RSS

2 HARI 1 MALAM DI KUANTAN…..

28 Aug
 Salam siaran semua…
Ketemu lagi kita…
Peristiwa 26 Ramadhan…umi, anak-anak dan kedua org tua umi menuju ke Kuantan…Tujuannnya nak ambik adik bongsu umi yg baru pulang dari UITM Perak…dia naik bas terus ke Kuantan…
Dan kami mengambil kesempatan untuk berbuka di Padang MPK 2 Kuantan…
Ramai betul orang…First time umi sampai ke Pasar Ramadhan org berpusu-pusu membeli makanan…makanan pun tak nampak…Kami mengambil keputusan untuk membawa nasi, jadi hanya membeli lauk pauk sahaja…harganya tidaklah terlalu mahal…sebab rasanya kalau nak dapatkan nasi bungkus memanglah agak sukar…untuk dapatkan sebungkus nasi ayam pun perlu beratur panjang…hurm…meriah sungguh….
Kita layan pic ok….
Iman yg dah berbuka awal…hehe…makan roti
Atuk yang sentiasa di sisi…cucu kesayangan atuk nih…ditemani ucu…
Ucu bersama Kak Long…peace…
Ramainya orang…meriah sungguh….
Setelah berbuka puasa, kami bergegas pulang ke rumah adik…nak solat maghrib…mulanya nak solat di masjid tetapi mengenangkan Iman…hasrat dibatalkan…selesai solat dan berehat sebentar kami menuju pula ke Eskpo Raya di Terminal Kuantan…masa ni Iman, Kak Long, nenek dan atok tak ikut…Kak Long tak larat katanya….letih puasa agaknya…
Pukul 930 malam kami sampai ke Mydin…punyalah ramai orang…Sbnrnya umi dah siapkan kelengkapan anak-anak…saja nak ikut…nak tgk suasana org Kuantan shopping raya…lagi satu nak mengenang memori masa anak dara dulu…Umi pernah duduk 3 tahun di Kuantan…kerja cikgu ABIm dan umi juga pernah kerja di Mydin waktu cuti sekolah…
Selesai membeli brooch di Mydin…kami menuju ke ekspo Raya pulak…Kat sini lagilah bersesak…huhu…Mira dah mula tunjuk tak selesa…nak berjalan susah…sudahnya Mira didukung Cik Hafiz…
Dapat jugaklah umi membeli kopiah kecik buat Iman…susah nak cari kopiah size baby…songkok lagilah…
Selesai bersesak di Ekspo Raya…jam dah menunjukkan jam 1130 malam…huhu…tak pernah umi shopping selewat ini…dalam perjalanan pulang umi ternampak pula kedai menjual Roti Nan…apalagi singgah dan bungkus 3 set Roti Nan Cheese…hampir setengah jam juga di situ…
Adik mengajak kami pergi ke UpTown memandangkan Cik Mie tak jumpa lagi baju melayu yg dia berkenan..
Hampir 40 minit juga kami di situ menyelusuri Sungai Kuantan…
Layan pic Mira yg sungguh seronok berjalan malam…langsung tak mengantuk…
Model jeti…pandai sungguh posing…bersama beg yg baru dibeli di Ekspo Raya
Berjalan bersama Cik Mie…susah betul nak cari baju melayunya..
adik umi yg sorang ni memang besar…ala-ala Bonzer
Dialah driver umi selalunya…
Kami sampai rumah adik lebih kurang jam 1245 malam…apalagi terus memasak untuk bersahur…
masak sardin jer…siap bersahur kami sambung tidor…
Pagi esoknya…kul 1100, dalam perjalanan pulang ke Keratong…
Cik Mie sambung shopping lagi…
Kami ke Giant Kuantan pula…
Umi tak beli apa-apa…teman Cik Mie jer…
Cerewet betul adik umi ni…
Sudahnya dapatlah Cik Mie 3 helai T-Shirt dan sepasang sandal….
Kita layan pic kat Giant yer…
Teruja,,Iman berjaya duduk di troli pasayara…
Bersama Kak Long…
 Dua orang anak dara saya…
Orang-orang kesayangan saya yg sebok membeli belah
Selesai sudah kisah 2 hari 1 malam di Kuantan…
Kami sampai ke Keratong jam 4 petang…
 
Leave a comment

Posted by on August 28, 2011 in Cuti-cuti Malaysia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: