RSS

CERITA 1 SYAWAL….

02 Sep

Kita merancang…namun Allah jua yg menentukan segala-galanya…

Tahun ni umi plan nak raya sakan…umi plan nak bawak anak-anak berjalan rumah kenalan rapat…biasanya diaorg jer yg datang rumah….

Tapi sehari sebelum raya…Iman diserang demam panas….
Bergegas umi ke Muadzam Shah mencari klinik…malangnya semua klinik tutup…mujurlah ada farmasi yg bukak…dapatlah umi beli ubat demam dan selsema Iman…Umi sangat takut kalau Iman diserang selsema…bimbang Asmanya datang menjengah…..

Malam raya…umi pulak diserang selsema…kepala dah sakit…2 biji ubat selsema umi telan sebelum tidur…harap sangat tidak berlanjutan ke esok pagi….Umi berhajat nak bawak Kak Long dan Mira solat sunat Hari Raya…Tahun lepas umi gi solat sunat raya sorang2…tanpa anak-anak….

Pagi 1 Syawal….
Umi bangun dengan kepala yg berat sangat…badan rasa nak demam…panas…raba badan Iman…alhamdulillah dah kebah…Rasa badan Mira…Mira pulak panas…rasa badan Kak Long…ok…

Dengan hingus yang meleleh tak berenti…umi terpaksa batalkan niat untuk bawak anak-anak solat sunat hari raya…Mira pulak merengek…Pagi 1 Syawal umi lalui dgn badan yg tidak selesa…waktu sesi bersalaman dgn mak ayah pun tak selesa…tak boleh nak tunduk…hingus keluar….

Iman di pagi Syawal…

2 puteri kesayangan saya…

Kesayangan saya…..

Bersama atuk dan nenek…..

6 daripada 8 beradik….

bersama sepupu-sepupu…anak Pak Ngah dan Mok Der…

malu….

Moga kasih mereka selamanya…..

Mujurlah Iman sangat baik…tahu uminya tidak sihat…tidak banyak ragamnya…
Kami hanya berjalan ke rumah mak saudara di keratong 3 dan keratong 1…rumah terakhir kawan rapat ayah…Rumah jiran-jiran umi, langsung umi tak pergi….umi dah tak larat…salin baju biasa…umi makan ubat selsema dan demam…Kul 2 petang…umi tumbang….Penangan ubat selsema buat umi benar-benar mengantuk…Mujurlah anak-anak, adik beradik tlg tgkkan…Sian mereka…

Petangnya…kawan baik umi datang berziarah…umi gagahkan diri bangun melayan mereka….yelah jumpa pun setahun sekali…selepas mereka pulang…umi terbaring bersama-sama Iman…Kepala sakit sangat…Kak Long dan Mira, kakak umi bawak beraya….

Sudahnya…malam raya kedua…umi tidur awal…berbungkus selimut….demam makin teruk….

Iman…mak take over…emak takut nanti Iman demam balik…huhu…Hajat nak raya sakan tak tercapai….

 
7 Comments

Posted by on September 2, 2011 in cerita

 

7 responses to “CERITA 1 SYAWAL….

  1. Yana a.k.a Nonie

    September 2, 2011 at 7:29 am

    Selamat hari raya kak…hrp2 akak dh sembuh yer:-)
    Comel tgk anak2 & umminyer pakai sedondon di pagi raya…ceria gitu walaupun umminyer kurang sihat :-))

     
  2. Noina

    September 2, 2011 at 8:07 am

    comey iman ngan kakak2 nya berbaju raya…:)

    Selamat Hari Raya kak..🙂

     
  3. Tika

    September 5, 2011 at 2:36 am

    alahai domam laks nanie ya.. Sabarlah ya.. moga cepat sembuh. Comel 3 beradik berbaju biru… hensem manis senyuman iman hehe

     
  4. nuyin2u

    September 5, 2011 at 3:40 am

    wah…biru tahun ni ye…semoga sudah sembuh

     
  5. Azma

    September 5, 2011 at 5:00 pm

    semoga cpt sembuh ye nani.. kita hanya boleh merancang kan..

    Selamat hari raya..
    Semoga ceria wpun x berapa sihat dgn kehadiran permata hati di sisi

     
  6. eim

    September 6, 2011 at 8:43 am

    salam aidilfitri kak ..

    moga akak n family sihat n ceria ..

     
  7. anitadiana

    September 7, 2011 at 3:33 am

    selamat hari raya ..maaf zahir dan batin..kak ita suka baca blog ne..dan kak ita dah follow..iman sebaya anak akak aqil..comel iman dan kakak2 nya…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: