RSS

Unconditional Love

14 Dec
Sabtu – 10 Dis 2011
Gathering Supermum and Superdad
Unconditional Love
Yang Pertama
Perangsang Templer Golf Club, Rawang.

Alhamdulillah….
Syukur padamu Ya Allah…
Dalam keterasingan ini…
Dalam melalui hidup penuh ranjau ini….
Kau mempertemukan umi…
Dengan mereka…
Yang menyayangi umi dan Iman…
Yang menerima umi dan Iman…
Tanpa syarat…

Walaupun pada mulanya…
umi agak gusar…
umi agak rendah diri…
kerna umi dan mereka berbeza….
Mereka satu keluarga yg lengkap…
Namun umi…???
Mampukah umi berdiri sama tinggi 
dan duduk sama rendah dengan mereka….

Namun syukur Ya Allah…
Walaupun di awal kedatangan ke gathering Supermum ini…
Emosi umi teruji…
Emosi umi diasak lagi…
Kerna ada insan yang tak mahu menunaikan janji…
Kerna ada insan yang seolah-olah sengaja 
menguji kesabaran umi…


Namun…
Perjalanan ini harus diteruskan…
walaupun jauh di sudut hati agak terkilan…
Mengapa kau sakiti lagi hati ini???

Melihat gambar ini hati umi tersentuh…
sungguh bertuah angel-angel yang
bersama Superdad tu kan…

sedangkan Iman…

Superdadnya mana…??
Banyakkah masanya yang boleh 
diluangkan bersama Iman…???
Banyakkah masanya untuk mahu memahami 
apa itu Watsu hydrotherapy…
Merangsang deria rasa Iman…
Untuk memahami terapi-terapi yang 
boleh memulihkan anak ini…

sungguh hati umi sebal….

Namun…
Iman tidak mengerti itu semua…
Iman gembira bersama siapa sahaja di sekelilingnya…
Dan terima kasih buat Mama Nabila
Yang memahami gelora hati umi….


Ahad – 11 Dis 2011

Seawal 730 pagi, kami dah bersiap…
hati agak terkilan kerana puteri yang berdua ini
tidak kunjung tiba…
Semalaman umi menunggu kalian…
Niat umi agar dapat membawa kalian tidur di hotel ini…
Yang jarang benar umi dapat melakukannya…
Dek kekurangan masa dan kewangan…

Namun hanya jam 830 pagi…
Barulah kalian muncul…
Tergesa-gesa menukar baju 
kerana acara  sukaneka sudah mahu bermula…
Apa lagi yang boleh umi katakan….
sesungguhnya hati umi telah kering untuk memaafkan…

Terlalu banyak luka yang datang…
Membuatkan umi terpaksa 
memilih undang-undang untuk berbicara…


Sungguh…
setelah tiga minggu…
Umi benar-benar rindukan kalian…
Akhirnya Iman dan Nabila dapat bertentang mata…
Walaupun buat pertama kali…
Namun persahabatan di alam maya…
Membuatkan kami selesa bersama…
Dan terima kasih sekali lagi…
Buat mama Nabila, Noina dan suaminya, Zul…
Sudi menumpangkan kami ke bilik hotel…
Sudi memberikan bubur percuma buat Iman…
Kalian terlalu baik…


Acara Sukaneka…
Iman mengutip gula-gula…
Bukan main seronok lagi…


Iman di dalam acara Superdad memakaikan pampers…
Iman bergandingan dengan Superkakak…
Lucu sangat…
Sebab pampers tak muat…
Ketat dgn seluar jeans…


Puteri-puteri umi dalam acara membawa 
bola ping pong dalam sudu…
Tak pe tak menang…
yang penting…
Have Fun….


Bukan main seronok dapat boogy bag Angry Bird…


Inilah kami…
Kami sama-sama mengerti apa itu rasa kecewa..
Apa itu rasa duka…
Namun kini…
kami bersatu hati…
Kami mahu membela nasib anak-anak kami…
yang sama diagnosisnya…
Cerebral Palsy….

Sungguh…
Jauh di sudut hati…
Umi bertuah kerana Allah mengizinkan umi…
untuk bertemu kalian…
2 hari yang penuh bermakna…
Mengenali angel-angel yang sukar dilupakan…
sama-sama mendengar seminar dan motivasi…
sama-sama mengumpul semangat…
Walaupun ada di antara slot seminar 
yang membuatkan umi menahan perasaan…
Menahan deraian air mata…


Terasa diri benar-benar keseorangan…
terasa diri benar-benar terasing…
Allah hilangkan dahan untuk umi berpaut…
hilangkan bahu untuk umi melepaskan tangis…
Membuatkan sayap umi patah dan hanya bertongkat paruh….


Namun…bersama kalian..
Kekuatan itu datang…
Rasa keterasingan itu hilang..
Kasih sayang tanpa syarat itu menjadi pemangkin positif
dan umi yakin…
Kalian dihantar kepada umi…
Untuk membantu umi terbang tinggi memayungi anak-anak umi…
terutama Iman..
walaupun sayap umi hanya satu….


Sungguh…
Unconditinal Love itu sangat bermakna buat umi…

 
11 Comments

Posted by on December 14, 2011 in Luahan

 

11 responses to “Unconditional Love

  1. Noina

    December 14, 2011 at 12:17 pm

    Saya seronok sgt dapat jumpe akak ngan Iman,Kak Long dan Mira. Selalu dpat tgk melalui blog & FB je..Akhirnya kita dapat jugak jumpe kan kak..

    Saya doakan akak terus kuat demi Iman. Bila tengok Iman semakin kuat, saya tau itu datangnya dari kekuatan akak. Saya memang kagum dengan semangat akak..

    Tentang 'orang sana' tu, saya rasa memang patut akak buat sesuatu. Say pun rasa geram gak masa akak bagitau haritu.. Dari mata, saya nampak akak betul2 rindukan Mira dan Kak Long…

     
  2. ieda

    December 15, 2011 at 3:17 am

    daripada dia ada dan terus menyakiti hati,lebih baik dia tiada….
    nanie…be strong.selalu ceriakan hati sendiri then anak2 akan turut gembira bersama nanie.

     
  3. mama akid

    December 15, 2011 at 4:48 am

    walaupun saya tak berkesempatan untuk bersama2 kalian..tapi terasa saya berada sama…seronokkan…

     
  4. Bicara hati ibu aisya

    December 15, 2011 at 7:00 am

    Kak,
    Saya doakan akak terus kuat…kuat dan kuat demi untuk iman, mira dan k.long.Sesungguhnya akak mmg seorang ibu yang tabah.
    Setiap perbuatan ada pembalasannya dan setiap ujian yang didatangkan kepada kita ada hikmah yang terselindung disebaliknya.Semoga segalanya dipermudahkan buat akak dan anak2.Hugs dari saya..

     
  5. Darwani Dinix

    December 15, 2011 at 9:07 am

    bergenang airmata baca entry akak ni…tabahkan hati akak…hakikatnya akak lebih kuat dan hebat dari kami, mampu terbang tinggi tanpa insan yg sepatutnya berada disisi….

     
  6. insan kerdil

    December 15, 2011 at 1:39 pm

    buat 'mereka'….

    ada 'rasa' tapi tidak 'merasa'….

    ada 'hati' namun seperti nya 'mati'….

    tatkala membicarakan soal kehidupan….apakah tiada lagi 'rasa' dan 'hati'…sehingga 'segalanya' seperti 'terpadam' dek kerana 'keangkuhan'…..sedang akan ada kehidupan lain…..yang kekal abadi…..

    buat hati yang teruji dan diuji…..

    biar pun 'getar' di dada…ada ketika nya 'menyesakkan'….sehingga begitu 'lemas' untuk sekadar 'bernafas'….'lempiaskan' lah segala 'rasa'….'suakan' lah segala pengharapan….pada-Nya yang Maha Mengasihani….

    kerana pada tiap 'hujung' jalan yang sepertinya 'suram'….akan tetap 'terpandu'…selagi 'terpasak' nya percaya dan yakin…pada-Nya….yang Maha Esa….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  7. iDa WiTh aLoNG

    December 16, 2011 at 8:27 am

    seronok sangat bila dapat bersama kan kak…iman sangat cerdik..tak henti2 ida melihat gelagatnya tempoh hari..moga iman dan akak terus kuat menempuh hidup yg penuh dugaan ini..

     
  8. fatonahHairil

    December 19, 2011 at 2:48 am

    semoga akk terus tabah..akk seorang yg kuat!!!

     
  9. It's All About Me

    December 19, 2011 at 3:50 am

    Kekuatan akak adalah semangat untuk iman..Biarpun tanpa “dia”…iman tak kurang sikit pun kasih dan sayang…

    lynn tetap bersama akak..

     
  10. Azma

    December 24, 2011 at 8:36 am

    bergenang air mata…

    semoga nanie terus kuat dan tabah
    nampak ceria dan gembira sungguh iman dan kakak2nya

     
  11. secubitrasa kehidupan

    February 15, 2012 at 5:01 am

    salam mesra…
    berat bahu memandg..bert lg bahu yg memikul..
    doa fi, moga akak tabah dalam setiap dugaan..sabar tu indah kak,janji Allah tu pasti..jg anak2 elok ye..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: