RSS

KELAM KABUT….

21 Sep

Salam siaran semua…
Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke rumah kecil saya…
Maaf jika sudah lama tiada post baru…

Seperti tajuk di atas begitulah gambaran kehidupan kami kini…

Bermula dgn umi demam selsema masa hari raya pertama diikuti Iman, Kak Long dan Mira…sampailah skrg…siri kesakitan itu belum berakhir…

Naik cuti raya…umi terpaksa mengahadiri kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 2 selama 5 hari dari jam 8 pagi sampailah 5 petang…Badan yg tidak berapa sihat membuatkan umi tidak mampu untuk fokus terhadap kursus…lagipun bukan option umi…Umi hadir sebab guru option dah jadi JU….Hari Jumaat last day kursus…Iman pula diserang batuk yg teruk…tanpa tanda-tanda selsema, tanpa tanda-tanda demam…Malamnya Iman tak boleh tidur…batuknya terus memecah kesunyian malam…

Hari Sabtu…umi keluar ke Klinik…standby ubat takut batuk Iman makin melarat…doktor kata paru-parunya clear…tapi doktor bekalkan juga ubat asma…Namun kesihatan Iman makin buruk…malamnya Iman langsung tak mahu makan dan minum susu..setiap kali makanan masuk ke mulutnya Iman akan muntah ….hanya tangisan yg keluar dari mulutnya sampai serak-serak suara…ubat juga sama…Iman anak yg mudah makan ubat…namun setiap kali ubat masuk ke mulutnya, Iman akan muntah…Sayu hati melihat tubuhnya yang longlai…Mata kanannya membengkak kebiruan….

Hari Ahad…sekali lagi umi berkejar ke Klinik…bersama Kak Long dan Mira, mengenangkan mereka berdua, umi tak jadi ke hospital, bimbang Iman admit wad,…kakak tak dapat jaga mereka berdua..sebok beraya…agak sukar membawa 3 anak yg masih kecil ke hulu ke hilir…Sampai je di Klinik…org punyalah ramai…Iman pula bernafas tercungap-cungap…umi segera ke kaunter mintak disegerakan nabulizer…Mujurlah petugas di kaunter memberi kerjasama…Tak sampai 5 minit menunggu Iman dipanggil masuk…Kak Long umi amanahkan menjaga Mira di luar..Harap mereka pandai bawak diri….

Setelah dinabulizer…Iman kembali tenang…namun sewaktu doktor cek suhu badannya…40’c…tinggi…badannya panas seperti api…suhu badannya naik mendadak…Segera ubat punggung dimasukkan…Doktor menasihatkan umi, jika suhu badan Iman terus meningkat…umi harus terus ke hospital…kerna bahaya…takut sawannya menyerang kembali….Bengkak di matanya pula doktor kata jangkitan…

Pulang ke rumah…Iman nampak ok…dan mahu bermain…walaupun badannya agak lemah…tuala basah tak pernah lekang dari tubuhnya…

leka bermain….
start merengek balik…matanya yg bengkak dan lebam…

tidurnya hanya di riba…
Malam Isnin…asma Iman nampak ok…cuma badannya panas sangat…Umi angkat toto dan tidur di ruang tamu…senang jika Iman muntah…Dia tidur tak lena…Tidurnya terganggu dgn batuk yang ketat..terlalu banyak kahak di kerongkongnya….
Pagi Isnin…umi terpaksa MC…Mira selsema dan Kak Long juga demam panas seperti Iman…Menguruskan 3 anak yg sakit sendirian…ditambah dgn badan yg tidak sihat…bukanlah perkara mudah…
Sudahnya ayah datang bawak Kak Long balik…lagipun Kak Long cuti sebab UPSR…Mak tak dapat dtg sebab menjaga adik yg berpantang di rumah…
Hari Rabu…Iman ada oppoimen dgn Pakar Kanak-kanak Segamat…sekali lagi umi kecewa…Doktor Intan yg membuat keputusan tentang rawatan Iman ke HKL belum naik bertugas…doktor lain tak blh buat keputusan sebab Dr. Intan satu-satunya pakar Kanak-kanak di Hospital Segamat…Mujurlah paru-paru Iman clear….Ini antara sebab umi nak pindah ke Kuantan…kemudahan hospital yang lebih baik…
Sehingga ke hari ini…batuk Iman masih ada…cuma agak longgar bunyinya…ubat dan antibiotik pun dah habis dimakan…namun umi syukur…dia dah nak makan dan minum seperti biasa…..namun Mira pulak yg diserang demam panas…Umi pulak terpaksa ke klinik mengambil ubat sebab selsema masih belum baik sepenuhnya…tekak terasa perit benar…ketika ditawarkan MC umi menolak…jika umi yg sakit umi masih blh bekerja…jika anak sakit, umi terpaksa MC menjaga mereka…
Doa umi…moga siri kesakitan segera berakhir…dan moga anak-anak dan umi diberi kesihatan yg baik…
Itulah nikmat sihat sebelum sakit….
Hurmmm…kelam kabut tak…????
 
7 Comments

Posted by on September 21, 2011 in Iman

 

7 responses to “KELAM KABUT….

  1. Noina

    September 21, 2011 at 11:27 am

    Bila sendirian menguruskan anak mmg nampak kelam kabut kak..Tapi ina kagum dengan akak..Akak mmg kuat semangat..Doa saya mengiringi perjalanan akak moga semuanya dipermudahkan..InsyaAllah..Amin..

     
  2. yayath

    September 21, 2011 at 11:41 am

    semoga akak sentiasa tabah ye kak menghadapi dugaan…

     
  3. ieda

    September 21, 2011 at 12:29 pm

    salam nanie…moga semuanya kembali aman dgn segera.mmg bunyi pun dah kelam kabut..akak ni nabila sorg yg demam pun dah susah hati.tak dapat nak bayangkan perasaan nanie…moga balasan terbaik dari Allah buat nanie.

     
  4. insan kerdil

    September 21, 2011 at 9:51 pm

    perjalanan kehidupan….sungguhpun ada ketika nya 'bicara' dapat 'melempiaskan' rasa….namun ada juga ketika nya…ianya tidak dapat 'menahan'……pada 'rasa' yang 'pergi lebih jauh'…..

    pabila berbicara tentang ujian…..tiada yang bisa 'menenangkan' selain terus bersabar dalam redha….

    dalam mendepani pada 'setia' nya ujian…tiada yang bisa 'dipegang'…..selain untuk terus percaya dan yakin…pada-Nya yang Maha Mengetahui….Maha Mengasihani…

    Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji…Dia juga tidak akan sesekali menzalimi…

    semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat…buat tiap hati yang teruji dan diuji…dalam menuju redha Ilahi….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  5. Bicara hati ibu aisya

    September 22, 2011 at 12:13 am

    Alahai…membacanya pun dapat membayangkan keadaannya.Memang kelam kabut.Kalau saya ditempat akak xtaulah camner rupanya.Apa-apapun saya mmg kagum dengan akak.Menguruskan 3 anak kecil berseorangan mmg penat.Semoga akan ada ganjaran nikmat yang lebih indah buat akak di masa akan datang.Terus kuat ye kak.

     
  6. Rizziela

    September 22, 2011 at 3:52 am

    Insyallah..semoga lepas ni anak2 akak kembali sihat..

    jaga kesihatan akk juga yer kak

     
  7. Azma

    September 22, 2011 at 2:40 pm

    Sebak rasa hati bila tgk kesakitan Iman.. entah kenapa, bila tgk iman saya spt melihat hasif.. smg nani, iman dan anak2 semua cpt sihat spt biasa..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: