendiri lagi…
Ini gambar Syawal tahun lepas…
Syawal yg penuh dgn air mata…
Umi hanya berziarah sebuah rumah jiran sahaja…
Air mata berderai bila ditanya anak-anak mana…
Umi tak kuat…umi tak mampu menghadapinya…
Menyambut Syawal tanpa anak-anak di sisi…
Tahun ini…
Umi tak nak sedih-sedih lagi…
Umi nak raikan kedatangan Syawal dgn penuh kemeriahan….
Di sini juga umi nak titipkan…terima kasih buat rakan-rakan alam maya
yang sudi mengirimkan duit raya buat anak-anak umi…
Hanya Allah yg dapat membalas budi baik kalian…
Terakhirnya dari umi…
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON AMPUN ANDAI ADA SALAH DAN SILAP…
DAN TERIMA KASIH KERANA MENJADI SEBHAGIAN 
DARIPADA KERIKILKEHIDUPAN….
 
5 Comments

Posted by on August 25, 2011 in Luahan

 

5 responses to “SYAWAL KALI INI….

  1. Noina

    August 25, 2011 at 8:39 pm

    Selamat Hari Raya buat akak juga..
    🙂 Terima kasih kak atas hadiah semalam.cantik betul..🙂 suka!!

     
  2. insan kerdil

    August 25, 2011 at 9:23 pm

    pedas cili pada biji nya….
    'pedas' bicara pada kata nya….
    biar 'berhujan' ujian yang menimpa…
    menyerah tidak apatah untuk berputus asa….

    tersemat budi kerana bakti….
    terlakar sejarah kerana kehidupan…
    biar ada ketika nya dihina dibenci….
    percaya dan yakin pada-Nya tetap dipertahankan…..

    perjalanan kehidupan….ada ketikanya 'tercoret' cerita….di sebalik 'cerita'…..namun tetap 'membenihkan' pengharapan pada tiap yang tersirat….pabila terus2an percaya dan yakin…pada-Nya….Penentu…Pemutus….yang Maha Esa…Maha Mengetahui…Maha Mengasihani…

    Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji….dan Dia juga sama sekali tidak akan menzalimi….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah….

    wallahu'alam…

     
  3. Bicara hati ibu aisya

    August 26, 2011 at 12:08 am

    Selamat Hari Raya aidilfitri…Maaf Zahir & Batin kak dari kami sekeluarga.

     
  4. eim

    August 26, 2011 at 12:32 am

    salam aidilfitri jugak buat akak dan anak2 ..

     
  5. Angah

    August 26, 2011 at 8:54 am

    Selamat Hari Raya, Semoga berbahagia bersama anak anak tercinta

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: